X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Senarai Pelajar Autisme Cemerlang Dalam SPM, Buktikan Kelemahan Bukan Penghalang

6 Mar, 2020
Senarai Pelajar Autisme Cemerlang Dalam SPM, Buktikan Kelemahan Bukan Penghalang

Sejak semalam keputusan peperiksaan sekolah peringkat SPM diumumkan, rata-rata pelajar tersenyum gembira termasuklah remaja yang menghidap autisme

Memperoleh kejayaan dalam setiap peperiksaan sekolah bukanlah sesuatu yang mudah tanpa adanya usaha serta fokus ketika proses pembelajaran.

Sejak dari semalam, anda dapat melihat pelbagai gambar yang menunjukkan suka duka para pelajar yang telah mengambil slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tidak hanya itu, para pelajar yang berjaya bukanlah kesemuanya datang dari insan normal. Bahkan terdapat beberapa pelajar yang menghidap sindrom autisme turut membuktikan kecemerlangan mereka dalam pendidikan.

Berjaya dalam peperiksaan sekolah

peperiksaan sekolah menengah

Tular di media sosial mengenai beberapa orang remaja istimewa telah menjadikan kekurangan diri mereka sebagai faktor pendorong untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

Pelajar autisme dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena, Kedah diumumkan sebagai salah seorang calon cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) negeri Kedah apabila dia berjaya memperolehi A dalam lima mata pelajaran.

Muhammad Muslim Ahmad Shukari memperolehi A bagi subjek Matematik, Sains dan Pendidikan Islam dan A- untuk Bahasa Melayu serta Pendidikan Seni Visual.

Menurut ibunya, Lafdziyah Mohd Marzuki, 47, berkata, anak kedua daripada lima beradik itu pada mulanya tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran ketika berada di sekolah rendah.

“Namun sejak melangkah tingkatan satu, pencapaiannya cukup mengejutkan apabila guru memaklumkan bahawa dia mendapat keputusan cemerlang bagi mata pelajaran Sains peringkat sekolah selain minat terhadap Matematik,” katanya.

Dalam pada itu, Muslim yang bercita-cita menjadi arkitek menaruh harapan tinggi agar dirinya dapat melanjutkan pelajaran dalam jurusan senibina.

Muslim berkata, kesukaran untuk bersaing dengan rakan yang normal menjadi pembakar semangat untuk dirinya terus berusaha sehingga memperoleh keputusan peperiksaan sekolah yang terbaik.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa memberikan semangat dan tunjuk ajar kepada saya,”

”Teknik belajar yang saya praktikkan adalah mengikuti jadual setiap hari, sentiasa berdoa dan melakukan ulang kaji secara berkumpulan,” katanya.

Masalah dalam pembelajaran

ujian sekolah menengah

Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji Alam, Muhammad Syahmi Asyraff Samsul Muariff, mengalami masalah pembelajaran (autisme) telah mencatatkan keputusan SPM dengan  2A+, 1A, 4 A-, 1B+ dan 1C.

Katanya, kejayaan yang dicapai ini adalah hasil dari usaha secara berterusan sejak dirinya berada di tingkatan empat dan diperkuatkan lagi dengan amalan solat dhuha pada setiap hari.

Calon Terbaik Berkeperluan Khas (CBK) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringkat negeri ini turut menyedari bahawa dirinya memiliki kekurangan diri dan dia terpaksa berusaha gigih jika ingin mencapai kejayaan dalam SPM seperti rakan sebaya yang lain.

“Saya bertuah kerana cikgu dan ibu bapa sentiasa memberi dorongan kepada saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang,”

“Saya turut memberikan tumpuan ketika sesi pembelajaran berlangsung di dalam kelas dan sering mengulangkaji pelajaran dengan bimbingan ibu ayah. Ia sangat membantu,” kata Syahmi.

Bukan itu sahaja, dia turut berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Kesihatan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi ahli farmasi.

“Saya harap kejayaan ini turut memberikan inspirasi kepada semua calon CBK SPM pada tahun ini bagi mencapai kejayaan sama,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada Syahmi, Hayani Zakaria, 54, berkata, dia terpaksa berhenti kerja semata-mata untuk menjaga anak istimewanya itu.

“Bukan mudah untuk membimbing anak yang mempunyai masalah pembelajaran. Namun berkat kesabaran, usaha, bimbingan dan iringan doa yang berterusan, saya bersyukur anak akhirnya mencapai kejayaan pada SPM,”

“Segala pengorbanan saya sebelum ini berbaloi apabila anak bongsu daripada dua beradik ini berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam SPM,” katanya.

Menurutnya, dia tidak terlalu berharap anaknya cemerlang dalam pelajaran tetapi cukup sekadar mampu berdikari dan menguruskan diri sendiri tanpa mengharapkan belas ihsan daripada orang lain.

“Bagaimanapun rezeki dan ketentuan Allah di atas segala pengorbanan saya dan keluarga mengatasi segalanya apabila Syahmi cemerlang dalam SPM seterusnya menjadi calon CBK terbaik peringkat negeri,” katanya.

Stories Rakan Kongsi
Rotavirus & Diarrhoea: Is It Just Poo Poo Or A Major Boo Boo?
Rotavirus & Diarrhoea: Is It Just Poo Poo Or A Major Boo Boo?
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Revitalize your skin during and after pregnancy
Revitalize your skin during and after pregnancy
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

Kejayaan sebagai insan istimewa

kejayaan dalam peperiksaan sekolah

Bagi bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST), Akmal Hannan, kekurangan diri yang dimiliki menjadi faktor pendorong untuk dirinya mencapai kejayaan apabila mencatat keputusan cemerlang dengan meraih 11 A.

Dia menganggap masalah komunikasi dan pendengaran yang dihidapi bukanlah suatu beban kerana menyedari dia perlu meletakkan lebih usaha untuk berjaya seperti rakan-rakan yang lain.

Katanya, guru adalah insan yang banyak membantu selain kawan-kawan turut mendorong dia untuk tidak patah semangat dan memberikan fokus terhadap pembelajaran.

Apabila menyentuh tentang kunci kejayaannya, Akhmal Hannan berulang kali mengatakan setiap pelajar perlu mempunyai sikap ingin tahu dan aktif menanyakan kepada guru tentang sesuatu topik yang kurang difahami.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Senarai Pelajar Autisme Cemerlang Dalam SPM, Buktikan Kelemahan Bukan Penghalang

Baca juga:

https://my.theasianparent.compelajar-cemerlang

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Senarai Pelajar Autisme Cemerlang Dalam SPM, Buktikan Kelemahan Bukan Penghalang
Kongsikan:
  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham