X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bergaduh Dengan Pasangan & Terguris Hatinya? Cuba 4 Langkah Ini Untuk Memujuk Kembali

4 min bacaan
Bergaduh Dengan Pasangan & Terguris Hatinya? Cuba 4 Langkah Ini Untuk Memujuk Kembali

Asam garam hubungan suami isteri, pasti akan ada perselisihan faham. Kadang-kala, perselisihan ini membawa ke pergaduhan kecil mahupun besar.

Lelaki dan perempuan memang sifatnya berlawanan, kerana itulah sering terjadi salah faham, namun, setiap permasalahan pasti ada cara penyelesaiannya. Tundukkan ego anda dan cuba cari cara berbaik selepas bergaduh kerana pergaduhan yang terlalu lama boleh menyebabkan perpisahan.

Kecuali jika pasangan anda memang telah lakukan sesuatu yang tidak elok, sebenarnya tidak salah pun untuk anda meminta maaf dan akui kesilapan. Tidak kira sama ada anda suami mahupun isteri, keharmonian dalam rumah tangga hanya boleh berlaku sekiranya kedua-dua pihak bertolak ansur.

Ya, kita semua mahukan sesuatu menurut hati dan kehendak kita sahaja. Namun dalam hubungan, kita kena ingat bahawa bukan hati kita seorang sahaja yang perlu dijaga, hati pasangan juga penting.

4 cara berbaik selepas bergaduh yang efektif

1# Berikan masa atau ruang

cara berbaik selepas bergaduh

Credit: iStock

Apabila berada di dalam keadaan marah, sering kali kita akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati pasangan kita.

Maka, apabila masih lagi berasa amat marah, diamkan diri. Beri ruang kepada diri sendiri dan pasangan sebentar.

Seperti yang disarankan Nabi Muhammad S.A.W,

“bila engkau marah, berusahalah untuk diam dan tidak banyak bicara”.

Kerana apabila sedang marah, kita akan lebih cenderung menyakitkan hati pasangan kita seperti membebel atau menggunakan ayat yang kasar.

Jadi, bila kita berdiam diri, kita dapat mengelakkan keadaan menjadi lebih serius. Ini juga adalah masa terbaik untuk kita fikir semula, mengapa kita marah atau mengapa pasangan kita marah.

2# Beralah dan berbincang

cara berbaik selepas bergaduh

Kredit: iStock

Setelah perasaan marah itu berkurang, ambil inisiatif memulakan langkah pertama dan dekati pasangan kita.

Bawalah sesuatu yang boleh menarik perhatiannya dari perasaan marah tadi. Contohnya membawa air kegemaran pasangan. Kemudian, mula berbincang dengan lembut tentang punca pergaduhan tadi.

Jangan terus menunding jari membuktikan kesalahan pasangan, cuba pendekatan yang lebih neutral.

Contohnya, bertanya kepada pasangan mengapa mereka marah, apa yang kita boleh lakukan untuk elak pergaduhan tadi berulang. Dengan cara begini, pasangan akan rasa tersentuh kerana kita lebih mengutamakan perasaan mereka.

Mereka akan rasa dihargai. Penghargaan amat penting untuk kita tunjukan kepada pasangan kita supaya mereka tahu, kita menghargai kehadiran mereka.

3# Refleks

cara berbaik selepas bergaduh

Kredit: Freepik

Bila kita sudah berbincang dan mengetahui mengapa pasangan kita marah atau merajuk, cuba letakan diri kita di tempat mereka. Bayangkan serta dalami apa yang mereka rasa supaya kita dalam lebih memahami perasaaan pasangan kita.

Meminta maaf bukanlah menunjukkan siapa yang bersalah, tetapi, meminta maaf merupakan asas penting dalam rumah tangga yang harmoni.

Kemudian, terangkan dengan lembut apa yang kita rasa, supaya pasangan kita tahu apa yang kita alami. Komunikasi yang baik merupakan salah satu elemen asas yang penting dalam menjaga perhubungan.

4# Memujuk

Bergaduh Dengan Pasangan & Terguris Hatinya? Cuba 4 Langkah Ini Untuk Memujuk Kembali

Kredit: Freepik

Langkah terakhir dalam perkongsian ini ialah, memujuk. Kebanyakan dari kita menganggap waktu yang terbaik untuk memujuk ialah apabila masing-masing sudah bertenang, akan tetapi, sebenarnya, adalah lebih baik kita memujuk pasangan kita dengan segera.

