X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Doa Dapat Zuriat Untuk Suami Isteri Yang Sudah Lama Ikhtiar, Boleh Amalkan Setiap Hari

4 min bacaan
Doa Dapat Zuriat Untuk Suami Isteri Yang Sudah Lama Ikhtiar, Boleh Amalkan Setiap Hari

Doa dapat zuriat ini boleh diamalkan oleh ibu ayah yang sedang ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata. Yang penting jangan cepat putus asa!

Anak adalah satu anugerah yang sangat berharga, namun ramai suami isteri mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat. Tetapi, anda boleh mengamalkan doa dapat zuriat ini sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata.

Pasangan suami isteri boleh juga menggunakan cara lain untuk menggalakkan penghamilan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Doa dapat zuriat, salah satu cara yang membantu segera mengandung 
  • Makanan yang menggalakkan proses mendapatkan cahaya mata
  • Tips untuk mendapatkan zuriat dengan cepat

Doa dapat zuriat, salah satu cara yang membantu segera mengandung 

Suami isteri sudah boleh mengamalkan doa untuk mempercepatkan kehamilan. Ini kerana ia bukan mudah untuk mendapatkan zuriat. Oleh itu, kami akan kongsikan beberapa doa untuk pasangan suami isteri supaya dikurniakan cahaya mata. 

Ikhtiar doa dapat zuriat

Doa yang boleh diamalkan ialah doa Nabi Zakaria iaitu:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar doa permohonan.”

Kemudian, Insya Allah kita akan lebih memahami tentang kasih sayang dan ujian daripada Allah SWT. Deena Amir, isteri pelakon Saharul Ridzwan juga berkongsi satu doa cepat hamil ini.

“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam”

Menurut Deena, bayi dalam keadaan baik dan tidak bermasalah sepanjang menunaikan umrah. Alhamdulliah semua berjalan dengan lancar. Deena juga mengamalkan doa ini ketika berada di wad bersalin. 

  • Lailahailaanta subhanakainni kuntuminazolimin. Bermaksud Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau Ya Allah, Sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang-orang zalim.

Makanan yang mengalakkan proses mendapatkan cahaya mata 

Selain daripada doa, para isteri perlu berusaha untuk mendapatkan zuriat. Salah satu caranya ialah melalui pemakanan yang mempercepatkan kehamilan secara sihat. Oleh itu. Kami berikan senarai pemakanan untuk isteri yang ingin hamil. Antaranya ialah:

Pemakanan dapat zuriat

  • Makanan yang kaya dengan protein kerana kalorinya yang rendah dan rendah lemak seperti susu, telur, ayam dan kacang almond.
  • Makanan yang mengandungi Omega-3 seperti telur, sardin, tuna dan ikan salmon.
  • Para isteri juga boleh makan makanan yang berkarbohidrat sebagai sumber tenaga seperti beras perang dan roti gandum. Reproduksi akan dapat dibantu dengan kandungan vitamin B, antioksidan dan zat besi.
  • Isteri juga boleh meningkat kualiti kehamilan dengan makanan yang mengandungi zat besi seperti daging, bayam dan ikan.

Tips mendapatkan zuriat dengan cepat

Selain daripada pemakanan dan doa, para isteri perlu melakukan beberapa cara untuk menjamin kehamilan. Oleh itu, kami akan berikan tips untuk para isteri boleh ikut supaya dikurniakan dengan cahaya mata.

  • Melakukan pemeriksaan kesihatan. Sebelum merancang untuk mengandung, para isteri boleh cuba untuk membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Tanya doktor tentang vitamin pranatal yang mengandungi asid folik supaya dilindungi daripada beberapa kecacatan kehamilan seperti spina bifida. Asid folik amat penting untuk peringkat awal kehamilan.
  • Henti penggunaan kawalan kelahiran. Jika mahu hamil, sudah pasti para isteri perlu berhenti mengambil kawalan kelahiran dan juga alatnya termasuklah kondom. Hal ini kerana terdapat kemungkinan para isteri perlukan masa untuk mendapatkan tahap kesuburan yang optimum. Secara amnya, kesuburan diri akan kembali pada kitaran ovulasi yang seterusnya setelah para isteri menghentikan penggunaan kawalan kehamilan.

Cara galakkan dapat zuriat

  • Amalkan senaman ringan. Kekal cergas dan sihat ialah salah satu cara untuk mempercepatkan kehamilan. Mulakan dengan melakukan lebih banyak gerakan dalam kehidupan para isteri seperti menaiki tangga dan memasuki kelas tarian.

Untuk mendapat cahaya mata, suami isteri perlu banyak bersabar dan tawakkal kerana ia bukan satu proses yang mudah. Selagi ada usaha dan doa, sudah pasti akan datangnya waktu zuriat dikurniakan. Kami mendoakan kesejahteraan dan keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan anda. Amin Ya Rabbal Alamin. 

Facebook JAWI, Instagram Deena Emir, UC San Diego Health

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tips Cepat Hamil Menurut Islam Melalui Hubungan Intim & Doa Dikurniakan Zuriat Yang Baik

Baca juga: Kelebihan Buah Zuriat - Benarkah Ia Boleh Cepatkan Kehamilan?

Baca juga: Vitamin Untuk Hamil: 8 Suplemen Penting Ikhtiar Hamil

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Doa Dapat Zuriat Untuk Suami Isteri Yang Sudah Lama Ikhtiar, Boleh Amalkan Setiap Hari
Kongsikan:
  • Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

    Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

  • Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

    Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

  • 13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

    13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

  • Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

    Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

  • Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

    Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

  • 13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

    13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.