X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

5 Kelakuan Si Ayah Yang Paling Cepat Anak Tiru, Hati-Hati Ya Ayah! Ada Yang Memerhati...

4 min bacaan
5 Kelakuan Si Ayah Yang Paling Cepat Anak Tiru, Hati-Hati Ya Ayah! Ada Yang Memerhati...

Anak paling suka ayah biasanya. Jadi kelakuan ayah memang jadi perhatian dan paling cepat ditiru oleh anak.

Ayah ibarat idola anak-anak. Jadi apa saja kelakuan yang akan buat, anak pasti akan suka saja nak ikut. Malah tidak perlu diajar, dia lihat saja dia boleh ikut.

Sebab itulah si ayah ini perlu pastikan yang mereka sentiasa beringat dan menjaga perangai serta kelakuan masing-masing kerana dikhuatiri terlepas laku, anak-anak pula mengikut yang tidak baik.

Jadi disebabkan itu ayah perlu sentiasa jaga kelakuan dan tingkah laku supaya anak tidak terikut-ikut perkara tidak baik yang mungkin kita dalam tidak sedar tertunjuk kepada mereka.

Kelakuan ayah yang paling mudah anak tiru!

Kelakuan

Kadang kala kita rasa anak tak perasan pun, tapi sebenarnya mereka serap saja. Jangan lupa ya, anak-anak ini seperti span. Mereka menyerap dengan sangat baik apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Jadi jangan salah langkah, buruk padahnya nanti. Bukan salah anak jika dia terlihat sesuatu yang tidak baik kita buat, salah kita yang tidak tahu menjaga kelakuan. 

Jadi apakah perangai atau kelakuan yang paling mudah anak tidur dan ikut?

Kelakuan

Jadi kelakuan yang manakah yang paling mudah anak tidur daripada si ayah?

#1. Layanan anda pada ibunya

Cara layanan anda pada ibunya. Jika anda suka bercakap kasar dengan isteri, tak mustahil anak akan jadi sama juga seperti anda kerana dia rasakan itulah yang terbaik.

Sebab apa? Sebab ayah buat. Apa ayah buat semuanya baik. Jadi disebabkan itu anak akan ikut jejak langkah anda. Jika mahu anak menghormati ibunya, anda sebagai ayah perlu juga menghormati ibunya.

Jangan tinggi suara dengan isteri terutama sekali di hadapan anak anda. Jangan pelik jika anak tinggi suara pada ibunya jika anda yang selalu beri contoh tak baik.

#2. Cara anda uruskan wang

Kelakuan

Jika anda jenis berhutang, membelanjakan wang dengan tidak berhemah, jangan terkejut jika anak anda pun sana. Perangai itu boleh terbawa-bawa hingga dewasa.

Mereka juga akan melihat sama ada anda jenis pemurah kepada orang memerlukan atau sebaliknya. Adakah anda suka menyimpan dan sebagainya.

Jika mahu anak pandai urus wang dan tidak membazir kepada perkara tidak perlu, tunjukanlah contoh yang baik kepada anak anda. 

#3. Layanan anda pada orang lain

Jika anda sentiasa menggunakan orang untuk keuntungan anda sendiri, atau sentiasa memperlekehkan atau menganiaya orang yang anda temui perkara sama anak anda mungkin buat.

Jika anda melayan pelayan atau juruwang bank secara tidak baik dan seolah-olah menghina anak anda akan ikut perangai tak elok itu. Jadi bagaimana tidak suka pun anda jika pelayan buat salah dan sebagainya, berfikir dulu sebelum bertindak yang aneh-aneh.

Ada mata yang memerhatikan anda. 

#4. Kepatuhan anda kepada undang-undang

Jika anda seorang yang suka melanggar peraturan, tidak mustahil anak anda boleh juga jadi begitu. Jika anda suka langgar lampu merah, memandu laju, sering potong barisan, jangan terkejut jika anak anda buat perkara begitu.

Jadi, jadilah orang yang patuh pada undang-undang. Tunjuklah contoh yang baik kepada anak-anak. 

Jika anda suka buang sampah merata-rata, tak mustahil anak akan ulang perkara sama kerana anak merasakan jika ayah boleh buat, pasti tidak salah. 

#5. Disiplin anda

Adakah anda seorang yang berdisiplin? Anak akan lihat ini. Jangan ingat dia masih kecil dia tak faham ya. Anak serap saja apa yang dia lihat dan dia hadam.

Jadi memang tak pelik ayah yang tidak berdisiplin juga akan membentuk anak yang tidak berdisiplin. Tak pelik jika anda suka pergi kerja lewat, anak juga akan suka pergi sekolah lewat dan tidak mematuhi waktu.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

Ini kerana idolanya juga begitu. Jadi jika mahu anak ikut berdisplin, pastikan anda juga jadi orang yang berdisiplin. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Bosan Makan Bubur? Cuba 10 Resepi Ini, Confirm Buka Selera Si Manja

Baca juga: Elak Jadi Ibu Ayah Toksik, Ini Cara Mendidik Anak Umur 7 Tahun Menurut Ajaran Islam

Baca juga:  5 Cara Amat Berkesan Tenangkan Anak Yang Sedang Meltdown

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • 5 Kelakuan Si Ayah Yang Paling Cepat Anak Tiru, Hati-Hati Ya Ayah! Ada Yang Memerhati...
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

    Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

    Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham