Setiap ibu baru pasti akan pernah terpandang imej ibu selebriti yang seksi dan langsing selepas bersalin. Aduh, cepatnya dia kembali ramping! Apa rahsia secepat itu? Ada senaman selepas bersalin yang mudah tak?
Mana nak sempat jaga kecantikan diri apabila anda sibuk menjaga si comel. Kan bagus kalau ada sebarang amalan mudah yang mampu diamalkan dengan kerap, dan boleh kembali langsing.
Nah, jangan tak percaya. Kami kongsikan 11 amalan mudah yang diamalkan pakar untuk kembali langsing selepas bersalin. Jom semak apa amalan mudah ini!
11 Jenis Senaman Selepas Bersalin, Amalan Mudah Kembali Langsing
Menurut Joan Pagano dan Jimmy Minardi, pakar/pelatih kesihatan peribadi, 11 amalan mudah yang disenaraikan ini harus diamal oleh ibu yang baru lepas bersalin selepas 6 hingga 7 minggu.
Senaman selepas bersalin #1 Berlatih Yoga
Yoga disokong oleh pakar untuk mengukuhkan badan dan memberi ketenangan. Ini yang diperlukan semua ibu selepas bersalin! Anda tak perlu ke gim pun, hanya buka YouTube dan lihat pelbagai tutorial yang diajar di sana.
#2 Berehat/tidur
Ketika bayi sedang tidur, anda mungkin terbuka untuk bersenam. Tapi sebenarnya amat menyarankan anda untuk tidur! Elakkan senaman berat agar anda tidak cepat penat.
Ketika di atas katil, lakukan 20 Kegel dan 20 senaman perut. Ia untuk menguatkan otot perut dan mengembalikan keadaan lantai pelvik.
Senaman selepas bersalin #3 Gerakan badan
Senaman yang terbaik adalah senaman yang paling mudah. Tanpa perlu sebarang alatan, anda hanya perlu gerakkan badan. Contoh: Duduk dengan sebelah lutut di atas lantai. Sebelah lagi kaki melunjur ke belakang. Kemudian lakukan squat.
#4 Naik tangga
Memang jika anda melalui proses bersalin yang rumit, anda dinasihatkan untuk tidak banyak bergerak. Lagipun, nyilu di bahagian perut masih terasa.
Tapi buat wanita yang lahir dengan cara normal, anda boleh cuba menaiki tangga perlahan-lahan. Ia untuk menguatkan otot anda.
Senaman selepas bersalin #5 Senaman seakan panjat gunung
Kredit gambar: Inmotion Life
Ada pelbagai senaman yang padat dengan manfaat. Salah satu senaman tersebut adalah senaman ‘panjat gunung’.
Apa yang harus anda lakukan ialah duduk seakan-akan merangkak dan tunduk dengan satu kaki dibengkokkan ke hadapan manakala satu kaki lagi ke belakang. Tolak pinggul anda ke hadapan sambil lanjutkan kaki ke belakang-hadapan.
#6 Buat lompat bintang
Untuk ibu yang telah kembali sihat (tanpa trauma teruk di mana-mana bahagian badan), anda boleh cuba lompat bintang! Lompat bintang adalah senaman yang melibatkan keseluruhan badan.
Senaman selepas bersalin #7 Jalan kaki
Daripada berjalan kaki seorang diri, anda boleh cuba mengambil udara dengan si manja! Guna saja stroller dan ambil udara di luar.
Kajian mendapati senaman di kawasan luar memberi lebih banyak kesegaran, meningkatkan tenaga dan membentuk hubungan positif.
#8 Senaman tekan tubi istimewa
Kredit gambar: 12 Week Body Transformation
Pagano mengajar teknik tekan tubi istimewa — tekan tubi sambil cium bayi anda. Caranya melutut dengan bayi di bawah dada anda, bengkokkan siku dan lakukan tekan tubi perlahan-lahan, sambil cium si manja.
Senaman selepas bersalin #9 Squat dengan bayi
Si manja pasti terhibur dengan senaman ini! Anda boleh melakukan senaman squat sambil mendukung bayi.
#10 Senaman ‘bridge-crunch’
Kredit gambar: Healthy Hotty
Untuk senaman ini, anda perlu berbaring di atas lantai dan bengkokkan lutut. Kemudian, letak si manja di bahagian pelvis. Angkat pinggul anda perlahan-lahan kemudian turun pula – berselang-seli.
Senaman selepas bersalin #11 Dukung si manja
Postur badan yang betul mampu mengembalikan tubuh langsing anda. Oleh itu, dukung bayi dengan postur badan yang betul. Pastikan bahagian belakang anda disokong jika anda mengendong si manja.
Tengok, amalan yang mudah saja kan? Jadi, tak ada alasan kenapa anda tak boleh cuba amalan mudah ini. Jom kembali langsing seperti dulu! Tapi jangan lupa untuk menjaga pemakanan anda juga ya.
Namun, hati-hati…
Akan tetapi, anda dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang senaman berat sebelum 6 hingga 7 minggu dan tanpa mendapat nasihat doktor pakar. Hal ini kerana ketika hamil, hormon relaxin; yang membuatkan tulang longgar telah terhasil. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati kerana mungkin hormon tersebut masih ada.
Segera dapatkan doktor jika anda:
- berdarah ketika bersenam
- sakit di bahagian perut dan pelvik
- sesak nafas
- cepat penat walaupun hanya bersenam sedikit
- sakit badan yang tidak kebah selepas 2 hari
Semoga bermanfaat.
Jika anda berminat untuk kurangkan berat badan selepas bersalin, anda boleh mencuba rawatan di London Weight Management secara percuma. Rawatan ini membantu membakar lemak degil dan menghilangkan selulit. Jangan lepaskan peluang anda, isi borang ini sekarang!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Kurus Lepas Bersalin Minum Kopi Sekali Sehari, Hilang 40kg!
Baca juga: Kajian: Suami Kacak Punca Wanita Makan Secara Tak Sihat Untuk Kurus
Baca juga: Siti Nurhaliza Makin Slim Lepas Bersalin, Ini 9 Memori Kehamilan Beliau Yang Anda Tak Pernah Tahu
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!