X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Suami Tinggalkan Isteri Selepas 17 Tahun Berkahwin Kerana Isteri Gemuk!

5 min bacaan
Suami Tinggalkan Isteri Selepas 17 Tahun Berkahwin Kerana Isteri Gemuk!

Kasihan wanita ini. Sanggup suami tinggalkan isteri yang telah dikahwini selama 17 tahun semata-mata kerana alasan isteri semakin gemuk. Mana cintanya yang dijanji dulu?

Baru semalam saya rasa semuanya terjadi. Saya mengahwini lelaki yang amat saya cintai. Dia berusia 26 tahun ketika itu, manakala saya 22 tahun. Saya tak sangka selepas 17 tahun kami bersama, kes suami tinggalkan isteri akan terkena atas batang hidung saya.

Walaupun saya tak berapa pasti nak kahwin muda, tapi apa lagi yang harus seorang wanita berusia 22 tahun buat? 

Saya tengok semua kawan-kawan saya mula berkahwin. Jadi saya pun excited nak berumah tangga dan memulakan hidup baru dengan pasangan. 

suami tinggalkan isteri

Selepas berkahwin, saya dan suami pindah duduk di bandar. Kami ada beberapa kawan baru dan kami selalu travel setiap kali berpeluang. Saya rasa sangat gembira. 

Saya pun tiada masalah dengan keluarga mentua. Mereka melayan saya dengan elok, malah boleh dikatakan saya mungkin menantu kesayangan mereka! Kadang-kadang, mentua akan datang ke rumah dan saya akan memasak buat mereka.

Selepas setahun berkahwin, saya meminta izin dari suami untuk bekerja sebagai cikgu tuisyen. Selepas suami membenarkan, saya sungguh teruja. Sekarang saya ada semua benda saya nak. 

Anak pertama saya lahir 3 tahun kemudian…

Selepas 3 tahun, Tuhan telah mengurniakan seorang anak lelaki dalam hidup kami sekeluarga. Saya teruja mempelajari tentang ilmu keibubapaan. Sibuk dengan bayi baru lahir, saya terlupa nak menjaga kesihatan saya sendiri. 

suami tinggalkan isteri

Semua wanita lepas bersalin pasti akan menghadapi dilema tentang bentuk badan dan berat mereka, kan? Saya juga menghadapi masalah sama. 

Tapi oleh sebab kami jauh di bandar dan tiada siapa yang menjaga anak-anak malah saya ketika pantang, saya terlupa untuk bersenam. Dan jujurnya, saya tak kisah pun!

Saya rasa kecantikan dalaman lebih penting berbanding kecantikan luaran. Bagi saya, lebih penting hati baik daripada kurus tapi hati busuk. 

Namun suami saya masih kekal handsome sama seperti zaman mudanya. Setiap kali kami keluar, ramai memuji betapa bertuah saya dapat suami sekacaknya. Saya tersipu-sipu malu. 

Berat badan makin bertambah selepas anak kedua…

Saya tak sangka kes suami tinggalkan isteri kerana isteri gemuk akan terjadi pada saya. Selepas anak kedua kami lahir, berat badan saya semakin bertambah. 

Saya tak sangka kerana semakin gemuk, si suami tidak lagi tertarik dan menyayangi pasangan hidupnya ini. Hati saya luka…

suami tinggalkan isteri

Kredit: Cathy Neville, LPC, NCC

Semuanya bermula selepas anak pertama kami masuk sekolah rendah. Ketika itu saya yang sudah tidak bekerja akan selalu meluangkan masa mengajar anak-anak di rumah. 

Suami seakan tidak mengendahkan kami lagi. Dia selalu balik lambat dan kerap ke luar negara atas urusan “kerja”. Katanya oleh sebab dia sudah naik pangkat, segala beban kerja terletak dibahunya. 

Saya percaya kata-kata suami saya. Tapi lama kelamaan, saya nampak perubahan dirinya. Dia tak mahu ambil tahu langsung tentang anak-anak kami. Kami selalu bergaduh. 

Saya kecewa. Ketika saya ingin menyelesaikan pergaduhan, dia tak mahu. Malah dia akan memaki hamun saya mengatakan saya “membesarkan cerita”. 

Kes suami tinggalkan isteri kerana isteri gemuk

Satu hari, saya minta suami berlaku jujur. Sekali ini saja, tolonglah jujur dengan saya. Akhirnya dia menarik nafas panjang. 

