Ramai ibu mengadu rasa pelik apabila bayi menangis tanpa sebab yang jelas. Yang peliknya kerana bayi baru saja lepas menyusu atau baru saja ditukarkan lampin baru. Tapi tetiba menangis. Kenapa bayi menangis agaknya?
Apalah yang ibu atau ayah sudah salah buat?
Punca kenapa bayi menangis tanpa sebab

Malangnya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan bayi menangis tanpa sebab. Berikut merupakan beberapa punca yang boleh terjadi:
- Hendak tumbuh gigi. Keadaan ini akan membuatkan bayi gatal gusi sekaligus tidak selesa.
- Mengalami ketidakselesaan selepas makan.
- Bayi sering terdedah kepada makanan yang ada sensitiviti seperti susu, gandum dan soya. Sama ada melalui formula atau susu ibu, ia boleh menyebabkan kekejangan perut atau dipanggil kolik.
- Bayi mengalami tidur apnea di mana mereka berhenti bernafas dalam tempoh tertentu. Apabila dapat bernafas kembali, dia menangis kerana panik atau kemungkinan sakit.
Terdapat juga sebab lain yang boleh menjadi punca bayi menangis tanpa sebab yang jelas.
Itu tanda dia sedang berkomunikasi dengan kedua ibu bapanya untuk memberitahu apa yang terjadi ke atas dirinya.
- Bayi berasa takut dengan sesuatu yang berada di sekelilingnya atau dia mengalami mimpi buruk semasa tidur.
- Bayi mengalami kegelisahan apabila ibu dan ayahnya tidak berada di sisi. Masa ini, dia sedang belajar ada penjaga lain yang akan bersamanya buat seketika waktu terutama apabila ibu keluar bekerja.
- Bayi menangis tanpa sebab apabila mereka dalam keadaan terlalu panas atau sejuk. Oleh itu, ibu bapa harus lebih peka melihat situasi ketika itu.
Cara memujuk apabila bayi menangis tanpa sebab
1# Dapatkan udara segar

Kadang-kadang, membuka pintu depan rumah juga dapat menghirup udara segar masuk ke dalam rumah sekaligus bayi akan berhenti menangis.
2# Air suam
Seperti udara segar, air suam juga dapat menenangkan dan menghentikan tangisan bayi.
Pancuran air suam dalam bilik mandi ke tubuh bayi akan menambahkan ketenangan pada si kecil itu. Ia sekaligus akan membuatnya berhenti menangis.
3# Pergerakan/ ayunan
Sekiranya bayi menangis tanpa sebab yang jelas, anda boleh mendapatkan bayi lalu masukkannya ke dalam buaian atau kerusi goyang. Tentu si kecil itu akan berhenti menangis dan berasa lebih tenang.
Paling tidak pun, anda dukungnya dan tepuk-tepuk perlahan di belakang badannya. Dia akan faham bahawa anda sedang tenteramkannya dari terus menangis.
4# Urutan

Anak kecil juga seperti orang dewasa yang suka disentuh dan dibelai manja.
Jadi, jika bayi menangis tanpa sebab anda boleh lakukan urutan lembut di bahagian kaki dan tangannya. Ini akan membuatnya lebih selesa dan aman.
Anda juga harus dapatkan rehat
Benar, menjaga bayi kecil tidak mudah terutama yang baru lahir. Oleh sebab itu, ibu perlu mendapatkan rehat yang cukup supaya fizikal dan mental tidak terlalu stres.
Jangan pula rasa bersalah untuk mendapatkan rehat kerana ia sangat penting supaya kita lebih bersabar dan menjadi ibu bapa yang penyayang.
Ini cara yang boleh anda buat:
- Letakkan bayi di tempat yang selamat. Biarkan si kecil menangis untuk seketika waktu.
- Telefon emak atau kawan yang ada pengalaman untuk tangani bayi menangis tanpa sebab ini.
- Serahkan urusan lain kepada suami untuk sementara waktu.
- Pasangkan lagu atau zikir berentak perlahan untuk tenteramkan hati anda.
- Tarik nafas panjang. Ulang sebanyak 10 kali.
- Ingatkan diri anda bahawa tangisan bayi itu hanya sementara dan tidak membahayakan dirinya.
- Ingatkan diri anda bahawa ini adalah fasa untuk perkembangan bayi supaya lebih sihat dan cergas.
- Walaubagaimanapun, jangan sesekali goncang bayi anda untuk hentikan tangisannya itu. Ia akan bertambah PARAH!
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 9 Jenis Tangisan Bayi Ibu Bapa Wajib Tahu, Lagi-lagi Jika Ini Anak Sulung!
Baca juga: Pakar Kongsi Cara Tenangkan Bayi Menangis Menggunakan Teknik 5S, Ibu Patut Cuba!
Baca juga: Cara Tenteramkan Bayi yang Sedang Menangis, Seperti yang Dikongsikan Oleh Seorang Pakar
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!