X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Menangis Malam Tak Makan Dek Pujuk? Ibu Ayah, Ini Mungkin Puncanya!

9 min bacaan
Bayi Menangis Malam Tak Makan Dek Pujuk? Ibu Ayah, Ini Mungkin Puncanya!

Bayi menangis malam memang boleh memeningkan kepala. Jangan risau, ini panduan berguna buat anda terutama yang pertama kali menjadi ibu ayah.

Bayi menangis malam sememangnya akan menimbulkan perasaan resah hati ibu dan ayah tatkala mereka mulai dilihat tidak selesa sepanjang malam. Terutamanya buat ibu ayah yang pertama kali bergelar parents.

Sudah pelbagai cara dilakukan untuk memujuk namun, tetap tidak jalan dan bayi masih menangis. Tambah merisaukan, esok pagi perlu bangun awal ke tempat kerja. Kasihan kepada bayi dan kasihan juga kepada ibu dan ayah.

Meskipun orang dewasa mengerti tentang tangisan yang dikeluarkan oleh bayi, namun di waktu tengah-tengah malam, kadangkala otak juga tidak dapat berfungsi sepenuhnya kerana sedang mamai dan mengantuk. Tapi tak akan nak biarkan anak menangis malam, kan? Di sini antara sebab kenapa bayi anda menangis serta cara mengatasi masalah ini.

Isi Kandungan

  • Sebab Bayi Menangis Malam
  • Maksud Tangisan Bayi Menurut Pakar
  • Cara Mengatasi Masalah Bayi Menangis Malam
  • Senarai Doa Untuk Bayi Kerap Menangis
  • Bila Ibu Ayah Perlu Risau?

Sebab Bayi Menangis Malam

bayi menangis malam, anak menangis malam, bayi kerap menangis, bayi menangis tanpa sebab

Anda mungkin menganggap bayi menangis tanpa sebab. Namun tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa punca yang menyebabkan bayi kerap menangis malam?

#1. Berasa lapar

Bayi mempunyai perut yang kecil dan perlu memberikannya minum susu dengan kerap. Ibu dan ayah harus peka dengan tanda-tanda kelaparan bayi seperti meletakkan tangan ke mulut atau memukul mulutnya. Berikan bayi susu sebelum dia mula menangis.

#2. Perut tidak selesa

Bayi mudah mengalami masalah gas dalam perut, jadi perlu sendawakan bayi. Hal ini kerana mungkin dia menelan udara yang banyak sewaktu menyusu botol sekali gus menyebabkan perutnya kembung. Jika ini berlaku, perlahan-lahan urut bahagian belakang bayi untuk sendawakannya.

#3. Lampin penuh

Ada sesetengah bayi boleh ‘bertolak ansur’ dengan lampin yang lembap atau kotor dalam masa singkat dan ada juga bayi yang mahu ditukar segera. Memakai lampin yang bersih akan memberi keselesaan kepada bayi untuk tidur. Justeru segera menukar lampin bayi anda bagi memastikan dia boleh tidur dengan lena.

#4. Rasa terlalu sejuk atau panas

Boleh jadi bayi anda menangis pada waktu malam disebabkan dia berasa terlalu sejuk. Pakaikan bayi anda dengan pakaian yang selesa bagi memastikan keselesaannya. Jika anda memasang pendingin hawa di bilik, periksa suhu supaya tidak terlampau sejuk untuk bayi. Begitu juga sebaliknya jika bayi anda berasa panas.

#5. Masalah gigi

Jika bayi anda menangis pada waktu malam tanpa sebab, periksa pada gigi bayi sama ada ia menjadi punca ketidakselesaannya. Sakit gigi boleh bermula seawal 4 bulan. Jika bayi anda sudah mula tumbuh gigi, urut gusi dengan lembut bagi mengurangkan rasa sakit pada gigi bayi.

Maksud Tangisan Bayi Menurut Pakar

bayi menangis malam, anak menangis malam, bayi kerap menangis, bayi menangis tanpa sebab

 

Tangisan bayi sedikit sebanyak membolehkan ibu ayah tahu apa yang si kecil cuba sampaikan. Jom ketahui maksud tangisan bayi seperti yang dikaji oleh pengasas Dunstan Baby Language, Priscilla Dunstan seperti di bawah ini:

#1. “Neh” – lapar

Bayi yang baru lahir menggunakan refleks menghisap untuk mencipta bunyi “neh” apabila mereka lapar. Cara terbaik untuk mengenali bunyi ini adalah dengan memerhatikan mulut bayi anda. Mereka mula mengamalkan refleks vokal ini di dalam rahim. Jika bayi anda membuat gerakan menghisap dan menangis, anda akan mendengar bunyi “neh” pada permulaannya.

