X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kepentingan Makanan Pantang Untuk Ibu & Bayi Baru Lahir, Barulah Kedua-duanya Sihat!

5 min bacaan
Kepentingan Makanan Pantang Untuk Ibu & Bayi Baru Lahir, Barulah Kedua-duanya Sihat!

Makanan orang pantang amat penting bagi ibu selepas bersalin. Ia bertujuan untuk mengembalikan semula kesihatan tubuh dan mental anda

Berpantang merupakan amalan biasa kebanyakan wanita di Asia. Namun seiring peredaran masa, ramai ibu moden hari ini mengambil mudah terutamanya dalam bab makanan orang pantang.

Sesetengahnya pula mengamalkan konsep ‘hentam apa saja’ hingga tidak sedar ia boleh memberi kesan pada diri dan bayi baru lahir. Hal ini kerana bukan mudah untuk mengikuti setiap diet dan amalan pantang yang begitu ketat, hingga kadang-kadang ibu rasa terbeban.

Kepentingan makanan orang pantang bersalin

makanan berpantang

Tempoh berpantang selama 30 hingga 40 hari adalah kritikal kerana ia membantu dalam banyak aspek pemulihan selepas bersalin. Ia juga membantu menyesuaikan diri anda dengan bayi baru lahir serta gaya hidup baharu dengan ahli keluarga tambahan.

Sepanjang kehamilan, semasa dan selepas bersalin, ibu cenderung mengalami tekanan yang berlebihan dari segi fizikal, mental dan emosi.

Selain daripada mendapatkan banyak rehat dan mematuhi amalan gaya hidup sihat, gaya pemakanan masa ini adalah penting untuk membekalkan tenaga yang diperlukan setiap hari.

Kebanyakan ibu perlu mengambil sekurang-kurangnya 1,800 hingga 2,000 kalori sehari untuk menampung keperluan tenaga. Jumlah ini akan meningkat jika anda menyusu.

Selain itu, ibu menyusu perlulah memastikan mereka mengambil nutrien yang mencukupi melalui makanan berpantang untuk membantu perkembangan bayi.

Justeru tempoh dan makanan orang pantang amat penting kerana:

1. Mencegah komplikasi selepas bersalin

Jika ibu tidak memanfaatkan beberapa bulan pertama selepas kelahiran dengan mengambil makanan berpantang yang sihat, anda mungkin berisiko mengalami komplikasi selepas bersalin seperti:

  • jangkitan atau sepsis
  • kardiomiopati 

Kepentingan makanan orang pantang juga dapat membantu kurangkan tekanan selepas bersalin dan sekaligus membantu mengelakkan anda daripada masalah kesihatan mental, seperti kemurungan selepas bersalin.

2. Tingkatkan kesihatan anda dan menggalakkan pemulihan

Tempoh berpantang dan makanan berpantang datang sebagai pakej, anda tidak boleh pulih dengan baik tanpa diet yang betul.

Sama ada masak sendiri makanan berpantang atau dapatkan bantuan ibu, lazimnya setiap menu akan mengandungi jumlah nutrien yang tinggi bagi membantu anda pulih dengan lebih cepat dan kembali kepada keadaan normal dan sihat.

Setiap ibu yang berpantang perlu mengambil banyak protein, kalsium dan zat besi untuk membantunya pulih, melindungi tulang dan menjana sel darah baru untuk menambah darah yang hilang semasa bersalin.

Inilah kepentingan makanan berpantang. Jika dahulu sebelum menjadi ibu, makanan yang anda ambil setiap hari mungkin tidak mengandungi nutrien yang mencukupi. Kini dengan kehadiran bayi, si manja amat memerlukan nutrisi baik melalui penyusuan ibu!

3. Mengeratkan ikatan antara ibu dan bayi

makanan pantang bersalin

Tempoh berpantang juga memberi peluang kepada ibu untuk membentuk dan mengeratkan hubungan dengan bayi yang baru lahir. Ini meliputi perkara seperti:

  • belajar cara berinteraksi dengan si manja
  • memahami keperluan bayi
  • cara menjaga mereka dengan sebaiknya

Jika ibu seorang yang bekerja, tamat cuti bersalin nanti anda mungkin akan menghantar si manja ke pusat jagaan. Waktu bersama juga akan menjadi terhad hingga kadang-kadang bayi meminta perhatian dari ibu yang sibuk.

