X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Lihat Bagaimana Budak Darjah 5 Ini Dah Pandai Hantar Mesej Seks Pada Rakan Sebaya!

28 Aug, 2019
Lihat Bagaimana Budak Darjah 5 Ini Dah Pandai Hantar Mesej Seks Pada Rakan Sebaya!

Adakah anda cukup yakin yang segalanya tentang anak sudah dikawal dengan baik, atau sebaliknya?

Mengasuh dan mendidik tidak pernah mudah, khususnya pada zaman yang semakin mencabar. Asuhan yang baik menjadi titik penting dalam membentuk anak yang baik akhlaknya.

Namun ibu bapa perlu sedar yang semakin anak meningkat usia, anak-anak akan mula mempelajari perkara baru dari faktor sekeliling, malahan dari ibu bapa sendiri. Adakah anda cukup yakin yang segalanya sudah dikawal dengan baik, atau sebaliknya?

Surat Berbaur Mesej Lucah Dikirim Budak Sekolah Darjah 5Lihat Bagaimana Budak Darjah 5 Ini Dah Pandai Hantar Mesej Seks Pada Rakan Sebaya!

Baru-baru ini tular satu foto surat yang ditulis tangan, dipercayai ditulis oleh seorang pelajar perempuan sekolah rendah yang baru berusia 11 tahun. Surat tersebut telah diberikan kepada seorang pelajar sekolah rendah lain yang berada dalam darjah 6.

Perkongsian asal surat tersebut adalah dari Facebook Akhi Fairuz, yang merupakan penceramah pendidikan seks kanak-kanak.

Beliau menerima foto surat itu dari ibu kepada pelajar lelaki yang menerima surat tersebut, yang jelas sangat risau apabila membaca kandungan surat tersebut!

Yang merisaukan, pelajar perempuan tersebut mengusulkan cadangan seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukannya salah dan sesuatu yang mengaibkan. Ini adalah kandungan surat tersebut:

mesej lucah

Berikut sebahagian perkongsian saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi di Facebook mengenai isu ini:

Ada beberapa faktor anak sekecil ini boleh jadi begini.

1. Masih lagi tidur sebilik bersama mak bapak. Kerap kali aku program dengan budak sekolah rendah, yang darjah 6 pun masih tidur satu bilik dengan parents.

Apa yang mak ayah fikirkan? Tak pernah ke terlintas di fikiran anak ini boleh mencuri pandang jimak yang dilakukan oleh anda? Expect anak dah tidur? Tak pernah ke sampai kepada mereka kisah gadis muda ketagih seks dek selalu tengok mak ayah berjimak depan mata dari kecil?

2. Ada juga budak sekolah jadi begini disebabkan pernah menonton pornografi. Samada akses sekali sekala atau sampai ketagih. 

Masing-masing dah tahu kesannya bilamana viral kes budak lelaki 12 tahun rogol kanak-kanak perempuan 4 tahun setelah terangsang tengok video lucah.

Berpunca Dari Tonton Video Lucah

video lucah

Tak cukup dengan tu, beberapa hari lepas keluar lagi isu yang lebih kurang. Seorang budak lelaki 11 tahun ‘rogol’ kakak sepupu yang berusia 12 tahun. Walau suka sama suka, tapi term rogol terpakai kepada pelaku bawah 18 tahun.

Puncanya sama. Terangsang tonton video lucah dari telefon bimbit.

3. Kawan-kawan yang telah akses pornografi mengajar rakan-rakannya yang lain di sekolah. Aku pernah kongsikan sebelum ni ada budak lelaki darjah 1 ajak kawan lelakinya ke tandas untuk main rogol-rogol. Dan iya, budak ini maksudkan apa yang beliau katakan.

4. Yang paling aku takutkan sebab yang keempat ni. Kanak-kanak ini telah menjadi mangsa pengantunan (sex grooming) oleh ahli keluarga yang terdekat.

Ada pihak yang tak bertanggungjawab seperti ayah, datuk, abang, sepupu, bapa sedara, kawan kepada ayah atau individu yang ada akses dengannya telah membina trust dengan si kecil ini untuk tujuan seksual.

Walau budak ini telah menjadi mangsa cabul atau rogol (nauzubillah), tapi dia tak tahu yang dirinya mangsa. Pemangsa telah berjaya buatkan budak ini percaya perbuatan itu ok, normal dan menyeronokkan.

Lepas jadi mangsa, child sex predator ini akan belanja makan, bagi hadiah atau lain-lain ganjaran.

Kanak-Kanak Yang Terbiasa Dengan Perbuatan Seksual Akan Menganggap Ia Perkara Biasa

ajak bersetubuh

Kesan kepada 4 perkara ini, kanak-kanak yang menjadi mangsa seksual akan anggap perbuatan seks itu normal. Beliau akan groom pula kawan-kawannya di sekolah.

Dalam kes ini, mujurlah Puan berkenaan selalu spotcheck beg sekolah anaknya. Kalau tak, sampai bila-bila tak tahu yang anaknya terima ‘surat cinta’ ini.

