TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Product Guide
Sign in
  • Becoming a Parent
    • Project Sidekicks
    • Pregnancy
    • Losing A Baby
    • Conceiving a Baby
    • Adoption
    • Labour & Delivery
  • Ages & Stages
    • Baby
    • Child
    • Pre-Teen & Teen
  • Parenting
    • Parenting Tips
    • Marriage, Relationship & Sex
    • Viral News
  • Health
    • Illness
    • Allergy & Syndrome
    • Vaccinations
    • Give Health A Shot
  • Breastfeeding & Nutrition
    • Breastfeeding
    • Healthy Meal Tips
    • Formula
  • Education
    • Preschool
    • Primary School
    • Middle School
    • Special Education
  • Money Parenting
    • Tips for Parents
    • Tips for Toddlers
    • Tips for Older Kids
    • The 5 Personas
  • Lifestyle
    • Money
    • Contests & Promotions
    • Holiday
    • Spirituality
    • Home
  • TAP Recommends
  • Press Room
  • Products
  • Advertise With Us

Probiotik, Prebiotik Dalam Pemakanan Si Manja: Penting untuk Kesihatan Usus & Kuatkan Imuniti

7 min read
Probiotik, Prebiotik Dalam Pemakanan Si Manja: Penting untuk Kesihatan Usus & Kuatkan Imuniti

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mencari cara untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan si manja. Salah satu aspek penting yang sering terlepas pandang ialah kesihatan mikrobiota usus.

Mikrobiota usus ialah satu komuniti mikroorganisma seperti bakteria, virus dan kulat, yang hidup di dalam usus manusia dan haiwan. Mikrobiota usus memainkan peranan penting dalam kesihatan kita1,2:

  • Membantu dalam pencernaan makanan

Mikrobiota usus mencernakan makanan dan nutrien tertentu yang tidak dapat dicernakan oleh usus kita. Ia juga boleh menghasilkan vitamin penting untuk tubuh kita 1,2 .

  • Membantu menguatkan sistem imun 

Bakteria baik di dalam usus kita berfungsi untuk “mengajar” sistem imun tubuh untuk mengenal pasti ancaman dan melindungi tubuh kita daripada sebarang jangkitan1,2 .

  • Mempengaruhi “mood” dan kesihatan keseluruhan

Percaya atau tidak, kesihatan mikrobiota usus kita memberikan impak terhadap emosi, berat badan dan prestasi sistem pencernaan tubuh serta kesihatan kita secara keseluruhannya1,2 .

Jadi, di sini kita dapat lihat betapa pentingnya untuk memastikan kesihatan usus kita sentiasa pada tahap optimum. Probiotik dan prebiotik memainkan peranan besar dalam membantu perkembangan dan penjagaan usus yang sihat, menyokong kesihatan keseluruhan dan sistem imun si manja. Memahami perbezaan probiotik dan prebiotik serta manfaatnya dapat membantu anda membuat pilihan yang lebih bijak untuk pemakanan mereka.

Apa Itu Probiotik dan Prebiotik?
Probiotik, Prebiotik Dalam Pemakanan Si Manja: Penting untuk Kesihatan Usus & Kuatkan Imuniti

Probiotik adalah bakteria baik yang hidup dan membantu menyeimbangkan mikrobiota usus. Ia boleh didapati dalam makanan yang ditapai seperti yogurt dan kefir, dan berfungsi mengekalkan sistem penghadaman yang sihat dengan menambahkan bakteria baik ke dalam usus. Probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium amat bermanfaat untuk kanak-kanak kecil, kerana ia menyokong proses penghadaman dan berpotensi membantu melegakan masalah seperti sakit perut berfungsi dan sindrom usus merengsa2.