Kesan jika tidak mengamalkan makanan orang pantang selepas bersalin

Ibu perlu berhati-hati dengan apa yang anda makan selepas bersalin kerana ia boleh menjejaskan diri dan bayi baru lahir.

Beberapa kesan diet yang tidak berkualiti selepas bersalin termasuklah:

  • Susu ibu berkualiti rendah

Selepas ddilahirkan, bayi biasanya akan mula menyusu dengan serta merta. Ini bermaksud, badan anda perlu menghabiskan sisa tenaga terakhir untuk menghasilkan susu ibu yang diperlukan bayi secara berterusan.

Jika anda tidak mengambil makanan yang seimbang, kualiti susu akan semakin berkurangan. Penyelidik telah membuktikan sekali lagi bahawa diet tidak seimbang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.

  • Menganggu perkembangan bayi

Jika si manja mendapatkan susu berkualiti rendah daripada ibu, ia boleh menjejaskan kesihatan bayi dan sekaligus perkembangan mereka.

Susu berkualiti rendah merujuk kepada susu ibu dengan kepekatan nutrien yang kurang seperti vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C, omega 3, omega 6 dan omega 9.

Akibatnya, bayi anda mungkin mempunyai sistem imun yang lemah dan mudah terdedah kepada jangkitan penyakit.

  • Kulit ibu menjadi kusam

makanan orang berpantang

Keadaan kulit mencerminkan status pemakanan anda. Jika ibu mengamalkan diet yang tidak betul, kulit anda berkemungkinan menjadi kusam dan kadangkala keradangan.

Tambahan pula, pemakanan yang tidak baik juga boleh mempercepatkan penuaan kulit. Bagi mengelakkan masalah ini berlaku, anda perlu mengelakkan dari mengambil makanan yang diproses atau dalam tin kerana ia cenderung mengandungi garam, MSG, minyak dan bahan tambahan lain.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape
  • Proses pemulihan menjadi lambat

Diet yang tidak sihat selepas bersalin boleh menyebabkan anda mengambil masa lebih lama untuk pulih daripada kesan bersalin.

Beberapa jenis makanan pantang bersalin terbukti dapat mengekalkan kesihatan ibu sepanjang menguruskan bayi baru lahir dan mengelakkan anda kelihatan pucat, lemah ataupun sakit.

  • Jangkitan

Diet yang tidak baik boleh melemahkan sistem imun, menyebabkan anda terdedah kepada banyak penyakit. Tempoh selepas bersalin adalah yang paling kritikal kerana badan anda, sebahagian besarnya, telah kehilangan keupayaannya untuk melawan jangkitan.

Apabila anda tidak mengambil diet seimbang, ia boleh memburukkan keadaan badan. Inilah sebabnya mengapa makanan berpantang dicipta untuk meningkatkan imuniti anda dan menangani penyakit oportunistik yang mungkin menyerang anda dalam tempoh ini.

Walaupun berpantang mungkin kelihatan sebagai amalan yang menyekat dan menyakitkan, ia amat penting untuk diikuti kerana mamou memberi manfaat kepada anda dan bayi dalam jangka masa panjang.

Semoga bermanfaat.

Happy Preggie

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 30+ Makanan Pantang Bersalin Yang Mudah & Berkhasiat, Sesuai Untuk Bayi Jaundice

Baca juga: Cara Pantang Keguguran Yang Betul Ikut Bidan Melayu, Ibu Moden Jangan Ambil Mudah

Baca juga: Berapa Lama Ibu Perlu Berada Di Wad Selepas Bersalin? Ini Syarat Jika Ingin Pulang Awal!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Kepentingan Makanan Pantang Untuk Ibu & Bayi Baru Lahir, Barulah Kedua-duanya Sihat!
Kongsikan:
  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham