Kebanyakan keluarga mungkin merasakan kesediaan sekolah itu satu topik yang berat. Ada ibu bapa yang mungkin tertanya-tanya sama ada anak mereka sudah cukup mengenali huruf atau nombor. Ada juga yang bimbang sama ada anak mereka cukup berdikari, yakin, atau bersedia untuk berinteraksi dengan guru dan rakan sekelas.
Hakikatnya, kesediaan sekolah adalah lebih daripada sekadar akademik.
Ianya membantu kanak-kanak membina keyakinan, kemahiran komunikasi, tabiat, dan kesediaan emosi yang diperlukan untuk berkembang maju apabila mereka melangkah ke sekolah rendah. Ia juga memberikan sokongan tambahan supaya mereka boleh mengorak langkah seterusnya.
Menurut Bank Dunia, 24% kanak-kanak di Malaysia masih kekurangan kemahiran kesediaan sekolah. Namun, berita baiknya ialah ibu bapa boleh mula menyokong asas-asas penting ini di rumah, selangkah demi selangkah.
*World Bank. (2024). MALAYSIA ECONOMIC MONITOR Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundational Skills Public Disclosure Authorized (p. 74).
Apakah Maksud Sebenar Kesediaan Sekolah?
Apabila orang berbicara tentang kesediaan sekolah, mereka sering memikirkan tentang membaca, mengira, atau mengenali warna dan bentuk.
Walaupun semua ini penting, kesediaan sekolah sebenarnya merangkumi lebih daripada perkara-perkara ini.
Kanak-kanak juga memerlukan kemahiran sosial, emosi, dan praktikal untuk berasa selesa dalam persekitaran sekolah. Ini termasuk keupayaan untuk mengikut arahan-arahan mudah, berkomunikasi tentang keperluan mereka, meluangkan masa bersama kanak-kanak lain dan menyesuaikan diri dengan rutin.
Kesediaan sekolah biasanya merangkumi:
- Perkembangan kognitif, seperti penyelesaian masalah dan memori serta mempelajari konsep-konsep baharu
- Kemahiran bahasa dan komunikasi
- Perkembangan sosial dan emosi
- Pertumbuhan fizikal dan koordinasi
- Berdikari dalam tugas harian yang mudah
Prasekolah biasanya membantu kanak-kanak menjadi selesa dengan pengalaman-pengalaman ini sebelum mereka memasuki sekolah rendah. Mereka membiasakan diri dengan rutin, aktiviti berkumpulan, dan belajar melalui bermain, dan meluangkan masa berjauhan daripada ibu bapa.
Adalah sangat penting untuk kita ingat bahawa perkembangan setiap kanak-kanak itu berbeza. Ada yang secara semula jadi lebih berani dan bersahaja, manakala ada pula yang memerlukan lebih masa dan sokongan. Kesediaan sekolah bukanlah tentang kesempurnaan. Ianya tentang membantu kanak-kanak berasa lebih bersedia yang yakin untuk ke peringkat seterusnya.
Bagaimana Tahun Prasekolah Menyokong Perkembangan
Tahun-tahun awal memainkan peranan penting dalam membentuk cara kanak-kanak belajar, berkomunikasi, dan membina keyakinan diri.
Sepanjang usia prasekolah, kanak-kanak sentiasa belajar daripada dunia di sekeliling mereka. Mereka memerhati, bertanya soalan, meniru tingkah laku, dan meneroka kemahiran baharu setiap hari.
Pada waktu inilah biasanya kanak-kanak mula membina tabiat asas yang dapat membantu mereka di sekolah kelak.
Sebagai contoh, kanak-kanak peringkat prasekolah boleh mula belajar cara untuk:
- Mengikut arahan mudah
- Duduk tenang semasa aktiviti singkat
- Mengambil giliran dan berkongsi dengan orang lain
- Mengenali bentuk, warna, nombor, dan huruf
- Meluahkan fikiran dan perasaan
- Memupuk sifat ingin tahu dan kemahiran menyelesaikan masalah
Pengalaman awal ini dapat membantu kanak-kanak berasa lebih yakin apabila mereka melangkah ke persekitaran bilik darjah.
Prasekolah juga penting untuk membantu kanak-kanak bersedia dari segi emosi. Berjauhan daripada ibu bapa selama beberapa jam, berinteraksi dengan guru, dan mencari rakan-rakan baharu semuanya akan menjadi lebih mudah apabila kanak-kanak diberikan masa untuk menyesuaikan diri secara beransur-ansur.
3 Cara Ibu Bapa Boleh Menyokong Kesediaan Sekolah di Rumah
Ibu bapa tidak memerlukan bahan-bahan yang mahal atau sistem pembelajaran yang kompleks untuk membantu anak-anak bersedia untuk ke sekolah. Berikut merupakan beberapa tabiat kecil dan konsisten yang boleh menghasilkan perubahan bermakna di rumah:
- Sertakan Pembelajaran dalam Aktiviti Harian
Salah satu cara yang paling mudah untuk menyokong pembelajaran ialah dengan membaca bersama setiap hari. Buku-buku cerita membantu kanak-kanak membina kosa kata, meningkatkan kemahiran mendengar dan menggalakkan rasa ingin tahu.
