X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Dilema Bentuk Badan Selepas Bersalin? Penyanyi Pink Bersuara Untuk Wanita!

7 Apr, 2017
Dilema Bentuk Badan Selepas Bersalin? Penyanyi Pink Bersuara Untuk Wanita!

Ada wanita bertuah, kembali langsing selepas beberapa bulan. Tapi kebanyakan wanita menghadapi masalah sama — stretchmark, perut menggelebeh dan berat badan meningkat. Penyanyi Pink telah menegakkan hal ini untuk semua wanita! Mari baca.

Kandungan semakin membesar. Tak percaya betul, badan anda pun berubah. Tiba-tiba, air ketuban pecah dan kalian kelam-kabut ke hospital! Dan… lahirnya cahaya mata yang memberi sinar ini.

Selepas bersalin, anda mula berpantang dan ingin memiliki tubuh badan seperti dulu kembali. Mungkin ada sesetengah wanita bertuah – kembali langsing selepas beberapa bulan.

Tapi kebanyakan wanita di luar sana menghadapi masalah sama — stretchmark, perut menggelebeh dan berat badan meningkat.

Memang wanita boleh mengamalkan beberapa senaman mudah yang boleh mengembalikan bentuk badan asal. Tapi, kenapa mereka diberi tekanan sekarang? Penat mengandung dan melahirkan bayi pun masih belum habis, tahu!

Perkara itu yang disuarakan penyanyi Pink, baru-baru ini.

Penyanyi Pink Bersuara Untuk Wanita/Ibu

Pink, atau nama sebenarnya Alecia Beth Moore telah membidas “body image” yang ditekankan kepada wanita selepas bersalin. Malah, Pink juga mengajak semua wanita di luar sana untuk “menjauhi penimbang dan fokus pada bagaimana badan anda kelihatan dan rasa.”

Dalam post di Instagram itu, Pink dipetik mengatakan —

“Would you believe I’m 160 pounds and 5’3″?” By ‘regular standards’ that makes me obese. I know I’m not at my goal or anywhere near it after Baby 2 but dammit I don’t feel obese. The only thing I’m feeling is myself. Stay off that scale ladies!” “Percaya tak, berat saya 160 paun dengan tinggi 5’3. Kalau mengikut “standard biasa”, saya mungkin obes. Walaupun saya jauh daripada misi badan bergetah selepas bersalin dua kali. Tapi, saya tak rasa obes langsung! Saya rasa seperti diri sendiri. Jauhi penimbang, semua wanita!“

Dilema Bentuk Badan Selepas Bersalin? Penyanyi Pink Bersuara Untuk Wanita!

Kredit gambar: Instagram

Akhirnya, ada artis bersuara untuk apa yang semua ibu rasa! Tapi… kami ada satu berita gembira untuk anda sebenarnya.

Menurut kajian — kebanyakan masalah bentuk badan selepas bersalin akan pulih dan hilang secara semulajadi dalam beberapa minggu/bulan pertama selepas bersalin! 

Jadi bersabarlah, dan mari kendali masalah ini dengan bijak.

Cara Kendali Masalah Bentuk Badan Selepas Bersalin Dengan Bijak

1. Beri badan anda masa

Helo, anda tak boleh hilangkan berat badan selama sembilan bulan hamil itu dalam sekelip mata! Dr Jennifer Wider menyatakan wanita sering “memberi tekanan pada diri mereka sendiri”!

Jadi berhenti bandingkan imej badan anda dengan apa yang dilihat dalam media. Jangan percaya semua perkara tidak realistik itu!

2. Amalkan senaman mudah di rumah

Siapa kata tiada cara atau amalan mudah untuk kembali langsing pula? Ada, okay!

Anda boleh mengamalkan yoga, senaman pergerakan badan dan pelbagai senaman mudah lain yang boleh menurunkan berat badan. Tak percaya ada amalan mudah? Baca artikel ini.

3. Bersyukur dan hargai anak-anak

Jika anda lupa — badan anda telah melahirkan anak. Ia satu peristiwa yang luar biasa dan anda harus kagum dengan diri sendiri. Ingat itu!

Sama seperti atlet, anda telah melatih badan dan menunjukkan prestasi fizikal yang hebat. Selama sembilan bulan, pula itu! Jadi, apalah sangat kesan strechmarks kan? Lagipun ada cara semulajadi untuk menghilangkannya. Jom cuba!

Dilema Bentuk Badan Selepas Bersalin? Penyanyi Pink Bersuara Untuk Wanita!

4. Berfikiran positif

Memanglah cakap lebih mudah daripada melakukannya. Tapi, fikiran anda memainkan peranan penting, tahu? Cuba berfikiran positif.

InsyaAllah, anda akan mampu bertenang dan mengatasi atau mengendali masalah berat badan selepas hamil dengan lebih mudah jika anda positif.

Lagipun, anda juga yang rugi jika dikaburi dengan fikiran negatif!

5. Jangan hilang nafsu seks!

Selepas menguruskan hal menyusu tengah-tengah malam, lampin yang sentiasa kena tukar dan tangisan bayi, anda pasti penat. Kami faham itu.

Tapi, jangan jadikan penat sebagai alasan! Kalau anda kurang yakin, cuba tukar posisi atau malamkan lampu sedikit. Romantik gituu…

Lagi satu, Dr Wider menyarankan wanita untuk lebih terbuka dengan pasangan. Beritahu mereka apa yang anda rasa atau takut.

Dan, jangan jadikan isu “imej badan selepas bersalin” membuatkan anda tak gembira tentang badan anda! Tiada siapa yang menghukum pun!

Janji anda dan pasangan bahagia, ditemani anak-anak yang menjadi penyeri rumah tangga. Okay lah, kan?

Stay strong, semua wanita!

Sumber rujukan: The Bump, Today.com, Instagram, Cara Mengatasi Stretchmarks Ketika Hamil dan Amalan Mudah Kembali Langsing Selepas Bersalin

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Dilema Bentuk Badan Selepas Bersalin? Penyanyi Pink Bersuara Untuk Wanita!
Kongsikan:
  • Dapatkan Semula Bentuk Badan Ideal Selepas Bersalin Dengan 7 Tip Ini

    Dapatkan Semula Bentuk Badan Ideal Selepas Bersalin Dengan 7 Tip Ini

  • 4 Punca Kenapa Anda Gagal Menurunkan Berat Badan

    4 Punca Kenapa Anda Gagal Menurunkan Berat Badan

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Dapatkan Semula Bentuk Badan Ideal Selepas Bersalin Dengan 7 Tip Ini

    Dapatkan Semula Bentuk Badan Ideal Selepas Bersalin Dengan 7 Tip Ini

  • 4 Punca Kenapa Anda Gagal Menurunkan Berat Badan

    4 Punca Kenapa Anda Gagal Menurunkan Berat Badan

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.