TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Ini Kongsi Cara Mendidik Anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain Bermula Dari Rumah

4 min bacaan
Ibu Ini Kongsi Cara Mendidik Anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain Bermula Dari Rumah

Cara mendidik anak mungkin berbeza bagi setiap ibu ayah. Namun hal yang paling penting adalah menerapkan nilai-nilai murni seawal usia mereka

”Melentur buluh biarlah dari rebungnya,” inilah pepatah Melayu bagi menunjukkan bahawa cara mendidik anak yang terbaik perlu bermula ketika mereka masih kecil. 

Banyak kes yang berlaku pada hari ini disebabkan oleh kegagalan ibu ayah dalam memainkan peranan dengan baik. Kesudahannya, anak menjadi terlalu manja sehingga berani naik kepala.

Baca juga: Tegur Anak Bila Dia Rampas Barang @ Ambil Barang Orang Supaya Tidak Jadi ‘Raja’ Bila Besar

Cara mendidik anak untuk sentiasa berbuat baik terhadap orang lain

cara mendidik anak berbuat baik

credit to sources

Zaman kini amat jauh berbeza dengan dahulu. Kesan globalisasi menyebabkan anak lebih cepat matang dan sesetengahnya hilang sifat rasa hormat, kasih sayang sesama adik beradik serta bersikap pentingkan diri sendiri;.

Sebab itulah pentingnya ibu ayah mengetahui cara mendidik anak-anak berbuat baik terhadap orang lain sejak kecil lagi kerana mereka cerminan kepada diri kita.

#1. Ajarkan sifat suka berkongsi dengan orang lain

Sifat kedekut dalam diri anak kecil adalah sesuatu perkara yang normal. Menurut perkongsian seorang ibu, Ana Suhana, dia menyedari sifat ini terserlah ketika anak lelakinya berusia 3 tahun tidak mahu berkongsi barang-barang mainan dengan sepupu yang lain.

Justeru Suhana cuba mengambil pendekatan dengan mengajak anak belanja atau berkongsi apa yang dia suka atau sayang dengan orang lain. Dari situlah dia dapat melihatkan sendiri betapa bahagianya bila dapat menggembirakan orang lain. 

#2. Latih sifat ringan tulang di rumah

cara mengajar anak

credit to sources

Perkara asas dalam mendidik si manja hendaklah bermula dari dalam rumah kita sendiri. Sebenarnya ada banyak cara yang boleh anda latih anak-anak melakukan kebaikan seperti melibatkan diri si manja dengan kerja rumah.

Bila bangun sahaja tidur, ajar anak kemas katil dan setelah siap makan, ajar mereka untuk basuh pinggan dan cawan. Manakala apabila rumah bersepah, ajarkan mereka bantu mengemas mengikut kemampuan usianya. Apabila terbiasa dengan rutin ini, anak-anak akan lebih memahami maksud tanggungjawab.

#3. Tunjukkan contoh yang baik

Ramai ibu ayah menginginkan anak menjadi seorang yang terbaik, sedangkan anda sendiri gagal menunjukkan teladan buat keluarga. Sememangnya tiada yang sempurna, namun cukuplah anda dan pasangan berkomunikasi dengan lemah lembut, bersikap sopan serta saling berkasih sayang.

Bila dibesarkan dalam rumah dengan aura positif, ini secara tidak langsung memberikan kesan yang baik terhadap keperibadian anak-anak.

#4. Pupuk rasa hormat terhadap haiwan

cara mengajar anak berbuat baik

credit to sources

Berbuat baik tidak hanya terhad kepada manusia sahaja, ibu ayah juga kena ajar anak-anak agar mempunyai rasa kasih dan hormat pada binatang di dunia ini. Sekiranya tidak diajar, kes penderaan haiwan akan meningkat pada masa hadapan.

Dalam hal ini, anda boleh sesekali bawa anak ke taman haiwan atau zoo yang membolehkan mereka berasa dekat, mengenali jenis binatang dan menyentuhnya. Jika berkesempatang, didik anak untuk beri makan seperti gajah, zirafah atau arnab.

#5. Menjaga alam sekitar

Nampak macam mudah, tapi sebenarnya tidak semua orang mampu buat. Sebab itulah anda dapat melihat ada sesetengah ibu ayah membuang sampah dari kenderaan, meninggalkan lampin anak di tepi-tepi jalan, malah ada juga jenis tinggalkan sisa makanan begitu sahaja di kawasan rehat dan rawat (RNR).

Sikap sebegini sebenarnya akan ‘diwarisi’ oleh anak apabila dewasa kelak kerana mereka melihat ibu ayah melakukan perkara yang sama tanpa rasa bersalah. 

Jadi anda perlulah mengelakkan diri melakukan perbuatan tersebut. Terapkan rasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar dengan membuang sampah ke dalam tong sampah. Ibu ayah juga boleh melibatkan mereka dengan aktiviti gotong-royong di kawasan rumah atau pantai.

Ajarkan juga kepada anak untuk beri barangan peribadi yang masih elok kepada golongan memerlukan. Misalnya Suhana ajar anaknya beri kasut dan pakaian masih cantik kepada jiran sebelah rumah.

Kesimpulannya tidak susah untuk mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak bermula ajaran dari rumah. Ibu ayah hendaklah sentiasa bekerjasama serta konsisten melakukan kebaikan setiap hari.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Sumber: Ana Suhana

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Bapa Borek, Anak Rintik”- Ayah Jangan Macam-Macam, Anak Ikut Tingkah Laku Anda!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ibu Ini Kongsi Cara Mendidik Anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain Bermula Dari Rumah
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham