X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

11 Pantang Larang Ketika Bergaduh Suami Isteri, Jangan Naik Tangan & Biarkan Lebih Tiga Hari!

5 min bacaan
11 Pantang Larang Ketika Bergaduh Suami Isteri, Jangan Naik Tangan & Biarkan Lebih Tiga Hari!

Bergaduh dengan pasangan adalah asam garam dalam rumah tangga. Namun 11 pantang larang ini wajib elak bagi menyelamatkan hubungan anda

Menjalani kehidupan rumah tangga tidaklah sentiasa indah seperti drama di televisyen. Apatah lagi ramai mengatakan lima tahun pertama merupakan fasa paling mencabar kerana perlu berdepan pelbagai ujian seperti kesempitan hidup, berselisih faham hingga bergaduh dan sebagainya.

Apa yang pasti inilah realiti sebenar selepas bergelar suami isteri. Kehidupan zaman moden mendesak semua orang untuk sentiasa berusaha dan berkorban demi menikmati sebuah kebahagiaan.

Pantang larang ketika bergaduh dengan suami

bergaduh suami isteri

‘Sedangkah lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri…’ Itulah salah satu dari bait dalam lirik lagu Tan Sri P.Ramlee dalam filem Tiga Abdul.

Bila direnung-renungkan, memang ada kebenarannya. Pasti kita semua pernah berselisih faham dengan suami bukan?

Masa tu kita akan merasa marah, geram dan segala rasa tak best akan muncul dalam hati. Namun janganlah kerana satu kesalahan, anda terus membenci pasangan.

Justeru ada beberapa pantang larang ketika suami isteri bergaduh agar tidak berlarutan sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga.

#1. Elakkan bertengkar di depan anak-anak

Anak-anak sedang dalam proses perkembangan serta pembelajaran. Jika ibubapanya kerap bertengkar di hadapannya, pasti ianya akan mempengaruhi pemikiran mereka.

Jiwa mereka akan memberontak kerana ‘peperangan’ insan-insan kesayangannya akan memberikan kesan yang mendalam ke atas mental mereka.

Oleh itu, kalau nak bergaduh tu carilah tempat yang lebih privacy seperti di dalam bilik atau di dalam kereta, asalkan jauh dari anak-anak.

#2. Jaga suara dan jangan berteriak hingga jiran-jiran dengar

Ini satu lagi masalah jika suami isteri sedang bergaduh. Masing-masing ingin mempertahankan pendapat serta ego masing-masing.

Ada yang menjerit atau meninggikan suara sehingga didengari bukan sahaja oleh anak-anak, malah jiran tetangga sebelah menyebelah. Akhirnya rahsia suami isteri tersebut pecah kerana diketahui oleh orang-orang di sekeliling. Jadi, jagalah aib masing-masing agar maruah keluarga terpelihara rapi.

#3. Jangan libatkan ibu bapa pasangan

Semua orang akan marah kalau ada yang menyebut-nyebut tentang sesuatu yang negatif tentang ibu  bapanya. Samalah halnya jika kita mempersendakan parents suami di hadapannya.

Jagalah lidah anda dari mencerca atau mengkritik secara berlebihan kerana pada ketika itu, syaitan akan menghasut anda untuk membuatkan luka yang sedia ada semakin parah.

Ibubapa suami sama seperti ibubapa anda di dunia dan di akhirat dan hubungan ini tidak akan terputus selamanya.

#4. Jangan sesekali menyebut kekurangan pada diri pasangan 

suami isteri bertengkar

Bila dah marah, semua perkara akan diungkit bukan? Soal gaji, soal duit, soal kerja, soal fizikal, soal kemampuan, soal siapa yang lebih dan siapa yang kurang.

Semuanya kalau boleh nak dijadikan hujah dalam pertengkaran suami isteri. Perbuatan ini hanya akan membuatkan perbalahan menjadi semakin parah, malah akan meninggalkan parut yang berbekas dalam waktu yang sangat panjang.

Jadi fokuslah pada jalan penyelesaian, bukannya kekurangan pasangan.

#5. Jangan mengungkit dengan pemberian sebelum ini

Dalam pertengkaran suami isteri, pernah berlaku di mana si isteri mengatakan seperti ini, “Seluar dalam abang pun saya beli, jangan nak berlagak ok!”

Atau pun seperti ini, “Kalau bukan kerana saya, abang tak merasa lah kereta besar, rumah besar…” Atau pun sebegini, “Abang naik sekarang ni pun pasal keluarga saya tau, so ingat-ingat sikit!”

Apa sahaja kata-kata mengungkit, perlu dihindari semasa bergaduh kerana ianya tidak menyelesaikan masalah pun.

#6. Jangan gunakan kekerasan atau naik tangan

Biasanya suami yang kerap mencederakan isteri apabila bergaduh. Akan tetapi, ada juga sebaliknya. Ada juga isteri yang lebih dominan dari suaminya.

bergaduh dengan suami

Apabila ada perselisihan faham, suaminya lah yang menjadi mangsa. Kaki, tangan, periuk belanga hinggap ke tubuh badan suami.

Apa-apa pun, mencederakan pasangan adalah satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan sama sekali baik suami mahu pun isteri. Berbincanglah dengan matang dan jangan menjadi pembuli atau mangsa dibuli.

#7. Elakkan terlalu terikut dengan perasaan marah

Apabila kita dalam keadaan yang terlalu marah, syaitan akan menambahkan lagi api kemarahan tersebut.

Sebaliknya, ambil nafas seketika agar anda menjadi tenang. Ambil wudhu’ agar api kemarahan tersebut dapat dipadam.