Probiotik, Prebiotik Dalam Pemakanan Si Manja: Penting untuk Kesihatan Usus & Kuatkan Imuniti

Manakala prebiotik adalah serat yang tidak boleh dihadam dan berfungsi sebagai makanan kepada bakteria baik dalam usus. Ia boleh didapati dalam makanan seperti pisang, bawang besar, bawang putih dan daun bawang. Prebiotik merangsang pertumbuhan bakteria baik yang sedia ada dalam usus. Proses penapaian ini membantu meningkatkan kesihatan keseluruhan mikrobiom usus dan menyokong sistem imun4.

Manfaat Probiotik dan Prebiotik untuk Si Manja

  1. Menyokong Sistem Imun

Mikrobiota usus yang seimbang sangat penting untuk sistem imun yang kuat, memandangkan kira-kira 70% daripada sistem imun terletak di dalam usus3. Probiotik menambahkan bakteria baik yang boleh meningkatkan tindak balas imun dan mengurangkan keradangan. Kajian menunjukkan bahawa probiotik berupaya mengurangkan simptom berkaitan alahan dan jangkitan4.

Prebiotik pula menyokong sistem imun dengan memberi nutrien kepada bakteria baik dalam usus. Kajian mendapati bahawa prebiotik boleh mengurangkan kadar jangkitan dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya jangkitan usus dan jangkitan saluran kencing.

  1. Kesihatan Penghadaman

Ramai yang tidak sedar bahawa lebih 70% sel imun badan terletak di dalam usus. Ini bermakna usus yang sihat sangat penting untuk sistem imun yang kuat. Jika keseimbangan bakteria dalam usus terganggu, sistem imun anak juga boleh terjejas.

Probiotik dan prebiotik sama-sama memainkan peranan penting dalam mengekalkan sistem penghadaman yang sihat. Probiotik membantu menyeimbangkan bakteria dalam usus, yang boleh melegakan ketidakselesaan perut dan membantu melancarkan pergerakan usus. Prebiotik pula meningkatkan pergerakan usus dengan merangsang pertumbuhan bakteria baik, seterusnya membantu melembutkan najis dan mengurangkan masalah sembelit4.

  1. Penyerapan Nutrien

Prebiotik membantu meningkatkan penyerapan nutrien penting. Sebagai contoh, ia menyokong penyerapan kalsium dengan lebih berkesan yang penting untuk kesihatan tulang4 . Dengan mewujudkan persekitaran usus yang sihat, prebiotik memastikan si manja mendapat manfaat maksimum daripada nutrien dalam diet mereka.

Probiotik dan Prebiotik Boleh Menguatkan Imuniti Si Manja

Probiotik, Prebiotik Dalam Pemakanan Si Manja: Penting untuk Kesihatan Usus & Kuatkan Imuniti

Membina sistem imun yang kuat sangat penting untuk si manja, terutamanya apabila mereka mula membesar dan terdedah kepada persekitaran luar seperti di taska atau sekolah. Sistem imun yang sihat membantu si manja melawan jangkitan, mengurangkan kekerapan sakit, dan menyokong tumbesaran secara menyeluruh.

Dalam hal ini, menambah probiotik dan prebiotik dalam diet harian kanak-kanak merupakan salah satu pendekatan pemakanan yang berkesan dalam menyokong perkembangan sistem imun secara semula jadi. Kajian menunjukkan bahawa kesihatan usus mempunyai kaitan rapat dengan fungsi imun, memandangkan sebahagian besar sel imun manusia terletak di saluran.gastrousus.

Pengambilan kedua-duanya secara konsisten membantu mengekalkan keseimbangan mikrobiota usus, mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan, serta memperkukuh pertahanan tubuh terhadap penyakit. Ini amat penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar, terutamanya apabila mereka mula terdedah kepada persekitaran baharu seperti taska atau prasekolah

Sumber Semula Jadi Probiotik dan Prebiotik

Sumber Probiotik Sesuai Untuk Kanak-Kanak

  • Yogurt asli: pilih yang tanpa gula tambahan, sesuai diperkenalkan selepas 6 bulan (dengan rujukan doktor)

  • Kefir: susu fermentasi yang tinggi kandungan bakteria baik

  • Tempeh dan miso: makanan tradisional yang kaya dengan probiotik, sesuai untuk kanak-kanak lebih besar

  • Suplemen probiotik khusus: dalam bentuk titisan, serbuk atau tablet kunyah, dengan nasihat pakar

Sumber Prebiotik yang Mudah Didapati

  • Susu ibu: sumber prebiotik semula jadi terbaik untuk bayi baru lahir (mengandungi oligosakarida susu manusia)

  • Pisang separa masak

  • Bawang besar dan bawang putih

  • Oat, barli dan gandum penuh

  • Sayuran berakar seperti asparagus dan saderi

Bilakah Masa Sesuai Memperkenalkan Probiotik Dan Prebiotik?

Secara umumnya, probiotik dan prebiotik boleh diperkenalkan dalam diet anak seawal usia 6 bulan ke atas – selaras dengan permulaan makanan pelengkap (solid food). Namun, pastikan ia diperkenalkan secara berperingkat dan sesuai dengan kemampuan penghadaman anak, dan rujukan doktor.

Untuk bayi di bawah usia 6 bulan, susu ibu adalah sumber probiotik semula jadi terbaik, mengandungi antibodi dan nutrien penting untuk sistem imun bayi.

Cara Mudah Menambah Probiotik dan Prebiotik Dalam Diet Anak

  1. Pilih Yogurt dengan Kultur Hidup Aktif
    Pilih yogurt yang mengandungi live cultures (biasanya tertera pada label) dan tanpa gula tambahan. Boleh disajikan bersama buah segar seperti pisang atau beri sebagai snek sihat selepas sekolah.
  2. Mulakan Hari dengan Oat atau Bijirin Penuh
    Hidangan sarapan seperti oat atau bijirin penuh adalah sumber prebiotik yang baik. Campurkan dengan pisang, madu asli atau sedikit yogurt untuk kombinasi yang lengkap dan menyihatkan.

  3. Gunakan Bawang Putih dan Bawang Besar dalam Masakan Harian
    Tambahkan bawang putih dan bawang besar dalam sup, bubur, atau tumisan. Kedua-duanya merupakan sumber prebiotik semula jadi yang mudah diperoleh dan sesuai untuk citarasa anak-anak.
  4. Sediakan Sup atau Bubur Bersama Tempeh atau Miso (untuk anak yang lebih besar)
    Miso (pasta soya fermentasi) boleh digunakan dalam sup ringan untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas, manakala tempeh boleh dicampurkan dalam nasi goreng atau lauk yang dimasak secara lembut.
  5. Snek Buah-Buahan Prebiotik
    Sediakan potongan pisang, epal, atau beri biru sebagai snek petang. Selain tinggi serat, buah-buahan ini menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
  6. Perkenalkan Makanan Baharu Secara Berperingkat
    Untuk mengelakkan ketidakselesaan perut atau penolakan rasa, perkenalkan makanan kaya probiotik dan prebiotik sedikit demi sedikit, mengikut kesediaan anak.

  7. Suplemen dengan susu tumbesaran kanak-kanak yang tinggi prebiotik dan probiotik

    Susu tumbesaran kanak-kanak yang diperkaya dengan prebiotik dan probiotik bukan sahaja menyokong keperluan nutrisi harian dan tumbesaran kanak-kanak, malah membantu menguatkan kesihatan mikrobiota usus si kecil anda.  

    Menggabungkan probiotik dan prebiotik dalam diet si manja boleh memberi kesan yang besar terhadap kesihatan usus mereka bukan sahaja membantu penghadaman, tetapi juga menyokong sistem imun dan kesejahteraan keseluruhan. 

    Pilih pelbagai makanan semula jadi dan yang ditapai bagi memastikan si manja mendapat nutrien bermanfaat ini secara seimbang. Sentiasa berbincang dengan pakar pediatrik sebelum memperkenalkan sebarang suplemen atau membuat perubahan besar dalam diet anak anda untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan kesihatan mereka.

