Bukankah hidup lebih mudah jika ada buku panduan untuk menjadi ibu bapa? Menjaga anak setiap hari cukup mencabar, malah kita perlu bimbang akan masa hadapan mereka! Berapa yang saya perlu simpan untuk kolej anak? Apa pelaburan terbaik untuk persaraan? Apa yang akan terjadi pada anak-anak saya jika saya tiada?
Ini persoalan semua ibu bapa tanya, tetapi tiada wujud buku manual atau panduan langkah demi langkah, kerana setiap orang situasi mereka berbeza. Dalam artikel ini, kita bincangkan beberapa tip pelaburan untuk membantu mengurangkan kebimbangan situasi kewangan anda.
Apa Yang Saya Perlu Melabur?
Ia bermula dengan menetapkan matlamat pelaburan. Sudah pastinya, ia peribadi dan berbeza untuk setiap ibu bapa. Hanya anda boleh menjawab soalan ini, namun ada beberapa matlamat sama yang ibu bapa cuba capai termasuk bayaran universiti anak, persaraan, harta peninggalan, dan duit kecemasan untuk masa hadapan.
Pelaburan boleh dilakukan dalam pelbagai cara dan pelbagai jenis pelaburan mempunyai tujuan berbeza. Ia bergantung kepada keperluan pelaburan dan pengurusan risiko. Berikut kita lihat bagaimana ibu bapa boleh menggunakan pelaburan ini sebagai simpanan untuk beberapa matlamat yang sama.
1. Bayaran universiti
Menyimpan untuk universiti mendahului senarai yang menjadi kebimbangan di kalangan ibu bapa Asia, kerana kita meletak nilai tinggi pada pendidikan. Malangnya, pendidikan tinggi juga hadir dengan harga yang amat mahal.
Apa yang anda boleh laburkan? Salah satu contohnya ialah bon (sukuk).
Bon secara asanya ialah surat mengaku hutang antara anda (pemberi pinjaman) dan syarikat atau kerajaan (peminjam). Apabila anda membeli bon dan melaburkan wang ke dalamnya, peminjam akan membayar balik kepada anda jumlah penuh pelaburan pada tarikh tertentu, yang dipanggil sebagai tarikh matang.
Tarikh matang bon pula antara 1 hingga 10 tahun atau lebih lama. Membeli bon yang mempunyai tarikh matang yang sama dengan perbelanjaan tunai yang diperlukan untuk yuran universiti anak adalah salah satu pilihan untuk ibu bapa. Anggap ini sebagai simpanan untuk masa hadapan.
Bon juga menawarkan faedah tambahan dengan memberi pendapatan tetap pada sesuatu waktu yang ditetapkan sepanjang hayat bon itu. Pembayaran tetap ini dapat membantu anda membayar komitmen kewangan lain buat sementara waktu.
2. Persaraan
Kebanyakan ibu bapa ingin anak mereka bebas daripada bebanan kewangan besar iaitu menampung mereka selepas mereka bersara. Oleh itu, kebanyakan ibu bapa berusaha memastikan mereka mempunyai simpanan yang cukup menjelang usia lanjut.
Anda boleh meneroka pelaburan dalam ekuiti yang membayar dividen. Lebih dikenali sebagai “saham” atau “stok”, ekuiti membolehkan anda melabur ke dalam sebuah syarikat dengan membeli saham syarikat tersebut dalam pasaran saham.
Apabila kita mendengar perkataan “saham”, kita fikir akan kepentingan menjual dan membeli apabila sudah tiba masanya. Walaupun anda boleh memperdagang saham dan mengaut keuntungan dengan cara itu, anda juga memerlukan masa, informasi dan keberanian untuk mengambil risiko.
Namun sebagai seorang ibu bapa, kita mungkin tidak mempunyai masa untuk memerhati pasaran saham dengan teliti. Oleh sebab itu, digalakkan membeli saham untuk jangka masa lama dan fokus kepada stok cip biru yang biasanya akan membayar dividen yang stabil. Cip biru merujuk kepada syarikat yang terkenal dengan keuntungan stabil. Melabur pada stok cip biru adalah strategi yang membuahkan masa jangka panjang dan sesuai untuk persaraan.
3. Harta peninggalan
Apa yang akan anda tinggalkan? Ramai ibu bapa ingin anak-anak mereka mewarisi harta peninggalan untuk kehidupan lebih baik di masa hadapan.
Jika anda berkemampuan, anda boleh melabur dalam hartanah dengan tujuan untuk meninggalkannya kepada mereka yang tersayang. Malah, pelaburan ini juga menawarkan kelebihan lain. Dengan memiliki hartanah, anda boleh:
- Menyewa kepada orang luar untuk pendapatan lebihan sepanjang tahun anda tidak tinggal di kediaman tersebut.
- Jual kediaman itu jika harga naik atau apabila anda memerlukan wang.
- Guna kediaman tersebut di masa hadapan; sebagai rumah untuk anak-anak apabila mereka ingin berkeluarga atau sebagai rumah kedua selepas anak-anak berpindah keluar. Anak-anak anda juga boleh mewarisi kediaman ini selepas anda meninggal dunia.
Dan anda tidak perlu memiliki kediaman secara fizikal untuk mendapatkan faedah kepelbagaian ini.
Sebaliknya anda boleh pilih untuk melabur di Real Estate Investment Trust (REIT) – dana khusus hartanah – dan ambil kesempatan pada pasaran hartanah tanpa membelanjakan jumlah yang besar untuk rumah kedua.
4. Ketidakpastian hidup
Selain matlamat yang disebutkan di atas, masih ada beberapa sebab untuk melabur. Antaranya ialah, untuk perkara-perkara yang tak dijangka seperti kesakitan, kematian dalam keluarga, kehilangan kerja, dll.
Sebagai ibu bapa, kita ingin melindungi keluarga daripada apa yang tidak dapat dijangka. Produk insurans dapat memenuhi keperluan tersebut, namun anda juga boleh membina sokongan sendiri melalui pelaburan. Dan bagi mereka yang tidak biasa dengan produk pelaburan, dana amanah adalah pilihan baik.
Dana amanah menawarkan pelbagai pilihan dan merupakan pilihan baik untuk pelabur baru kerana beberapa sebab berikut:
- Mampu milik: Bayaran pendahuluan dan seterusnya biasanya kecil, walaupun ia boleh ditambah mengikut kehendak anda.
- Fleksibel: Dengan dana amanah, duit anda tidak terikat terlalu lama; anda boleh pilih pengeluaran sekiranya terdapat kesulitan (walaupun ada fi yang perlu dipertimbangkan), jadi ia berguna sebagai simpanan sekiranya ada kecemasan.
- Diurus oleh pakar: Anda tidak perlukan pengetahuan ensiklopedia tentang pasaran. Selalunya, anda boleh memilih risiko yang anda paling selesa dan biarkan sahaja mereka yang pakar jalankan tugas mereka.
Pada dasarnya tiada pelaburan yang dapat memenuhi keperluan kewangan ibu bapa. Mencari pelbagai pelaburan yang sesuai untuk keluarga anda seharusnya menjadi kunci utama.
Mungkin tiada panduan manual untuk keibubapaan atau apa yang perlu dilaburkan sebagai ibu bapa, namun penasihat kewangan dan pelbagai sumber yang ada mampu membantu anda mencari jawapan yang dicari. Anda harus ingat juga bahawa setiap pelaburan hadir dengan risiko. Tidak wujud sebenarnya pelaburan yang benar-benar “selamat”.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!