X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Menurut kajian, pasangan yang selalu bergaduh adalah lebih bahagia berbanding mereka yang memendam rasa!

3 min bacaan
Menurut kajian, pasangan yang selalu bergaduh adalah lebih bahagia berbanding mereka yang memendam rasa!

Bergaduh dalam percintaan dan rumah tangga itu perkara biasa. Ia bagus sebenarnya, seperti kata kajian ini. Memendam rasa hanyalah solusi jangka pendek.

Bumi yang mana tidak ditimpa hujan? Sedangkan lidah lagi tergigit. Kita selalu dengar tentang hal ini kan? Bergaduh dalam percintaan adalah perkara yang sering berlaku.

Dalam rumah tangga, pasti akan berlakunya salah faham dan pertengkaran. Adakah anda selalu mengalaminya?

Kalau anda sering bergaduh dengan pasangan, itu tidak semestinya perkara yang negatif. Ya, memang jarang kita dengar rumah tangga yang penuh pertengkaran itu adalah satu rumah tangga yang romantis.

Tapi, kajian ada menyatakan pasangan yang tidak memendam perasaan dan sering bergaduh sebenarnya lebih gembira!

Bergaduh dalam percintaan itu bagus jika kena gayanya!

bergaduh dalam percintaan, bergaduh dalam perhubungan, bergaduh dalam perkahwinan

Kredit: Lovepanky.com

Ada satu kajian yang telah membuat tinjauan pada hampir 1,000 orang dewasa. Rata-rata menyatakan mereka berpuas hati apabila dapat meluahkan segala rasa tidak puas hati tanpa perlu memendam rasa.

Ia berlainan sekali dengan pasangan yang sering mengelak berkonfrontasi dan hanya “membaling jauh” masalah yang dihadapi oleh mereka dan pasangan.

Selain itu, kajian itu juga mendapati beberapa perkara berikut:

  • 4 daripada 5 pasangan menyatakan yang skil komunikasi yang teruk telah membinasakan hubungan lampau mereka
  • Kurang daripada 1/5 pasangan meletakkan kesalahan pada diri mereka apabila bergaduh dalam percintaan
  • Tiga topik yang sukar untuk dibincangkan dan sering membawa kepada pertengkaran adalah topik seks, kewangan dan tabiat buruk pasangan.

Asyik bertengkar? Belajar cara yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati

bergaduh dalam percintaan, bergaduh dalam perhubungan, bergaduh dalam perkahwinan

Kredit: Glamour.com

Seorang pakar dan penulis Crucial Conversations, Joseph Grenny, ada memberitahu kepada The Guardian:

“Ramai pasangan percaya yang mereka dapat mengelak pergaduhan dengan tidak membincangkan isu sensitif atau meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Pada mereka, itu satu perhubungan yang sihat.”

Sebenarnya, itu adalah satu kesilapan besar dalam perkahwinan yang dilakukan oleh ramai orang. Kita rasa seperti kita mahu meluahkan sesuatu tapi kita pendam dan hanya senyap.

Sehinggalah satu waktu kita berasa tidak tahan lagi. Akhirnya, bom jangka pun meletus dan pada masa itu, kita memilih untuk meluahkannya dengan cara yang salah; menjerit, berkata kasar, melukakan hati pasangan dan sebagainya. 

Rahsia kebahagiaan dalam rumah tangga

bergaduh dalam percintaan, bergaduh dalam perhubungan, bergaduh dalam perkahwinan

Kredit: Lahloba.com

Jadi, apakah sebenarnya cara perhubungan yang sihat? Adakah dengan menyimpan perasaan, kita gembira dengan pasangan? 

Menurut Grenny, antara rahsia perhubungan yang sihat adalah kualiti komunikasi yang sihat antara suami dan isteri.

Ia semuanya bergantung kepada cara bagaimana kita berbincang tentang sesuatu masalah secara jujur, objektif dan tanpa melukakan hati pasangan.

Selepas ini, jika ibu ayah ada berasa tidak puas hati dengan pasangan, bincangkan masalah itu. Jangan dipendam tanpa diluahkan.

Mengelak pergaduhan hanyalah solusi jangka pendek. Persefahaman dan komunikasi adalah solusi jangka panjang yang patut kita utamakan! Ok?

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore, The Guardian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Perfect protection for your phone
Perfect protection for your phone
[Advertisement] Preparing for Your Child’s Future Education: 3 Major Mistakes Parents Make
[Advertisement] Preparing for Your Child’s Future Education: 3 Major Mistakes Parents Make
Why you should switch to a natural body wash RIGHT NOW
Why you should switch to a natural body wash RIGHT NOW
This Exclusive Mum-Club Gives The Best Vouchers, Freebies and Offers. Be A Member Today!
This Exclusive Mum-Club Gives The Best Vouchers, Freebies and Offers. Be A Member Today!

JAGA-JAGA! Putus Cinta & Patah Hati Boleh Sebabkan Anda Maut! – Kajian Sains

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Menurut kajian, pasangan yang selalu bergaduh adalah lebih bahagia berbanding mereka yang memendam rasa!
Kongsikan:
  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham