Setiap pasangan yang sudah berkahwin, naluri mereka inginkan zuriat sebagai penguat cinta rumah tangga yang dibina. Namun baru-baru ini dikatakan wujud satu fenomena childfree atau berkahwin tetapi tidak mahu anak yang turut menjadi ikutan atas alasan tidak bersedia atau faktor kewangan.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Tidak mahu anak selepas berumah tangga
- Childfree bukan fenomena baharu
Berdasarkan artikel di Kisah Dunia yang memetik satu perkongsian video TikTok, childfree menjadi fenomena di Indonesia selepas satu rancangan televisyen di negara tersebut membincangkan isu berkenaan. Menerusi perbahasan tersebut, mereka berkongsi pendapat antara satu sama lain.
Tidak mahu anak selepas berumah tangga

Dalam perkongsian video TikTok pada akaun thebizin yang memetik rancangan televisyen di Indonesia iaitu Kick Andy bertajuk Childfree mengundang pelbagai reaksi.
Seorang daripada jemputan itu ialah Victoria Tunggono yang juga penulis buku Childfree And Happy dan wanita ini mengatakan, alasannya untuk tidak memiliki keturunan adalah tidak bersedia. Alasan lain wanita tersebut ialah faktor kewangan juga menjadi salah satu kepada alasannya untuk tidak memiliki zuriat.
Selain penulis buku tersebut, video itu turut memaparkan pasangan muda dari Indonesia dikenali Gita Savitri dan Paulus Partohap yang tinggal di Jerman juga memutuskan untuk tidak memiliki keturunan. Terdapat banyak tekanan daripada keluarga namun, mereka tetap dengan keputusan untuk tiada anak kerana bukan mudah mempunyai anak.
Pasangan lain iaitu Muhammad Arif Maulana dan Cibi pula telah memutuskan untuk tidak mempunyai anak sejak awal malah, mereka juga sudah membuat keputusan mengenai ke mana harta warisan akan disumbangkan apabila mereka sudah tiada lagi di dunia.
Childfree bukan fenomena baharu

Dalam masa sama, video TikTok tersebut turut memetik perkongsian seorang psikologi klinikal di Indonesia, Analisa Widyaningrum pada rancangan televisyen tersebut. Wanita itu memberitahu, fenomena childfree bukanlah suatu perkara yang baharu. Malah alasan daripada pasangan terlibat juga adalah pelbagai iaitu mulai dengan hal peribadi hinggalah kepada kebebasan dari segi kewangan.
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di Indonesia. Antara komen-komen yang dapat dibaca ialah:
"Sebenarnya childfree itu hak masing-masing. Cuma di Indonesia, kebanyakan yang nikah tidak mempunyai anak, ditanya terus".
"Percayalah, punya anak bukan hanya hamil 9 bulan 10 hari, melahirkan dan menyusu, tanggungjawabnya besar tetapi dibawa sama ke akhirat".
"Ada alasan lain juga biasanya seseorang memilih childfree itu kerana mengalami trust issue semasa kecil".
"Tapi mereka hebat, pasti banyak tekanan daripada keluarga dan lingkungan," demikian maklum balas yang boleh dibaca daripada netizen tersebut.
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Mahukan zuriat atau memutuskan untuk tidak memiliki anak dalam tempoh tertentua atau selama-lamanya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kisah Benar: Saya Sudah Berkahwin Selama 1 Tahun, Dan Saya Masih Dara
Baca juga: 10 Kunci Rumah Tangga Bahagia Pasangan Lama Berkahwin Amalkan, No #7 Paling Penting!
Baca juga: Suami Tinggalkan Isteri Selepas 17 Tahun Berkahwin Kerana Isteri Gemuk!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!