Tapi, kata-kata yang dikeluarkan dari mulutnya saat itu akan saya ingat sampai bila-bila… 

Suami saya bersuara:

“Sebenarnya, saya dah tak sayangkan awak lagi. Tengoklah diri awak itu! Gemuk macam apa lagi! Dulu masa kita kahwin awak tak macam ini. Sekarang saya sendiri malu nak panggil awak isteri saya!“

suami tinggalkan isteri

Stories Rakan Kongsi
5 Ways To Make Your House Safer When You Have Kids
5 Ways To Make Your House Safer When You Have Kids
Achieve Better Lactation Results with Philips Avent Breast Pumps
Achieve Better Lactation Results with Philips Avent Breast Pumps
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!
Mimpi Ngeri Setiap Ibu Bapa: Apabila Anak Jatuh Sakit dan Kita Tidak Dapat Buat Apa-Apa
Mimpi Ngeri Setiap Ibu Bapa: Apabila Anak Jatuh Sakit dan Kita Tidak Dapat Buat Apa-Apa

Ya Allah. Saya terduduk. Saya tak sangka kerana kegemukan ini, suami saya sendiri tak mahu memandang saya dan menganggap saya jijik.

“Tapi saya naik berat badan selepas saya beranak! Saya susah-susah mengandung dan beranak 2 anak abang. Saya sibuk menjaga mereka, menjaga keluarga kita. Bila saya ada waktu nak jaga diri saya?“

Entah mana datang kekuatan saya, dalam tangis, saya berusaha untuk membela diri sendiri. Salah saya ke kalau saya tak berkesempatan nak jaga diri sendiri ketika sibuk menguruskan keluarga? Semua urusan keluarga dan anak-anak saya buat.

Suami memandang saya dengan pandangan jijik. Dari renungan matanya saya tahu… tiada lagi kasih sayang yang dulu dia selalu curahkan pada saya itu. Lelaki yang saya kahwini dulu telah berubah…

“Awak tak pernah cuba nak jaga diri awak pun. Awak tak kisah! Awak tak mahu cantik macam perempuan lain. Sekarang padanlah kalau awak buruk macam wanita tepi jalan!“

Mata saya terbuka luas. Mimpi ngeri apakah ini? Setelah 17 tahun berkahwin, baru sekarang dia nak cakap begitu? 

Selepas melampiaskan semua kata-kata tajamnya, hari itu juga suami saya keluar dari rumah kami.

Sehingga ke hari ini, jujur saya katakan, saya masih menunggu kepulangannya… Saya masih menunggu suami saya.

Di manakah suami yang saya cintai dulu? Kenapa dia berubah selepas 17 tahun bersama? Tidakkah dia kasihan dengan saya yang terpaksa menguruskan semua hal anak dan keluarga seorang diri? Kalau dia mahu saya kurus, baiklah, saya sanggup bersenam dan sebagainya. 

Tapi mana suami yang mengasihi dan menyayangi saya dan anak-anak, dulu? 

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Kisah Benar Suami Mengadu Rasa Geli Isteri Busuk & Badan Seperti ‘Dugong Bunting’

Baca juga:  Isterinya diejek gemuk, Ini Jawapan Bijak Iko Uwais

Baca juga: Suaminya membuat ‘pasaraya mini’ buat isterinya yang hamil dengan duit hasil berhenti merokok

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Suami Tinggalkan Isteri Selepas 17 Tahun Berkahwin Kerana Isteri Gemuk!
Kongsikan:
  • 20 Tahun Mahu Anak, Wanita Ini Ditinggal Suami Selepas Bersalin

    20 Tahun Mahu Anak, Wanita Ini Ditinggal Suami Selepas Bersalin

  • Ayah, Sebenarnya Sudah 37 Tahun Kita Tak Berjumpa...

    Ayah, Sebenarnya Sudah 37 Tahun Kita Tak Berjumpa...

  • Memang Nampak Comel Bila Bayi Pakai Pelampung Baby, Namun Anda Perlu Tahu 4 RISIKO Ini!

    Memang Nampak Comel Bila Bayi Pakai Pelampung Baby, Namun Anda Perlu Tahu 4 RISIKO Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 20 Tahun Mahu Anak, Wanita Ini Ditinggal Suami Selepas Bersalin

    20 Tahun Mahu Anak, Wanita Ini Ditinggal Suami Selepas Bersalin

  • Ayah, Sebenarnya Sudah 37 Tahun Kita Tak Berjumpa...

    Ayah, Sebenarnya Sudah 37 Tahun Kita Tak Berjumpa...

  • Memang Nampak Comel Bila Bayi Pakai Pelampung Baby, Namun Anda Perlu Tahu 4 RISIKO Ini!

    Memang Nampak Comel Bila Bayi Pakai Pelampung Baby, Namun Anda Perlu Tahu 4 RISIKO Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.