Bermain juga penting. Kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara menerusi aktiviti seperti melukis, membina menggunakan blok, menyanyi, ataupun berlakon sebagai penjaga kedai atau guru di bilik darjah.
Aktiviti-aktiviti sebegini boleh membantu kanak-kanak memperbaiki kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, dan kreativiti dalam cara yang semula jadi dan menyeronokkan.
- Cipta Rutin dan Galakkan Berdikari
Rutin harian yang ringkas boleh membantu kanak-kanak berasa lebih selamat dan mendidik mereka untuk menyesuaikan diri dengan jadual.
Ibu bapa boleh membina rutin harian di sekitar waktu makan, bermain dan tidur.
Galakkan mereka melakukan tugas kecil seperti memakai kasut sendiri atau mengemas mainan untuk membina keyakinan diri.
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bersosial juga sangat bermanfaat. Meluangkan masa bersama sepupu, jiran, atau rakan sekelas dapat mengajar mereka cara berkomunikasi, berkongsi, dan bekerjasama dengan orang lain.
Tugasan harian yang kecil juga boleh membina sifat berdikari. Sebagai contoh, kanak-kanak boleh berlatih mengemas mainan, mencuci tangan, memakai kasut sendiri, atau mengemas beg mereka sendiri.
Tabiat kecil ini dapat membantu kanak-kanak berasa lebih yakin apabila mereka memulakan alam prasekolah atau sekolah rendah.
- Sokong Tumbesaran Optimum Melalui Nutrisi
Nutrisi merupakan satu lagi perkara penting dalam menyokong minda dan tubuh yang sedang membesar. Kanak-kanak memerlukan nutrisi yang sesuai untuk menyokong proses tumbesaran mereka secara keseluruhan, terutamanya semasa tahun-tahun awal mereka.
Selain hidangan sihat, berikan mereka susu tepung yang terbaik. Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Dutch Lady mengandungi 5X DHA, bersama Vitamin C dan D, dan Zat Besi untuk membantu menyediakan sokongan nutrisi bagi membina kemahiran dan keyakinan anak anda sebelum melangkah ke sekolah rendah.
Ia juga tersedia dalam varian 123/456/6+ untuk menyokong “Minda Cergas” kanak-kanak di saat mereka terus belajar, membesar dan melayari dunia di sekeliling mereka.
Dutch Lady Menyokong Ibu Bapa Melangkaui Nutrisi
Untuk bertahun lamanya, Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-Kanak Dutch Lady telah menjadi rakan yang dipercayai kepada ibu bapa yang ingin menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak-anak mereka.
Hari ini, Dutch Lady melangkah lagi ke hadapan memikul komitmen ini dengan menyokong pendidikan awal kanak-kanak.
Dutch Lady percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk membina permulaan yang kukuh sebelum melangkah ke sekolah rendah. Itulah sebabnya inisiatif MyTabung Minda Cergas diperkenalkan untuk membantu keluarga mengakses pendidikan prasekolah.
Inisiatif ini amat bermakna terutamanya untuk keluarga kurang berkemampuan yang mungkin memerlukan sokongan tambahan dalam menyediakan anak-anak mereka untuk ke prasekolah dan sekolah rendah.
Melalui MyTabung Minda Cergas, Dutch Lady memperuntukkan sehingga RM1 juta dalam dana pembiayaan prasekolah.
Sebanyak 200 keluarga akan terpilih, dan setiap keluarga akan menerima RM5,000 untuk menyokong perjalanan prasekolah anak mereka.
Inisiatif ini mencerminkan kepercayaan Dutch Lady bahawa semua kanak-kanak layak mendapat peluang untuk membina keyakinan, kemahiran asas dan melayari pengalaman pembelajaran yang positif dari usia awal.
FAQ
Apakah itu kesediaan sekolah?
Kesediaan sekolah merujuk kepada kemahiran yang diperlukan oleh kanak-kanak sebelum melangkah ke sekolah rendah. Ini merangkumi kemahiran berkomunikasi, kesediaan emosi, kemahiran sosial, berdikari, dan keupayaan pembelajaran asas.
Pada usia berapakah ibu bapa perlu mula menyediakan kanak-kanak untuk prasekolah?
Ibu bapa boleh mula membimbing kanak-kanak sejak peringkat bertatih (toddler) melalui rutin mudah seperti membaca, bermain, dan interaksi sosial.
Bagaimanakah pemakanan dapat menyokong perkembangan otak kanak-kanak?
Pemakanan yang sesuai membekalkan nutrien penting kepada kanak-kanak yang menyokong pertumbuhan, perkembangan otak, pembelajaran, dan kesejahteraan keseluruhan.
Apakah itu MyTabung Minda Cergas?
MyTabung Minda Cergas ialah inisiatif Dutch Lady yang menyokong akses prasekolah dengan menyediakan dana pendidikan untuk keluarga.
Berapakah jumlah sokongan yang boleh diterima oleh keluarga melalui MyTabung Minda Cergas?
Setiap keluarga yang terpilih boleh menerima RM5,000, dengan sehingga 200 keluarga mendapat manfaat daripada dana berjumlah RM1 juta.