9 sebab kenapa suami tak mahu bercakap dengan isteri dan seakan merajuk

lead image

Pernah tak suami anda tak mahu mendengar langsung apa anda cakap? Perangai suami yang merajuk beginilah! Ini 9 sebab mengapa suami merajuk dengan isteri.

Orang tua-tua kata, salah satu cara menunjukkan kasih sayang adalah dengan menjadi pendengar setia kepada pasangan. Dari mendengar itu, pasangan suami isteri akan lebih rapat dan semakin sayang-menyayangi. Tapi bagaimana jika suami merajuk dengan isteri?

Pasti ada waktu bila tiba-tiba suami seakan tidak mahu dengar apa yang kita cakap kan? Adakah itu tanda suami merajuk dengan isteri?

Kenapa tiba-tiba suami seakan tidak mahu dengar apa yang isteri bebelkan? Jangan bimbang. Kami ada sediakan 10 jawapan tentang mengapa suami kadang-kadang seolah tidak mahu mendengar apa anda cakap.

Berikut antara sebabnya:

9 sebab kenapa suami tidak mahu dengar cakap anda dan suami merajuk dengan isteri

1. Suami mahu elak sesetengah topik

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/Nagging Commons.jpg 9 sebab kenapa suami tak mahu bercakap dengan isteri dan seakan merajuk

Kredit: A Voice for Men

Menurut Psychology Today, salah satu sebab kenapa suami tidak mahu mendengar cakap anda malah seakan suami merajuk dengan isteri adalah kerana dia mahu mengelak topik tertentu. 

Jadi dia fikir dengan mengelak bercakap dengan isteri, dia akan “terlepas” dari bercakap tentang topik itu. Contohnya seperti dia terlupa ulang tahun perkahwinan kalian. Jadi suami fikir untuk tidak bagi anda marah, jangan sebut pasal hal itu.

Apa isteri patut buat: Jangan letakkan salah pada bahu suami. Fokus pada benda positif dulu. Bila semua sudah tenang, barulah anda meluahkan apa yang anda rasa. Tidaklah pasangan rasa “diserang”.

2. Suami tiada mood untuk memujuk

Suami merajuk dengan isteri sebab tidak larat nak memujuk isteri? Apa ini! Mana boleh! Ya, ia boleh terjadi. Suami pun tahu penat nak melayan rajuk kita, tau. 

Mungkin suami sendiri penat dengan benda lain dan dia tidak boleh bersedia secara emosional untuk melayan kerenah isteri.

Apa isteri patut buat: Ingatkan diri yang suami amat mencintai kita. Biasalah ada naik turun dalam perkahwinan. Sabar.

3. Suami tidak mahu diganggu

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/why do women hate it when men play video games2.jpg 9 sebab kenapa suami tak mahu bercakap dengan isteri dan seakan merajuk

Kredit: The Modern Man

Salah satu sebab kenapa suami tidak mahu mendengar kata dan seolah-olah merajuk adalah kerana mereka tengah fokus pada sesuatu. Lelaki ini tak boleh multitasking macam perempuan.

Bila mereka fokus pada sesuatu, hanya benda itu yang akan mendapat perhatian mereka. Apa anda boleh buat? Cuba bawa bersabar bila suami tengah sibuk. Cakap pada suami jika dia tidak sibuk lagi nanti, anda ingin berborak dengannya.

Lakukan dengan lembut dan jangan memaksa suami, ya!

4. Suami sedang fikir benda lain

Dan jangan risau, dia bukan tengah fikir tentang perempuan lain! Mungkin dia sedang fikir tentang pekerjaannya yang masih belum selesai.

Apa isteri boleh buat: Jangan berlumba-lumba untuk menarik perhatiannya. Lelaki tak boleh multitasking. Bila dia sudah bersedia, dia akan mendengar apa yang anda ingin cakap. Sabar, ya?

5. Dia cuba mengawal kewarasan dirinya

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/why do men pull away 1.jpg 9 sebab kenapa suami tak mahu bercakap dengan isteri dan seakan merajuk

Kredit: Vixen Daily

Apabila suami seolah-olah tidak dengar segala amarah dan rungutan kita, itu sebenarnya tanda yang baik kerana suami sebenarnya sedang mengawal kewarasan dirinya. 

Lelaki lebih gemar menggunakan logik berbanding wanita yang lebih beremosi. 

Apa isteri boleh buat: Katakan pada suami yang komunikasi bukan untuk menyalahkan pihak saja. Ia juga untuk memujuk satu sama lain. Jangan melakukan penderaan dari segi kata-kata.

Suami merajuk dengan isteri gara-gara kata-kata anda!

6. Suami ingin menyelesaikan masalah anda

Apabila kita asyik merungut tentang sesuatu contohnya tentang rakan sekerja, niat kita mungkin hanya untuk “meluahkan perasaan”. Tapi bagi suami, ia seakan masalah yang dia perlu selesaikan.

Bila dia ingin selesaikan masalah dan kita tidak mahu, ketika itu suami merajuk dengan isteri kerana kecewa. Isteri boleh bawa-bawa berterima kasih pada suami jika pasangan anda itu cuba “menyelesaikan” masalah anda walaupun tanpa dipinta.

7. Suami tengah marah

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/word image 140.jpeg 9 sebab kenapa suami tak mahu bercakap dengan isteri dan seakan merajuk

Susah nak jadi pendengar yang setia jika suami tengah marah. Marah mampu menutup pemikiran waras. 

Jika anda cuba bercakap dengan suami dan suami enggan, cuba berinya masa dan ruang. Biar dirinya mengendali emosi dia dulu. 

8. Suami tidak suka cara anda menegurnya

Anda mungkin tidak perasan, tapi kadang-kadang cara isteri bercakap dengan suami juga memainkan peranan mengapa suami merajuk dengan isteri.

Mungkin anda bercakap dengan nada yang terlalu kuat dan seakan menekannya. Tapi jangan salahkan diri anda. Cuba perbaiki cara anda berkomunikasi dengan suami anda itu.

9. Suami percaya caranya lebih berkesan

Satu sebab terakhir (dan sebab paling utama) kenapa suami tidak mahu dengar cakap isteri adalah kerana dia menyangka caranya yang lebih berkesan dan tepat. Dia tidak mahu menerima pendapat lain.

Jika anda mengalami keadaan ini, cuba atasinya perlahan-lahan dengan kasih sayang. Ya, anda sayangkan suami, tapi anda juga tidak boleh menerima sikap kebudak-budakannya itu. 

Walaupun kadang-kadang mungkin salah kita mengapa suami merajuk dengan isteri dan tidak mahu mendengar cakap kita, tapi itu tak bermaksud kita tidak boleh berubah.

Malah kita suami isteri juga boleh berusaha untuk memperbaiki hubungan. Moga dengan komunikasi yang lebih berkesan, kalian suami isteri akan lebih bahagia.

 

 

 

Sumber rujukan: Psychology TodayThe Huffington Post, Prevention

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Sains Buktikan Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!