Sebaik sahaja mengetahui bahawa pasangan telah melakukan sesuatu tindakan yang tidak sepatutnya di dalam hubungan, pastinya seorang isteri akan berasa kecewa dan mencari cara untuk merawat hati yang terluka.
Tidak kira kesalahan yang dibuat itu kecil ataupun besar, ia cukup mampu untuk menyentuh perasaan seorang wanita yang benar-benar menyayangi suaminya.
Cara merawat hati yang terluka
credit to sources
Dalam memulihkan kembali hubungan yang telah terjejas, peluang kedua amat membantu dalam memaafkan segala kesilapan seperti buang yang keruh, ambil yang jernih.
Kebiasaannya, peluang kedua hanya diperoleh sekiranya pasangan benar-benar mencintai anda dan jauh di dasar hatinya tidak ingin kehilangan teman pendamping hidup kerana ia adalah satu hal yang lebih memeritkan.
Jika anda diberikan peluang untuk memperbaiki hubungan, jangan sia-siakannya dengan mengulangi kesilapan yang sama.
Biarpun berat untuk menerima takdir, anda pastinya akan berasa keliru sama ada perlu melepaskan atau mempertahankan hubungan sehabis mampu.
Oleh hal demikian, jangan menyeksa perasaan dan menambahkan beban dalam fikiran sehingga anda bertindak mengikut emosi semata-mata.
Antara perkara penting yang perlu anda pertimbangkan ketika hati tidak ingin memberikan peluang kedua adalah:
#1. Manusia tidak sempurna
Setiap manusia di muka bumi ini tiada yang sempurna.
Biarpun setiap hari pasangan anda telah mencuba untuk berikan yang terbaik untuk keluarga kecil tercinta, namun dirinya kadang-kadang tidak sedar bahawa tindakan yang dibuat adalah satu kesalahan.
Misalnya, dia secara tidak sengaja mengabaikan anda dan anak-anak kerana kesuntukan masa dan bebanan kerja di pejabat.
Jika anda mendapati suami tidak berlaku jujur ketika dia terpaksa berhubungan dengan seorang perempuan, berikan dia peluang untuk mengatakan hal yang sebenarnya.
Adalah lebih baik untuk anda mendengar segalanya dari mulut suami sendiri daripada dari orang lain yang mungkin akan menjadi si batu api.
#2. Setiap orang melakukan kesilapan
credit to sources
Sebelum membuat sebarang keputusan, anda perlu bertenang terlebih dahulu dan fikirkan kesan untuk jangka masa panjang.
Jangan terlalu ego sehingga anda menjauhkan diri dari pasangan, tidak mahu mendengar penjelasannnya dan nekad untuk berpisah hanya untuk merawat hati yang luka.
Dalam hal ini jika anda mendapati bahawa suami dengan tiba-tiba berubah hati, sebaik-baiknya menyelidiknya terlebih dahulu agar anda tidak melemparkan sebarang fitnah terhadap suami.
#3. Lebih mengenali pasangan
Tiada pasangan suami isteri kan terlepas dari sebarang ujian. Setiap masalah yang datang pasti akan ada hikmahnya.
Jika dahulu waktu bercinta penuh dengan suka duka sehingga tidak terlihat akan kelemahan diri pasangan, namun perjalanan sebagai kekasih halal sangat berbeza.
Peluang kedua sebenarnya mampu membuatkan anda merawat hati yang terluka dan lebih mengenali sikap teman hidup yang sebenar.
Bagi mempertahankan hubungan jangka panjang, anda dapat mengetahui cara percakapan, pergerakan anak mata atau riak muka pasangan sekiranya mereka menyembunyikan sesuatu.
Justeru, ia sekaligus dapat membuatkan anda lebih berhati-hati dan tidak terlalu selesa dengan kebahagiaan yang diperoleh.
#4. Perasaan sukar untuk dilupakan
credit to sources
Anda dan pasangan tidak akan pernah tahu apa yang akan berlaku pada kemudian hari.
Ia boleh terjadi anda tidak mampu melupakan suami sehingga membuatkan anda setiap hari terbayang akan susuk tubuhnya di dalam bilik.
Justeru, jangan menyeksa diri sendiri dan berhenti membenci pasangan kerana kesilapan yang lalu. Terima dengan hati yang terbuka untuk memaafkan dirinya dan sama-sama berusaha untuk menjadi yang terbaik.
#5. Membuatkan hubungan lebih erat
Apabila memberikan peluang kedua, kebiasaannya hubungan suami isteri akan menjadi lebih erat berbanding dengan sebelumnya.
Hal ini kerana selepas pergaduhan, sudah lama tidak tidur sebantal atau makan bersama, pastinya anda akan saling merindui.
Seorang lelaki pastinya tidak akan dapat meneruskan kehidupan tanpa adanya sokongan dari anak dan isteri.
Jika pasangan anda berjanji untuk berubah, letakkan sedikit kepercayaan kepadanya agar tidak kecewa kali kedua. Sentiasa ingatkan dia untuk membuktikan kata-katanya melalui tindakan.
Justeru, peluang kedua amat penting dalam sesebuah hubungan. Ia bukan sahaja untuk diri sahaja, tetapi masa hadapan hubungan yang dibina.
Sumber: Baituljannah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comberhenti-gaduh-dengan-pasangan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!