Dunia keibubapaan pada hari ini tidak lagi sama seperti zaman pra-internet dahulu. Jika anda baru saja melangkah ke dunia ini, anda merupakan kumpulan pertama ibu bapa yang melalui pengalaman membesarkan anak-anak dalam era digital.
Setiap zaman yang berlalu pasti ada cabaran dan hitam putihnya yang tersendiri. Bagi ibu bapa hari ini, cabarannya meliputi baik dan buruk pengaruh teknologi dan Internet dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya yang sedang membesar.
Tidak dinafikan, teknologi masa kini memudahkan urusan seharian kita, dan telah memberikan impak yang mendalam terhadap perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Bukan itu sahaja, teknologi moden juga membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih mudah dengan sanak-saudara yang jauh di mata.
Namun begitu, dengan teknologi yang efisien, kanak-kanak kian mudah terhibur hinggakan terleka, dan hasilnya? Zaman kanak-kanak mereka boleh terkesan dengan ketidakseimbangan antara masa yang dihabiskan di alam maya dan di dunia sebenar. Anda mungkin pernah atau sedang melalui dilema ini, jadi bagaimana caranya untuk memastikan anak anda dapat menikmati zaman kanak-kanak yang sihat, riang dan seimbang?
Apakah Itu Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang?
Zaman kanak-kanak yang seimbang secara amnya meliputi kesemua aspek yang diperlukan oleh seseorang kanak-kanak bagi menyokong pembelajaran, pembesaran dan kesejahteraannya. Pendek kata, pembesaran yang holistik dan dinamik.
Sokong Anak Anda Menikmati Kehidupan Yang Seimbang Dalam Era Digital
Kredit: Freepik
Usah biarkan anak anda ketinggalan menikmati zaman kanak-kanak yang penuh keriangan! Terlalu banyak pengalaman yang boleh dikumpul sepanjang mereka membesar, yang pasti akan meninggalkan kenangan manis dan membantu dalam proses pembelajaran mereka pada tahun-tahun mendatang.
Benar, teknologi membuat pembelajaran lebih menghiburkan, namun jika si kecil anda terlalu bergantung kepada segala “kemudahan” atau “jalan pintas” yang tersedia di alam maya, lama-kelamaan, ia akan menjadi satu kebiasaan dan boleh melemahkan motivasinya untuk mencuba skil atau perkara baharu dengan usahanya sendiri dalam melakukan sesuatu tugasan.
Kanak-kanak yang sedang membesar seharusnya menimba ilmu dan pengalaman dalam pelbagai perkara dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan daya fizikal, mental dan emosi mereka.
Ayuh, cuba tip-tip menarik ini:
-
Perkenalkan batas teknologi (tech boundaries)
Menggunakan teknologi perlu ada batasannya, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang lebih muda, caranya lebih ringkas. Mulakan dengan mengawal kandungan yang ditonton anak anda, pastikan visual dan mesejnya sesuai dengan peringkat umur anak.
Aktifkan tetapan “child-safe” untuk lebih selamat, contohnya, menetapkan had waktu untuk menggunakan sebarang aplikasi, menetapkan kandungan yang boleh ditonton dan menetapkan kata kunci atau verifikasi untuk apa-apa pengesahan di laman web atau aplikasi.
-
Wujudkan waktu bebas-peranti (gadget-free)
Kanak-kanak hari ini perlu dididik untuk memahami waktu untuk berhenti menggunakan peranti. Jika tidak, semakin hari, tabiat membelek peranti akan menjadi-jadi.
Tetapkan waktu bebas-peranti seperti ketika waktu makan bersama keluarga, masa kualiti bersama keluarga, waktu belajar, satu atau dua jam sebelum waktu tidur, dan sebagainya, mengikut kesesuaian rutin keluarga anda. Didik dari awal agar anak kecil anda dapat membiasakan dirinya dengan peraturan ini.
-
Nikmati dunia luar bersama-sama
Kredit: iStock
Luangkan masa untuk membawa anak anda menikmati keindahan alam semulajadi sekerap yang boleh. Rehatkan mata mereka dengan kehijauan alam.