Cuba bayangkan jika semasa kita marah, pasangan kita berdiam diri tanpa berbuat apa-apa, terasa seperti perasaan kita tidak diendahkan, sedih bukan?

Lagipun, jika dibiarkan, berbagai tanggapan negatif akan mula singgah difikiran. Jangan pentingkan siapa yang harus memujuk dahulu, kerana keharmonian hubungan kita yang perlu dititik beratkan.

Janganlah guna alasan ‘saya tidak pandai memujuk’ atau ‘saya tidak romantik’. Zaman teknologi serba maju ini, semua maklumat dihujung jari.

Daripada cara memujuk hinggalah servis membuat kejutan buat pasangan kita. Sedikit perkongsian tentang cara memujuk akan disenaraikan di sini.

Bergaduh Dengan Pasangan & Terguris Hatinya? Cuba 4 Langkah Ini Untuk Memujuk Kembali

Kredit: Freepik

  • Peluk atau cium pasangan kita – sentuhan memainkan peranan yang penting dari segi psikologi. Melalui sentuhan juga boleh menyampaikan rasa kasih sayang.
  • Puji pasangan kita –  pujian umpama ‘vitamin’ untuk jiwa kita. Fikirkan kebaikan pasangan kita dan pujilah mereka. Bukan sahaja dapat memujuk, malah menaikkan mood gembira pasangan kita.
  • Ajak melakukan aktiviti kesukaan – ajak pasangan kita lakukan aktiviti kesukaan mereka, seperti menonton filem kegemaran atau makan ais krim.
  • Berikan kejutan – siapa pun suka diberikan kejutan. Sekarang banyak servis kejutan boleh didapati. Tapi, tidak semestinya kena kejutan yang mahal-mahal. Selitkan nota ‘saya sayang awak’ di dalam dompet pasangan sebelum dia pergi kerja pun sudah memadai.
  • Membantu urusan pasangan – cuba membantu memudahkan urusan pasangan seperti membuat kerja rumah, membasuh pinggan mangkuk, atau menyiapkan baju kerja untuk seminggu. Pasangan kita pasti akan sejuk melihat usaha kita.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Hukum Isteri Merajuk Lebih 3 Hari, Tapi Suami Kena Pandai Pujuk Juga Ya!

Stories Rakan Kongsi
Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?
Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?
Childhood Vaccinations Saw A Significant Drop in 2020(1), Now Doctors Are Pleading With Families To Return To Them
Childhood Vaccinations Saw A Significant Drop in 2020(1), Now Doctors Are Pleading With Families To Return To Them
Moms, Get Rewarded RM15 Shopee Voucher For “Mom’s Day Off” Super Brand Day! 19-21 April 2021
Moms, Get Rewarded RM15 Shopee Voucher For “Mom’s Day Off” Super Brand Day! 19-21 April 2021
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Bergaduh Dengan Pasangan & Terguris Hatinya? Cuba 4 Langkah Ini Untuk Memujuk Kembali
Kongsikan:
  • Lelaki Ini Ajar Cara Pujuk Isteri Merajuk Yang Terbukti Berkesan, Apa Lagi Suami? Cubalah!

    Lelaki Ini Ajar Cara Pujuk Isteri Merajuk Yang Terbukti Berkesan, Apa Lagi Suami? Cubalah!

  • Dengan 15 Ayat Pujuk SMS Ini, Pasti Hati Isteri Anda Akan Cair Terus!

    Dengan 15 Ayat Pujuk SMS Ini, Pasti Hati Isteri Anda Akan Cair Terus!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Lelaki Ini Ajar Cara Pujuk Isteri Merajuk Yang Terbukti Berkesan, Apa Lagi Suami? Cubalah!

    Lelaki Ini Ajar Cara Pujuk Isteri Merajuk Yang Terbukti Berkesan, Apa Lagi Suami? Cubalah!

  • Dengan 15 Ayat Pujuk SMS Ini, Pasti Hati Isteri Anda Akan Cair Terus!

    Dengan 15 Ayat Pujuk SMS Ini, Pasti Hati Isteri Anda Akan Cair Terus!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.