Adakah anda rasa anda terlebih beri susu botol kepada anak anda ataupun overfeeding? Apabila bayi menyusu terlalu lama, ada kemungkinan anak anda terlebih minum susu!
Ibu bapa kadang kala risau apabila anak anda dilihat seperti kurang makan atau minum susu. Ataupun ada juga ibu bapa yang mempunyai tanggapan kalau anak tidak makan banyak nanti anak cepat sakit dan sebagainya. Ini merupakan satu tanggapan yang salah sama sekali.
Harus diingatkan kepada ibu bapa bahawa susu badan dan susu formula adalah sangat berbeza.
Anak anda perlu makan mengikut keperluan makanan hariannya dan bukan mengikut keperluan makanan orang dewasa. Jadi anda tidak bolehlah anggap bahawa anak anda kurang makan. Lagi-lagi bila anak anda masih menyusu, kadang ibu bapa beri sampai berbotol-botol sehari. Nampak seperti tiada apa tetapi banyak kesan buruk menanti kalau ibu bapa terlebih beri anak susu.
Bayi menyusu terlalu lama, apa puncanya?
Kredit: Unsplash
- Anda guna botol susu besar
Ibu bapa kadang tidak perasan benda ini. Apabila anda menggunakan botol susu yang besar, secara tidak langsung anda galakkan anak anda minum banyak. Apa yang jadi bila anak anda minum banyak? Semakin naiklah badan anak anda yang seterusnya mengundang kepada obesiti.
- Beri susu formula dalam botol
Bila anda berikan anak anda minum menggunakan susu formula dalam botol, potensi untuk anak anda minum banyak lagi tinggi. Dengan beri susu formula, senang sahaja anak anda nak minum lebih banyak. Sampaikan anak anda tidak tahu bila nak berhenti.
- Tenangkan anak dengan minum susu
Asal anak anda merengek je anda beri susu. Asal nak tidur pun susu. Segalanya susulah. Adakah tahu perbuatan ini menyebabkan kebergantungan anak anda kepada susu untuk menenangkannya? Kalau diteruskan susah anda nanti.
Kalau anda hendak tahu, apakah tanda-tanda yang menunjukkan anda sebenarnya terlebih memberi susu kepada anak anda, mari kami kongsikan disini!
5 tanda anda terlebih beri susu kepada anak anda
Kredit: Unsplash
#1 Anak anda tidak berhenti atau kerap minta minum susu
Setiap bayi mempunyai keperluan susu yang berbeza. Kalau anda tengok di pek susu anak anda pun, sudah diterangkan berapa jumlah susu formula yang diperlukan. Bayi yang berusia awal daripada 6 bulan mestilah akan minum lebih sedikit daripada bayi berusia 6 bulan ke atas. Tetapi kalau anda tengok anak anda balik-balik minta susu, itu tandanya anda dah terlebih beri susu padanya.
#2 Anak anda muntah-muntah
Muntah adalah perkara yang biasa bagi bayi. Tetapi muntah yang kerap adalah sesuatu yang bukan normal. Ia biasa berlaku kalau bayi anda sudah kenyang. Walaupun anak anda sudah cukup diberi susu, anak anda akan meminta lagi. Ini yang menyebabkan anak anda muntah atau mual.
#3 Kembung perut
Ibu bapa jangan ingat kembung perut itu sebenarnya lapar. Itu boleh jadi tanda bahawa anak anda terlebih susu. Ini kerana apabila anak anda kerap meminum susu botol, ini boleh mengakibatkan anak anda mudah dimasuki angin dan menjadikan perutnya bergas. Ya, bayi menyusu terlalu lama pun boleh mengakibatkan gas.
Perut anak anda akan berasa tidak selesa selepas itu.
#4 Lihat keadaan najis
Salah satu cara nak tahu anak anda terlebih susu ataupun tidak adalah menerusi keadaan najis. Jika keadaannya tidak seperti biasa dan nampak lebih cair, itu tandanya memang dah banyak susu. Banyak juga lampin perlu ditukar tu.
#5 Kerap tidak selesa
Kalau dah muntah, anak anda mesti akan selalu rasa tak selesa. Kemudian, dia akan mudah rasa meragam. Keadaan ini dinamakan keadaan kolik yang mana bayi kerap meragam dan menangis tanpa henti. Jadi pada waktu ini ibu bapa kenalah peka dengan keadaan anak.
Apa patut anda buat?
Kredit: Unsplash
Beri anak anda susu formula atau susu badan secukupnya mengikut saranan doktor dan pakar pediatrik.
- Jangan pakai botol susu besar
Botol susu besar mempunyai aliran susu yang banyak. Jadi, anak anda sentiasa akan rasa untuk menghabiskan susu. Pakai botol biasa yang sesuai dengan jumlah saranan susu yang perlu diberi. Kalau perlu, anda juga boleh cuba beri susu tanpa menggunakan botol.
Doktor menyarankan agar si ibu menyusukan anak untuk mengelakkan overfeeding. Ini kerana kebiasaannya bayi hanya akan meminum susu secukupnya daripada badan ibu.
Pastikan setelah anak anda minum susu, anda rehatkan dahulu pengambilan susu anak anda supaya anak anda mudah berasa kenyang.
Jangan lupa awasi pengambilan susu anak sewaktu anak sedang menyusu.
Hanya beri susu kepada anak anda apabila anak anda menunjukkan tanda lapar atau apabila masa untuk beri dia susu. Jangan beri susu setiap kali anda ingin memujuk anak anda ataupun semasa dia menangis. Kerana tidak semestinya anak anda menangis disebabkan oleh lapar. Ia boleh jadi kerana pelbagai faktor lain.
Bila anda patut risau?
Overfeeding ataupun terlebih beri susu akan menyebabkan anak anda berisiko mendapat obesiti dan masalah kegemukan, muntah teruk ataupun menyebabkan keadaan yang mempunyai acid reflux atau penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD) bertambah teruk.
Sekiranya gejala anak anda berlarutan dan dilihat membimbangkan, sila rujuk pakar dengan segera.
Sumber: Xtra
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Boleh ke bayi saya minum susu lembu? Susu apa yang bagus untuk anak?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!