Percayalah, walaupun jika pada awalnya mereka enggan keluar kerana lebih gemar bermain permainan video atau menikmati hiburan di alam maya, saat mereka menjejakkan kaki ke dalam air sungai, bermain di tepi pantai ataupun berlari di taman, kegembiraan akan terpancar di wajah mereka. Hendak pulang pun susah nanti!
Itulah keriangan zaman kanak-kanak yang sepatutnya mereka nikmati!
-
Jadilah contoh terbaik untuk anak
Praktikkan apa yang anda ajar pada anak anda. Kanak-kanak belajar daripada tingkah laku kita, ibu bapa mereka sendiri. Apa yang mereka nampak, itulah yang mereka ikut. Jadi, usah kelirukan mereka antara pesanan dan kelakuan kita. Pastikan kedua-duanya seiringan, ya? Practice what you preach.
Kita tidak boleh menafikan kepentingan teknologi pada hari ini. Sama ada orang dewasa atau kanak-kanak, masing-masing memerlukannya. Tapi, kita harus sentiasa ingat untuk menetapkan batasan teknologi yang sesuai untuk anak-anak kita agar mereka dapat menikmati zaman kanak-kanak yang riang, sihat dan seimbang.
Kredit: iStock
Bagi memastikan anak anda dapat melayari zaman awal kanak-kanak yang seimbang juga, kesihatan mereka perlulah sentiasa terjaga. Kanak-kanak yang sihat dapat belajar dan bermain dengan lebih baik. Jadi, amat penting untuk anda menyokong perkembangan anak anda dengan nutrisi yang sesuai dengan umur mereka.
Bercakap tentang keseimbangan, jika anda sedang mencari nutrisi optimum dan seimbang* untuk si kecil anda, cubalah Morinaga Chil-kid!
Morinaga Chil-kid memberikan nutrisi optimum dan seimbang* untuk si kecil anda.
Untuk pengetahuan anda, Morinaga Chil-kid merupakan susu tumbesaran kanak-kanak rumusan Jepun yang disokong oleh Institut R&D Morinaga di Jepun dengan sejarah inovasinya yang menjangkau lebih 100 tahun.
Morinaga Chil-kid menjadi pilihan ibu-ibu di Asia kerana kualitinya yang terbukti. Contohnya, susu formula ini dihasilkan dan dipek 100% di kilang tersendiri di Belanda, menjalani pemeriksaan produk yang ketat dan diperiksa dua kali sebelum dieksport ke Malaysia.
Ia diformulasikan dengan nisbah seimbang lebih 45 nutrien penting seperti AA, DHA, GOS, Nukleotida, Omega 3&6 LCP, dan 27 nutrien utama untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan optimum kanak-kanak.
Ayuh Cuba Morinaga Chil-kid Hari Ini!
Ingin mencuba sendiri kebaikan Morinaga Chil-kid seperti yang kami sebutkan di atas? Dapatkan pek percubaan Morinaga Chil-kid 600g berharga RM20 sahaja di sini!
Kanak-kanak yang melalui zaman kanak-kanak yang sihat dan seimbang didapati lebih cemerlang apabila dewasa kelak. Semuanya bergantung kepada keseimbangan dalam setiap aspek kehidupan sepanjang proses pembesaran.
Teknologi tidak akan menjadi satu gangguan apabila anda menetapkan batasan teknologi yang betul untuk anak anda. Penuhkan hari-hari mereka dengan memori indah dan pastikan kesihatan dan kesejahteraan mereka terjaga dengan keperluan nutrisi yang sesuai dan pemakanan seimbang.
Rujukan:
- https://www.healthychildren.org/English/family-life/Media/Pages/Tips-for-Parents-Digital-Age.aspx
- https://anitacleare.co.uk/positive-parenting-in-the-digital-age/
*Harus disertakan dengan nutrisi sebenar dari makanan pelengkap.
*HCCFN (2017). Pengambilan Nutrien yang disyorkan di Malaysia. Laporan oleh Kumpulan Kerja Teknikal Terhadap Garis Panduan Nutrisi. Ahli Jawatankuasa Penyelaras Pemakanan dan Nutrisi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!