X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Siti Nurhaliza Makin Slim Lepas Bersalin, Ini 9 Memori Kehamilan Beliau Yang Anda Tak Pernah Tahu

4 min bacaan
Siti Nurhaliza Makin Slim Lepas Bersalin, Ini 9 Memori Kehamilan Beliau Yang Anda Tak Pernah TahuSiti Nurhaliza Makin Slim Lepas Bersalin, Ini 9 Memori Kehamilan Beliau Yang Anda Tak Pernah Tahu

Nak kurus dengan cepat selepas bersalin, apa kata ikut saranan dari Datuk Seri Siti Nurhaliza ini!

Peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan penyanyi nombor satu negara mesti tahukan anak Siti Nurhaliza yang diberi nama Siti Aafiyah semakin comel dengan video-video cute yang dikongsikan di laman Instagram milik penyanyi pujaan ramai itu.

Mari kita recap balik perjalanan kehamilan Datuk Seri Siti Nurhaliza,  di mana beliau akhirnya bergelar ibu selepas melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Bayi perempuan itu dilahirkan dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pada jam 8.17 pagi secara pembedahan.

Meskipun telah selamat bergelar ibu pada seorang puteri yang comel, namun mari kita ingat kembali di mana Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas beliau mengalami keguguran di saat usia kehamilannya mencecah dua bulan.

Walau bagaimanapun kini, anak Siti Nurhaliza itu tentunya menjadi penyeri dalam keluarga Siti dan Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Ini kerana Aafiyah adalah satu- satunya anak perempuan dalam keluarga mereka kerana perkahwinan Datuk K yang dahulu mempunyai empat anak dan semuanya adalah anak lelaki.

Malah dua daripada anaknya merupakan suami kepada pelakon Izara Aisyah dan Tya Ariffin.

Siti Nurhaliza dedah rahsia penurunan berat badan selepas bersalin

Datuk Seri Siti Nurhaliza

Penampilan pelantun lagu Comel Pipi Merah ini selepas bersalin turut mencuri perhatian umum khususnya peminatnya yang sentiasa mengikuti perkembangan beliau melalui Instagram.

Rata-rata peminat memuji saiz badannya yang kelihatan kecil selepas beberapa bulan menyambut kelahiran si comel.

Dalam perkongsiannya kepada media, Datuk Siti berkata beliau bersyukur melalui proses berpantang yang berlangsung dengan baik kerana mendapat jagaan sempurna dari pakej penjagaan ibu dan anak Natalis Mother Care.

Menerusi pakej Natalis, makanan yang ditawarkan sangat sihat dan tiada makanan yang bergoreng sebaliknya semua dibakar atau dikukus sahaja.

Malah nasi yang disediakan juga adalah berasaskan dari beras perang sementara Datuk Siti sendiri makan tidak terlalu banyak jadi proses penurunan berat badannya semakin menuju kejayaan.

Ikut rawatan bertunku

Siti Nurhaliza

Selain itu, beliau mengikuti rawatan bertunku, mandi wap dan berurut yang membolehkan badannya susut ke berat yang lebih ideal. Bahkan, Siti juga berpantang 44 hari dan menambah pakej jagaan selama 30 hari.

Hal ini kerana, semasa mengandung, berat badan Siti mencecah 92 kilogram. Kemudian selepas bersalin beratnya sekitar 70 kilogram dan masih terus berusaha menurunkan lagi berat badannya sehingga sekurang-kurangnya 59 kg.

Dalam masa yang sama, Siti juga mendedahkan dia banyak mengamalkan pengambilan jamu yang dimulakan beberapa hari sebelum tempoh berpantangnya selesai.

Demi memastikan kesihatan dan berat badannya turun dengan baik, Datuk Siti juga mengambil minuman tenaga, sarang burung, lobak putih dan pelbagai jenis ikan termasuk salmon.

Wah, patutlah badan Datuk Siti makin cantik bila tampil di hadapan kaca televisyen terutamanya selepas punya anak satu ini! Rupa-rupanya beliau sendiri memang menjaga pemakanan yang diambil seharian. 

9 Perjalanan Siti Nurhaliza Selepas Bergelar Ibu

#1. Kerap menyusukan Aafiyah

Anak Datuk Siti

Dengan penyusuan bayi, ia dapat membakar lemak di tubuh badan ibu dengan lebih cepat sekaligus dapat menurunkan semula berat badan ke paras yang lebih baik.

#2. Makanan berpantang

Pengambilan makanan berpantang yang disediakan oleh pihak Natalis Mother Care yang dimasak dengan cara gril, kukus dan panggang menjadi tunggak utama penurunan berat badan Datuk Siti.

#3. Berpantang secara tradisional

Amalan seperti berurut, bertungku, mandi wap dan sebagainya turut membantu proses penurunan berat badan Siti semasa berpantang.

Stories Rakan Kongsi
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta

#4. Sokongan keluarga

Dengan bantuan daripada suami, keluarga dan pembantu tentunya urusan menguruskan Aafiyah jadi lebih mudah kerana Siti dapat berehat seterusnya emosi semasa berpantang dalam keadaan yang lebih baik. Ini juga punca penurunan berat badan Siti. 

#5. Menantunya Tya Ariffin ajar cara menyusu

Menurut Datuk Siti, menantunya Tya Ariffin yang banyak memberi tunjuk ajar tentang cara penyusuan seperti berpesan untuk menyusu setiap dua jam, tolong pasangkan mesin pam susu dan ajar mengamalkan minuman tertentu untuk hasilkan susu yang banyak.

#6. Tidur malam hanya 3 jam sahaja

Anak Siti Nurhaliza semasa berpantang tidak banyak ragam, tapi dia lebih banyak tidur di waktu siang dan berjaga di malam hari. Atas sebab itu juga, Datuk Siti hanya dapat tidur 3 jam sahaja sehari namun demi anak, dia sanggup korban apa sahaja. 

#7. Alami komplikasi semasa bersalin

Mengimbas kembali detik semasa di bilik bersalin, akui beliau terdapat komplikasi tertentu hingga Dr Suhaiza dan team hospital begitu pantas mengendalikan komplikasi yang dialami semasa bersalin.

#8. Bersalin secara pembedahan

Disebabkan komplikasi tersebut juga, Datuk Siti bersalin secara pembedahan dan ditahan sehari di wad dan mendapat monitor di bawah jagaan doktor.

#9. Hari ketiga sudah boleh berjalan

Masuk hari ketiga selepas pembedahan czer, Datuk Siti baru diberi kekuatan untuk berjalan kerana bersalin czer ini tidak boleh berbaring terlalu lama dan dia kuatkan semangat semasa majlis maulid nabi, aqiqah dan bertahnik.

Siti Nurhaliza Makin Slim Lepas Bersalin, Ini 9 Memori Kehamilan Beliau Yang Anda Tak Pernah Tahu

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mstar, Berita Harian, Pama, Mingguan Wanita

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtips-bahagia-suami-isteri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Siti Nurhaliza Makin Slim Lepas Bersalin, Ini 9 Memori Kehamilan Beliau Yang Anda Tak Pernah Tahu
Kongsikan:
  • Siti Nurhaliza selamat bersalin bayi perempuan pukul 8:17 pagi tadi, alhamdulilah!

    Siti Nurhaliza selamat bersalin bayi perempuan pukul 8:17 pagi tadi, alhamdulilah!

  • Bayi Siti Nurhaliza akan dilahirkan 2 minggu lagi menerusi kaedah c-section!

    Bayi Siti Nurhaliza akan dilahirkan 2 minggu lagi menerusi kaedah c-section!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Siti Nurhaliza selamat bersalin bayi perempuan pukul 8:17 pagi tadi, alhamdulilah!

    Siti Nurhaliza selamat bersalin bayi perempuan pukul 8:17 pagi tadi, alhamdulilah!

  • Bayi Siti Nurhaliza akan dilahirkan 2 minggu lagi menerusi kaedah c-section!

    Bayi Siti Nurhaliza akan dilahirkan 2 minggu lagi menerusi kaedah c-section!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.