Bayi membuat bunyi ini apabila lidah mereka bergerak ke kedudukan di belakang gigi mereka, sama seperti tempat kita mencipta bunyi “nnn”. Semasa bayi anda membuka mulutnya, lidah meluncur ke hadapan dalam gerakan menghisap. Digabungkan dengan udara di sebalik tangisan, ia membuat bunyi “neh”. Bunyinya mungkin serupa dengan perkataan “net”.

Pemerhatian pakar: Kebanyakan bayi seolah-olah akan menggenggam tangan mereka apabila lapar. Bayi juga mungkin cuba menggigit serta menghisap tangan mereka atau cuba mencapai ke arah dada anda atau botol susu. Dengan memerhati tindak balas bayi terhadap kelaparan, anda boleh bertindak balas secepat mungkin sebelum mereka menjadi sangat lapar.

#2. “Eh” – sendawa

Refleks bunyi “eh” bermakna bayi anda ingin sendawa. Bunyi ini disebabkan oleh refleks dalaman yang menolak gelembung udara dari dada mereka. Bayi bertindak balas secara semula jadi dengan desisan pendek, dengusan, atau decitan bunyi seperti “eh”. Ia bukan sendawa sebenar tetapi bunyi yang bayi anda keluarkan apabila cuba sendawa.

Pemerhatian pakar: Raut muka yang menyakitkan, menggeliat, menendang dan aksi kurang menyenangkan lain adalah petunjuk bahawa bayi anda perlu sendawa. Pastikan anda sendawakan bayi anda ketika dan selepas mereka menyusu untuk mengelakkan angin.

#3. “Eairh” – angin

Bunyi ini lebih ketara apabila bayi berusia 6-12 minggu. Jika bayi mengalami kembung atau sakit perut, anda akan mendengar refleks bunyi “eairh”. 

“Eairh” bermula dengan mulut terbuka, lidah tertahan dan perut yang tegang. Apabila sakitnya kuat, permulaan bunyi “eairh” dipanjangkan menjadi tangisan yang kuat. Pakar menyifatkan ia sebagai tangisan kuat sehingga menyebabkan ibu ayah tidak selesa. Ia berlaku disebabkan oleh kekejangan otot perut.

Pemerhatian pakar: Jika anda terlepas bunyi awal dan bayi anda mula menangis, tangisan akan menjadi sangat kuat, nyaring dan berirama. Ia akan berlangsung sehinggalah perut bayi anda berasa lega. Untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi, cuba urut perut mereka dengan cara yang betul.

#4. “Heh” – tidak selesa (panas, sejuk, basah)

Bayi membuat refleks bunyi “heh” apabila mereka mengalami tekanan dan ketidakselesaan, contohnya ingin lampin ditukar. Bunyi ini biasanya dikaitkan dengan bayi berumur lebih dari 6 minggu. Bunyi ini dicetuskan sebagai tindak balas kepada refleks kulit, seperti rasa berpeluh atau gatal. “Heh” mempunyai beberapa variasi vokal.

Pemerhatian pakar: Apabila bayi berasa tidak selesa, tangisan mereka biasanya lembut dan terputus-putus. Tangisan akan bertambah kuat jika anda mengabaikannya, jadi pastikan anda menenangkan bayi anda dan cepat tentukan punca ketidakselesaan mereka.

#5. “Owh” – mengantuk

Bayi yang baru lahir membuat refleks bunyi “owh” apabila mereka berasa letih. Bunyi ini timbul semasa bayi menguap dan menghembus nafas. Bunyi “owh” boleh didengari sebelum dan semasa bayi menangis. Bayi yang mengeluarkan bunyi ini mempunyai mulut berbentuk bujur, lidah leper dan ruang yang luas di dalam mulut.

Pemerhatian pakar: Jika sudah tiba masa untuk bayi anda tidur, si kecil anda itu mungkin akan mula menggosok matanya. Tangisan mereka mungkin bermula dengan perlahan dan secara beransur-ansur akan menjadi kuat. Jika bayi anda keletihan, tangisan mereka boleh menyerupai tangisan apabila mereka kelaparan. Untuk kenali perbezaannya, cuba dengar bunyi permulaan sebelum mereka menangis.

Cara Mengatasi Masalah Bayi Menangis Malam

bayi menangis malam, anak menangis malam, bayi kerap menangis, bayi menangis tanpa sebab

#1. Bedung

Membendung bayi menjadikannya lebih tenang, jadi dia akan tidur dengan nyenyak seolah-olah tiada gangguan. Bagaimanapun, pastikan bedung bayi dengan cara yang betul untuk mengelakkan bayi tidak selesa. Bayi yang tidak dibedung juga mudah terkejut sewaktu tidur.

#2. Dukung, perlahan-lahan dodoikan bayi

Letakkan bayi di lengan anda dan hayunkan perlahan-lahan sambil mendodoikan dengan zikir-zikir atau nyanyian yang menenangkan bayi. Selain itu, boleh memasang bunyi air mengalir kepada bayi. Dikatakan bunyi ini sama seperti bunyi berada di dalam rahim ibu.

