X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 Jenis Perasaan Bersalah Yang Sering Dirasai Seorang Ibu & Bagaimana Ingin Mengendalinya

7 min bacaan
5 Jenis Perasaan Bersalah Yang Sering Dirasai Seorang Ibu & Bagaimana Ingin Mengendalinya

Perasaan bersalah adalah seperti PMS - semua akan merasainya kelak. Anda harus bijak mengendali 5 perasaan bersalah ini. Bagaimana? Jom baca panduan dari kami!

Perasaan bersalah yang sering dialami oleh semua ibu adalah seperti PMS. Perasaan bersalah boleh menjadi toksik kepada badan, minda dan semangat anda. Ia menghalang kita daripada mengalami pertumbuhan dan transformasi serta boleh membuatkan kita terperangkap pada masa lalu.

Sudah tentu, rasa bersalah tentang sesuatu yang anda lakukan yang membahayakan orang lain. Tetapi apabila rasa bersalah dicetuskan oleh persepsi tentang apa yang orang lain fikirkan, atau apa yang kita fikir “sepatutnya” kita lakukan, ia boleh memudaratkan diri anda.

Malah, hampir 94% ibu-ibu akan merasa bersalah dan malu tentang beberapa isu seperti berapa banyak masa mereka luangkan dengan anak-anak hinggalah kepada jenis lampin yang digunakan.

Apa Itu ‘Mom Guilt’ Atau Perasaan Bersalah Seorang Ibu?

5 Jenis Perasaan Bersalah Yang Sering Dirasai Seorang Ibu & Bagaimana Ingin Mengendalinya

Menjadi seorang ibu memang merupakan satu anugerah yang tak ternilai. Tapi kadang-kadang seorang ibu rasa bersalah dan rindu nak keluar sendiri atau berdua dengan suami tanpa sibuk menguruskan anak.

Walau bagaimanapun, personaliti seorang ibu tidak bertukar selepas bergelar ibu, tetap orang yang sama. Apa yang lain ialah keutamaan dan tanggungjawab. Dalam kebanyakan masa, anak akan menjadi tumpuan utama, dan bila kita fikir tentang aktiviti yang para ibu lakukan dulu tanpa anak, memang akan muncul perasaan bersalah ini.

Menurut American Psychiatric Association, perasaan bersalah yang berlebihan (guilt complex) ini juga dapat dikategorikan sebagai salah satu tanda dari depresi. Hal tersebut adalah kerana perasaan ini kebiasanya muncul dari trauma masa kecil dan post-traumatic stress disorder (PTSD).

Selain itu, rasa bersalah yang menimbulkan trauma juga boleh dihasilkan daripada perasaan bersalah kerana selamat atau mengejar impian diri sendiri, sementara keluarga atau orang terdekat lain sedang ditimpa musibah.

5 Perasan Bersalah Yang Sering Para Ibu Rasa

Untuk membantu para ibu mengendali perasaan bersalah dengan betul, kami telah menyenaraikan antara lima jenis perasaan bersalah yang sering dialami para ibu dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengendalinya1. Jom baca!

#1. Beri Anak Anda Susu Formula Bayi

perasaan bersalah

Ketika anda mengeluarkan botol susu, semua mata memandang tajam ke arah anda. Oh, rupa-rupanya semua ibu memberi susu badan secara eksklusif di sini, patutlah.

Mulalah mereka cuba membuat anda rasa serba salah sedangkan mereka tidak tahu yang sebenarnya anda tak mampu untuk memberi susu badan. Ataupun anda sudah mencuba namun susu cepat kering dan anak masih lagi belum puas.

Cara kendali: Bawa bertenang! Anda mungkin fikir anda seorang saja ibu yang beri susu formula. Tapi sebenarnya, ramai lagi yang terpaksa melalui perkara sama. Tak kisah la sama ada sebab isu bekalan, masalah sering bocor, ingin kerja semula atau atas sebab-sebab lain. Ramai saja ibu yang memberi susu formula pada bayi.

Jika anda sedang bersedih kerana kehilangan fungsi untuk menjaga si kecil, benarkan diri anda bersedih. Tapi, anda kena menerima hakikat dan move on! Pepatah ada mengatakan, “The best thing you can do for your baby is to be a happy mom.”

#2. Tinggalkan Anak Di Tempat Pengasuh

5 Jenis Perasaan Bersalah Yang Sering Dirasai Seorang Ibu & Bagaimana Ingin Mengendalinya

Kredit: HR News

Ini keputusan dan rasa bersalah yang sukar dihapus. Setiap kali menghantar anak ke pengasuh, anda memaksa kaki untuk melangkah. Anda tak mahu pusing ke belakang lagi lepas memberi satu ciuman pada si manja. Rasa bersalahnya…

Apabila baca pula satu status tular di media sosial baru-baru yang mengatakan ibu yang menghantar anak mereka ke pengasuh adalah ibu yang tidak bagus. Geramnya! Sedangkan kita mencari rezeki untuk masa hadapan anak juga.

Cara kendali: Jangan bimbang. Semua ibu yang berkerja akan melalui perasaan ini. Sebaiknya, bina hubungan yang sihat bersama pengasuh anda.

Untuk menenangkan anda juga, cuba ingat yang kajian mendapati penjagaan kanak-kanak yang bagus boleh meningkatkan kemahiran bahasa, kognitif dan sosial kanak-kanak terbabit.

Sebab itu mereka memerlukan pengasuh (jika anda berkerja).

#3. Menggunakan TV Untuk Mengalih Perhatian Mereka

perasaan bersalah

Kredit: Raising Children Network

Ketika anda ingin masak makan malam, kemas rumah yang telah bersepah selama berhari-hari atau membasuh pinggan – TV pasti jadi pengasuh utama pada anak-anak. Tapi anda akan diruntun rasa bersalah apabila melihat anak-anak leka menonton TV.

Adakah TV sihat untuk mereka? 

Sekarang, apabila semua kena bekerja dari rumah, kita akan biarkan sahaja anak menonton TV supaya dia tidak kacau kita. Tapi hakikatkan dalam hati perasaan bersalah tetap ada!

Cara kendali: Jangan rasa bersalah lagi! Walaupun American Academy of Pediatrics menyarankan kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah tidak harus menonton sebarang TV, tapi hampir 67% ibu bapa masih melakukannya.

Kunci di sini adalah bersederhana. Lagipun, lebih baik anda beri mereka tonton rancangan berpelajaran seperti Baby TV atau YouTube Kids. Jangan lupa untuk ‘block’ mana-mana rangkaian yang anda tidak gemar. Apa-apa pun, kuasa semua di tangan anda!

#4. Jadi Ibu Bapa Yang Tidak Mesra Alam

5 Jenis Perasaan Bersalah Yang Sering Dirasai Seorang Ibu & Bagaimana Ingin Mengendalinya

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Menurut kajian, hampir 47% ibu bapa akan mula menitikberatkan isu alam selepas menjadi ibu bapa. Bukan apa, mereka ingin alam atau bumi yang lebih sihat demi anak-anak mereka.

Tapi ketika anda membuang beg sampah yang penuh dengan lampin pakai buang, anda terpandang jiran sebelah. Dia sedang menggantung lampin kainnya di jemuran. Dia memakai kereta hybrid. Dia juga tidak menggunakan straw plastik.

Cara kendali: Bukan mudah ingin jadi individu yang mesra alam, tahu? Cuba perlahan-lahan dan dengan usaha kecil-kecilan. Contohnya seperti mencabut plag elektrik yang tak digunakan, basuh baju dengan air sejuk, tukar lampu rumah ke lampu neon dan lain-lain. Cuba perlahan-lahan!

#5. Beri Anak-anak Makan Makanan Ringan

perasaan bersalah

Kredit: Verywell Health

Pada hari yang memenatkan, anda hanya beli burger dan fries pada anak-anak kerana mereka minta makanan itu. Tiba-tiba anda teringat… ibu anda tak pernah beri kalian makan makanan ringan! Ia tak bagus!

Cara kendali: Bertenang. Makanan ringan memang tak bagus, tapi ia bukan beracun. Kunci kejayaan di sini adalah bersederhana dan memilih pilihan yang tepat.

Menurut Mary Savoye-Desanti, seorang pakar bionutrisi di Universiti Yale — makan makanan ringan sebanyak dua kali seminggu masih okay, asalkan anda memilih pilihan yang rendah lemak.

Ha… bagaimana? Anda semakin faham bagaimana ingin kendali perasaan bersalah selepas membaca artikel ini? Cuba kendali rasa bersalah yang bermaharajalela dalam hati anda itu dengan betul, okay? Kita kan kuat!

Antara Tips Lain Untuk Kurangkan Perasaan Bersalah

Tak mudah untuk para ibu menjadi seorang yang sempurna. Pasti akan ada kekurangannya ketika mendidik serta membesarkan anak. Itu adalah lumrah manusia, tiada yang betul dalam kesemua perkara. Ada salah dan betulnya. Dan, dari situ ibu ayah boleh belajar untuk menjadi lebih baik.

Oleh itu, di bawah kami menyediakan beberapa tips lain untuk mengurangkan perasaan bersalah buat para ibu di luar sana:

  • Menghargai usaha anda.
  • Melihat dari sudut pandang orang lain.
  • Melihat emosi dari rasa bersalah ini dengan lebih mendalam.
  • Sentiasa berfikiran positif dalam apa jua situasi.
  • Percaya kepada diri sendiri.
  • Kenali anak anda dengan lebih mendalam.
  • Fokus kepada kualiti, bukan kuantiti.
  • Belajar untuk memaafkan diri sendiri.

Pakar menerangkan bahawa perasaan bersalah adalah peluang untuk melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza. Sebab itulah kesemua wanita diminta untuk tidak jatuh ke dalam perasaan ini. Ayuh kita bangkit dan kendali perasaan ini dengan cara yang betul ya.

Jika Para Ibu Perlu Bantuan Hilangkan Perasaan Bersalah, Anda Boleh Lakukan Ini:

Terapi selalunya boleh membantu orang mengatasi rasa bersalah. Tetapi jenis terapi yang paling membantu kemungkinan besar bergantung pada punca rasa bersalah. Dalam semua kes, ahli terapi mungkin bermula dengan bekerja dengan orang yang mencari bantuan untuk memahami apa yang menyumbang kepada rasa bersalah mereka.

Kaunseling untuk perasaan bersalah dan malu ini kebiasanya melibatkan konsep penerimaan dan memaafkan. Adalah lumrah untuk melakukan kesilapan, dan kadangkala kesilapan ini boleh menyakitkan orang lain. Jika boleh, cuba untuk membetulkan kesilapan atau sebaliknya menebus kesalahan mungkin merupakan langkah pertama yang baik2.

Melakukan perkara ini boleh mengurangkan perasaan bersalah.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat para ibu di luar sana.

  1. 8 Empowering Ways To Stop Feeling Guilty | Psychology Today.
  2. Overcoming Guilt | Good Therapy.
  3. 5 Ways To Get Rid Of Guilt & Move On With Your Life | Mind Body Green.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Nak Mendidik Ibu Milenium Perlu Buat 7 Perkara Ini. Barulah Anak Jadi Hebat!

Baca juga: 8 Perkara Yang Selalu Dikatakan Kepada Ibu Bekerja Yang Membuatkan Mereka Rasa Dihakimi

Baca juga: Mengapa Ada Ibu Melayan Anak Macam Musuh? Wujudkah Hukum Menyakiti Hati Anak?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • 5 Jenis Perasaan Bersalah Yang Sering Dirasai Seorang Ibu & Bagaimana Ingin Mengendalinya
Kongsikan:
  • Ini sebab mengapa anda perlu tenang, senyum, dan ketawa selalu semasa hamil!

    Ini sebab mengapa anda perlu tenang, senyum, dan ketawa selalu semasa hamil!

  • Seorang ibu pasti akan rasa bersalah pada setiap 4 peringkat hidup ini

    Seorang ibu pasti akan rasa bersalah pada setiap 4 peringkat hidup ini

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Ini sebab mengapa anda perlu tenang, senyum, dan ketawa selalu semasa hamil!

    Ini sebab mengapa anda perlu tenang, senyum, dan ketawa selalu semasa hamil!

  • Seorang ibu pasti akan rasa bersalah pada setiap 4 peringkat hidup ini

    Seorang ibu pasti akan rasa bersalah pada setiap 4 peringkat hidup ini

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.