    Pemakanan yang kaya dengan probiotik dan prebiotik bukan sekadar mengisi perut si manja, tetapi membantu menjaga usus mereka yang menjadi asas penting untuk kesihatan dan perkembangan yang menyeluruh.

Rujukan:

  1. Cleveland Clinic. (n.d.). Gut microbiome. https://my.clevelandclinic.org/health/body/25201-gut-microbiome
  2. Nebraska Medicine. (2022, March 1). How your gut affects your whole body. https://www.nebraskamed.com/gastrointestinal-care/how-your-gut-affects-your-whole-body
  3. Indian Express. (2019, November 18). Prebiotics in infant nutrition: All you need to know. https://indianexpress.com/article/parenting/health-fitness/prebiotics-in-infant-nutrition-all-you-need-to-know-6101935/
  4. Kidspot. (n.d.). Prebiotics and kids’ health. https://www.kidspot.com.au/health/wellbeing/vitamins-and-minerals/prebiotics-and-kids-health/news-story/4e02aa5befc61e3fa92bad49fa652a90
  5. University of Luxembourg. (2017, June 7). Gut bacteria could help prevent cancer. ScienceDaily. https://www.sciencedaily.com/releases/2017/06/170607123949.htm
  6. Roberfroid, M. B., Gibson, G. R., Hoyles, L., McCartney, A. L., Rastall, R., Rowland, I., Wolvers, D., Watzl, B., Szajewska, H., Stahl, B., Guarner, F., Respondek, F., Whelan, K., Coxam, V., Davicco, M. J., Léotoing, L., Wittrant, Y., Delzenne, N. M., Cani, P. D., … Meheust, A. (2014). Prebiotic effects: Metabolic and health benefits. Nutrition Reviews, 72(8), 523–538. doi.org/10.1111/nure.12158
  7. Arrieta, M.-C., Stiemsma, L. T., Amenyogbe, N., Brown, E. M., & Finlay, B. (2014). The intestinal microbiome in early life: Health and disease. Frontiers in Immunology, 5, 427. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30241407/

 

Got a parenting concern? Read articles or ask away and get instant answers on our app. Download theAsianparent Community on iOS or Android now!

img
Written by

theAsianparent

  • Home
  • /
  • Health
  • /
  • Probiotik, Prebiotik Dalam Pemakanan Si Manja: Penting untuk Kesihatan Usus & Kuatkan Imuniti
Share:
  • Nak Badan Sihat dan Kesejahteraan Mental? Segalanya Bermula dengan Usus Yang Sihat!
    Partner Stories

    Nak Badan Sihat dan Kesejahteraan Mental? Segalanya Bermula dengan Usus Yang Sihat!

  • The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
    Partner Stories

    The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars

  • The Immunity-Gut Health Connection: Why C-Section Children May Need Extra Support
    Partner Stories

    The Immunity-Gut Health Connection: Why C-Section Children May Need Extra Support

  • Nak Badan Sihat dan Kesejahteraan Mental? Segalanya Bermula dengan Usus Yang Sihat!
    Partner Stories

    Nak Badan Sihat dan Kesejahteraan Mental? Segalanya Bermula dengan Usus Yang Sihat!

  • The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
    Partner Stories

    The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars

  • The Immunity-Gut Health Connection: Why C-Section Children May Need Extra Support
    Partner Stories

    The Immunity-Gut Health Connection: Why C-Section Children May Need Extra Support

Get advice on your pregnancy and growing baby. Sign up for our newsletter
  • Conceiving a Baby
  • Baby
  • Health
  • Education
  • Lifestyle
  • TAP Community
  • Advertise With Us
  • Contact Us
  • Become a Contributor


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
About Us|Team|Privacy Policy|Terms of Use |Sitemap HTML
  • Tools
  • Articles
  • Feed
  • Poll

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it