Stories Rakan Kongsi
Sayangi Diri Anda! Ini 5 Tips Penjagaan Diri Untuk Ibu-ibu Yang Sibuk Bekerja & Menguruskan Keluarga
Sayangi Diri Anda! Ini 5 Tips Penjagaan Diri Untuk Ibu-ibu Yang Sibuk Bekerja & Menguruskan Keluarga
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
Berikan si manja lebih lagi untuk tumbesaran menyeluruh
Berikan si manja lebih lagi untuk tumbesaran menyeluruh

Jika masih marah, solat sunat dua rakaat dan berdoalah kepada Allah agar perselisihan dengan suami dapat diatasi dengan lebih mudah.

Jika suami dalam keadaan marah, nasihatkan beliau untuk melakukan perkara yang sama juga. Buatkan secawan air kegemarannya sebagai penenang.

#8. Jangan menjaja cerita atau masalah pada orang lain

Dalam media sosial, berapa ramai kaum isteri mahu pun suami menjaja cerita rumahtangga mereka di facebook, whatsapp atau seumpamanya?

Kalau boleh, selesaikan perbalahan tanpa perlu orang ketiga, cukupkah sekadar anda dan suami anda sahaja menyelesaikannya.

Jika masalah tersebut sangat rumit atau besar, anda berdua boleh dapatkan khidmat nasihat dari pejabat agama daerah yang berdekatan.

#9. Jangan bergaduh hingga melebihi tiga hari

Biasanya kalau gaduh-gaduh manja, tempoh untuk berbaik semula memakan masa beberapa minit atau pun paling lama, sehari.

Kalau berpanjangan selama berhari-hari, terdapat kemungkinan yang masing-masing sangat ego atau pun masalah tersebut sangat besar.

Gunakan segala kemahiran memujuk anda untuk mencairkan suami. Jangan dibiarkan lama-lama kerana macam-macam boleh berlaku dalam tempoh tersebut. Dalam agama pun melarang untuk kita tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari.

#9. Jangan terlalu jual mahal

Ini satu penyakit yang tiada ubat. Si suami cuba berbaik-baik, namun si isteri tetap juga nak merajuk. Jika suami anda dah angkat bendera putih tanda berdamai, terima sahaja permohonan maafnya itu.

Bila dah berdamai, rasa sayang tu akan rasa lebih kuat bukan? Silap-silap hubungan intim akan menjadi lebih hot kerana masing-masing nak melepaskan kegeraman antara satu sama lain.

Kalau jual mahal sangat, anda juga yang rugi. Setuju?

#11. Jangan sesekali bermain dengan perkataan talak atau cerai

 Perkataan cerai, jangan sesekali dipinta. Dalam keadaan apa pun, ucapkan kata-kata yang positif atau jangan berkata-kata langsung.

Sebahagian kes perceraian terjadi akibat si isteri terlalu mendesak suami. Apabila talak sudah dilafazkan, nasi sudah menjadi bubur. Lebih parah lagi jika jatuh talak tiga, tiada harapan untuk kembali melainkan anda berkahwin dan bercerai dengan orang lain.

Semoga bermanfaat!

Dunia Resepi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: “Suami, Jangan Tinggalkan Isteri Begitu Saja Bila Lepas Bergaduh!” Luahan Ibu Yang Depresi Lepas Bersalin

Baca juga: Menurut kajian, pasangan yang selalu bergaduh adalah lebih bahagia berbanding mereka yang memendam rasa!

Baca juga:  Suami Isteri Sudah Cerai Bergaduh Di Parkir, Anak Yang Masih Kecil Menangis Ketakutan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • 11 Pantang Larang Ketika Bergaduh Suami Isteri, Jangan Naik Tangan & Biarkan Lebih Tiga Hari!
Kongsikan:
  • Nafsu Seks Ketika Mengandung Naik & Turun, Ini Tips Puaskan Suami Ketika Di Ranjang

    Nafsu Seks Ketika Mengandung Naik & Turun, Ini Tips Puaskan Suami Ketika Di Ranjang

  • 7 Cara Cepat Mengandung Selepas Haid Yang Terbukti BERKESAN, #5 Suami Isteri Wajib Buat!

    7 Cara Cepat Mengandung Selepas Haid Yang Terbukti BERKESAN, #5 Suami Isteri Wajib Buat!

  • Pemuda Tidak Percaya Dengan Ayat 'Belanja Isteri Murah Rezeki' Sehingga Satu Kejadian Berlaku Yang Membuka Matanya Memang Buat Dia Terkedu

    Pemuda Tidak Percaya Dengan Ayat 'Belanja Isteri Murah Rezeki' Sehingga Satu Kejadian Berlaku Yang Membuka Matanya Memang Buat Dia Terkedu

  • Nafsu Seks Ketika Mengandung Naik & Turun, Ini Tips Puaskan Suami Ketika Di Ranjang

    Nafsu Seks Ketika Mengandung Naik & Turun, Ini Tips Puaskan Suami Ketika Di Ranjang

  • 7 Cara Cepat Mengandung Selepas Haid Yang Terbukti BERKESAN, #5 Suami Isteri Wajib Buat!

    7 Cara Cepat Mengandung Selepas Haid Yang Terbukti BERKESAN, #5 Suami Isteri Wajib Buat!

  • Pemuda Tidak Percaya Dengan Ayat 'Belanja Isteri Murah Rezeki' Sehingga Satu Kejadian Berlaku Yang Membuka Matanya Memang Buat Dia Terkedu

    Pemuda Tidak Percaya Dengan Ayat 'Belanja Isteri Murah Rezeki' Sehingga Satu Kejadian Berlaku Yang Membuka Matanya Memang Buat Dia Terkedu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.