#3. Bunyikan ‘shushh’ pada telinga bayi

Bunyi ‘shushh’ ini menghampiri bunyi bising seperti di dalam rahim. Rahim ialah satu alam yang sangat bising. Jadi apabila suasana terlalu senyap, bayi akan mula resah dan menangis.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

#4. Pegang bayi dalam keadaan meniarap

Sewaktu di dalam kandungan, keadaan bayi adalah tidak tetap dan terapung-apung di dalam air. Mereka akan berbaring di sisi atau terlungkup dengan kaki dan lutut menekan perut.

Jadi boleh gunakan kaedah ini untuk menenangkan bayi. Bagaimanapun, ia hanya sesuai untuk bayi berumur 3 bulan dan ke bawah.

#5. Urut bayi dengan lembut

Jika anak anda mengalami kembung perut, boleh mengurutnya dengan lembut. Terdapat pelbagai teknik mengurut bayi yang boleh diperolehi daripada laman Youtube. Urutan ini boleh mengeluarkan angin jika dia kembung dan bayi akan berasa selesa.

Senarai Doa Untuk Bayi Kerap Menangis

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, tiada doa khusus dibacakan supaya anak kecil tidak menangis namun, berdoalah apa sahaja kepada Allah SWT dengan apa-apa lafaz dan bahasa sekalipun dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syara’. Terbaiknya adalah dengan membacakan doa yang terdapat di dalam al-Quran mahupun hadis Nabi SAW.

Boleh jadi bayi menangis di waktu malam disebabkan lapar. Boleh jadi juga kerana sakit dan boleh jadi juga kerana gangguan daripada syaitan. Maka yang pertamanya perlulah diketahui akan sebab utamanya terlebih dahulu.

Ada pun untuk mengelak daripada gangguan syaitan, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan. Antaranya:

  • Membaca surah al-Fatihah dan mengulang-ulanginya
  • Membaca ayat al-Kursi
  • Membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah al-Nas
  • Membaca doa berikut sebanyak 3 kali 

بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

  • Doa dan ayat al-Qur’an di atas boleh dibacakan pada air dan dipercikkan kepada mereka yang sakit. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW kepada Thabit bin Qais.

Amalan ini boleh diamalkan dan insya-Allah dengan izin Allah SWT dapat menghilangkan rasa sakit serta gangguan terhadap anak kecil. 

Bila Ibu Ayah Perlu Risau?

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan jika bayi anda menangis secara berterusan dan anda tidak dapat menghiburkan atau mengalih perhatiannya, atau tangisannya tidak berbunyi seperti tangisan biasa, itu mungkin tanda mereka sakit. Atau mereka mungkin sakit jika mereka menangis dan mempunyai gejala lain, seperti suhu tinggi.

Jika perkara ini berlaku, hubungi doktor dalam kadar segera dan ibu ayah juga disarankan untuk menelefon ambulans sekiranya bayi anda mengalami keadaan seperti:

  • Mempunyai sawan (seizure atau convulsion)
  • Kulit kebiruan, berbintik-bintik, pucat (kelabu)
  • Tidak bertindak balas atau tidak bangun seperti biasa
  • Bernafas dengan cepat atau membuat bunyi tekak semasa bernafas, atau kelihatan struggle untuk bernafas
  • Sedang sakit teruk (muntah projektil)
  • Mempunyai suhu yang tinggi, tetapi tangan dan kaki mereka terasa sejuk
  • Mempunyai ruam ungu-merah bertompok di mana-mana pada badan – ini boleh menjadi tanda meningitis

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk ibu ayah mengendalikan bayi kerap menangis malam dengan lebih mudah dan mengetahui apakah punca sebenar bayi kerap menangis.

  1. What to Expect (June 11, 2021). What Do Your Baby’s Cries Mean? www.whattoexpect.com/first-year/week-10/decoding-cries.aspx
  2. Petit Early Learning Journey (Aug 22, 2018). Baby Crying Sounds – What Do Different Cries Mean? www.petitjourney.com.au/understand-the-different-cries-of-your-baby/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kenapa Bayi Menangis Tanpa Sebab Walaupun Sudah Menyusu Atau Tukar Lampin? Ini Penjelasannya

Baca juga: Tahukah Anda Bayi Menangis Sejak Dalam Rahim? Ini Penjelasan Pakar

Baca juga: Pakar Kongsi Cara Tenangkan Bayi Menangis Menggunakan Teknik 5S, Ibu Patut Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Menangis Malam Tak Makan Dek Pujuk? Ibu Ayah, Ini Mungkin Puncanya!
Kongsikan:
  • ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

    ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

  • Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

    Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

  • Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

    Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

  • ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

    ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

  • Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

    Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

  • Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

    Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.