Buat mak ayah di luar sana, ini cadangan saya:

1. Please ingatkan anak-anak, jika mendengar perkataan yang tak elok kawan sebut di sekolah, kata-kata keji, makian, ejekan, bad words, mencarut, lucah, terus bagi tahu mak ayah. Parents pula kena terangkan pada anak kenapa perkataan itu tak elok atau terangkan definisi kepada word berkenaan, seperti rogol, cabul, liwat dan lain-lain.

Stories Rakan Kongsi
Is Your Little One Getting Vaccinated Soon? Tips On What You Should Do Before & After Each Jab
Is Your Little One Getting Vaccinated Soon? Tips On What You Should Do Before & After Each Jab
5 ways to teach perseverance to children, according to Jack Ma
5 ways to teach perseverance to children, according to Jack Ma
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
Ibu-Ibu Gila Shopping? Ini Cara Mudah Untuk Berbelanja Seisi Keluarga, Satu Tempat Saja Sudah Memadai!
Ibu-Ibu Gila Shopping? Ini Cara Mudah Untuk Berbelanja Seisi Keluarga, Satu Tempat Saja Sudah Memadai!

2. Mak ayah juga tolong pesan pada anak-anak jika dapat surat kiriman kawan-kawan. Tak kisahlah walau ia cinta monyet sekalipun. Yang penting, mak ayah kena tahu. Tambah-tambah, anak yang masih bersekolah rendah.

3. Jangan jemu ingatkan pasal sentuhan selamat dan tidak selamat, beza antara sentuhan kasih sayang dan bersifat seksual. Juga ajar tentang private part yang tak boleh disentuh, dipegang atau diraba (mulut, dada, kemaluan, punggung, paha). Jika ia berlaku, jerit kuat-kuat, lari selamatkan diri dan mengadu atau beri tahu parents.

4. Paling penting, jangan kau pula jadi bodoh berjimak atau bercumbu-cumbuan depan anak. Tak tahu malu ke jubake?

Buat guru-guru,

1. Inilah dia antara anak-anak didik kalian hari ini. Bermula dari sekolah tadika lagi sudah ada budak melucah. Semuanya bermula dari mak ayah di rumah.

2. Jika cikgu dapat kes seperti ini, tolong bantu sebaik mungkin. Mereka adalah mangsa. Bukan saja-saja buat macam tu. Sebab-sebabnya saya dah nyatakan di atas.

3. Jika dapat aduan dari pelajar melibatkan kes-kes seksual, jangan anggap mereka bergurau. Budak kecil jarang menipu bab-bab begini. Ambil peduli dan refer kepada guru yang berkaitan.

4. Walau kalian bukan guru mengajar Pendidikan Kesihatan atau subjek Pendidikan Islam, jangan pernah jemu ingatkan anak didik pasal isu-isu sebegini. Lantaklah kalau ada ibu bapa atau rakan guru yang kata kita memandai-mandai. Tak kena ke anak dia memang sedap cakap. Tugas kita bersama ni.

Saya harap post ini dibaca dan dikongsi sebanyaknya oleh kalian. Jujur saya katakan, penat tau mengadap isu sebegini yang tak beransur pulih. Semakin teruk adalah.

Mari sama-sama jadi masyarakat yang berperanan. Jangan jadi netizen yang tahu mengecam sahaja isu pembuangan bayi, seks bebas atau hamil luar nikah tanpa sedar punca permasalahan yang perlu dirawat.

Dan ia bermula dari rumah.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Nampaknya dunia ini semakin mencabar untuk membesarkan anak-anak. Semoga ibu bapa dapat mendidik anak-anak mengenal apa yang betul, dan yang salah agar mereka terhindar dari perbuatan zina seawal usia.

Ajarlah anak-anak sebaik mungkin, agar mereka tidak berahsia atau melakukan perkara yang tidak elok di belakang keluarga.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Lihat Bagaimana Budak Darjah 5 Ini Dah Pandai Hantar Mesej Seks Pada Rakan Sebaya!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Baca juga:

https://my.theasianparent.comketagihan-seks

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Lihat Bagaimana Budak Darjah 5 Ini Dah Pandai Hantar Mesej Seks Pada Rakan Sebaya!
Kongsikan:
  • Nak Beraya Dengan Anak, Kena Tahu Adab Bertamu Dulu! Jangan Sampai Tuan Rumah Tegur Anak Kita...

    Nak Beraya Dengan Anak, Kena Tahu Adab Bertamu Dulu! Jangan Sampai Tuan Rumah Tegur Anak Kita...

  • 5 Tips Didik Anak Buat Ibu Bapa Moden, Panduan Keibubapaan Kini Hanya Di Hujung Jari!

    5 Tips Didik Anak Buat Ibu Bapa Moden, Panduan Keibubapaan Kini Hanya Di Hujung Jari!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Nak Beraya Dengan Anak, Kena Tahu Adab Bertamu Dulu! Jangan Sampai Tuan Rumah Tegur Anak Kita...

    Nak Beraya Dengan Anak, Kena Tahu Adab Bertamu Dulu! Jangan Sampai Tuan Rumah Tegur Anak Kita...

  • 5 Tips Didik Anak Buat Ibu Bapa Moden, Panduan Keibubapaan Kini Hanya Di Hujung Jari!

    5 Tips Didik Anak Buat Ibu Bapa Moden, Panduan Keibubapaan Kini Hanya Di Hujung Jari!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.