X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Wahai Suami, Tiada Isteri Yang Diciptakan Sempurna, Hargailah Setiap Pengorbanannya

4 min bacaan
Wahai Suami, Tiada Isteri Yang Diciptakan Sempurna, Hargailah Setiap Pengorbanannya

Ketika bercinta, semuanya kelihatan indah. Namun, setiap manusia pastinya tidak sempurna. Justeru, jangan berubah hati dan terima setiap kekurangan pasangan

Dalam mengharungi alam rumah tangga, pastinya akan berhadapan pelbagai suka duka dan onak duri. Namun, setiap hubungan adalah tidak sempurna, kekurangan yang ada perlulah saling dilengkapi dengan kelebihan pasangan.

Mungkin ketika zaman percintaan dahulu, anda hanya melihat keindahan dari luaran sahaja. Sekiranya hati ikhlas menerima dan mencintai, kekurangan pasangan bukanlah menjadi suatu penghalang untuk anda menggapai kebahagiaan.

Isteri tidak sempurna 

Bagi segelintir lelaki, pastinya anda menginginkan pendamping hidup yang terbaik, cantik dan berbudi pekerti. Namun, harus ingat bahawa keinginan nafsu akan mendorong hubungan menjadi rumit.

Sekiranya setiap kelemahan isteri sering dipertikaikan, suami mula hilang rasa bersyukur dengan anugerah yang dimiliki dan mungkin kadang-kadang anda sendiri tidak memahami kemahuan diri.

isteri tidak sempurna

Menurut perkongsian salah seorang pengguna Facebook, Firdaus Shakirin, setiap lelaki yang sentiasa bersyukur dan memiliki seorang isteri, dia akan berusaha memberikan yang terbaik.

”Sikap untuk meneruskan kehidupan bersama isteri dan anak-anak membuatkan suami lebih bersemangat untuk mencari nafkah tanpa merumitkan keadaan,”

Tambahnya lagi, setiap lelaki diibaratkan ketua nakhoda. Sekiranya anda berjaya menentukan arah yang ingin ditujui, pastinya tidak akan mengubah haluan kerana matlamat utama hanya untuk sampai ke destinasi walaupun berdepan ombak besar.

Dalam hal ini, tanggungjawab sebagai seorang suami yang baik adalah memahami hala tuju kehidupan masa akan datang dan tahu bahawa kebahagiaan tidak akan datang secara bergolek.

”Lelaki sepatutnya berhenti untuk mencari yang lain selepas sudah memiliki wanita yang diinginkan selama ini. Belajar untuk bersyukur dan menghargai setiap perkara dilakukan oleh isteri,”

”Hidup ikut hati, mati dan ikut rasa akan binasa. Keinginan hati yang melonjak akan menguji kesetiaan serta kesabaran. Bermula titik ini, anda akan mula berpendapat bahawa isteri semakin kurang menarik,” katanya.

Wanita serba boleh

pasangan tidak sempurna

foto: sinar harian

”Ada orang dapat isteri yang pandai memasak, ada orang dapat isteri yang tahu menjahit, ada orang dapat isteri yang berdikari, ada orang dapat isteri yang rajin mengemas dan ada orang yang dapat isteri pendiam, tidak banyak cakap,” 

”Tidak semua lelaki akan memiliki seorang isteri yang mempunyai pakej lengkap atau lebih dikenali sebagai sempurna. Mungkin kelebihan di sini, namun ada kekurangan di bahagian lain,” kongsi Firdaus.

Tambahnya lagi, para suami yang mengimpikan isteri boleh melakukan pelbagai perkara adalah tidak salah, namun perlulah berpaksikan dengan realiti.

Walau bagaimanapun perangai seorang isteri, sebagai seorang suami bertanggungjawab perlu tetap menjalankan tugas serta kewajipan sebagai ketua keluarga.

”Anda tidak boleh hanya mampu menghulurkan duit, tetapi urusan keluarga sepenuhnya dilepaskan kepada isteri. Tidak boleh terlalu rajin bekerja, tetapi soal hati isteri tidak diambil peduli,” pesannya.

Tabiat segelintir para suami yang hanya goyang kaki di rumah ketika waktu cuti sambil bermain telefon sebenarnya telah menambah beban terhadap isteri.

Mana tidaknya, kudrat seorang wanita amat terhad dalam menguruskan segala hal seperti membersihkan dapur, memasak, melayan anak, mengemas rumah dan melipat kain baju. 

Suami sebagai ketua keluarga

setiap orang tidak sempurna

”Sebab itulah seorang lelaki dipanggil sebagai ketua keluarga. Anda adalah suami, ayah dan bertanggungjawab memimpin keluarga. Justeru, tugas dan tanggungjawab suami adalah lebih berat berbanding isteri,”

”Tidak boleh lepas tangan untuk isteri ambil alih tugas anda kerana ia akan membebankan isteri. Berdosa tu, anda perlu faham tugas dan kewajipan yang perlu dilaksanakan kerana seluruh keluarga adalah amanah dari Allah S.W.T,” ujar Firdaus.

Tambahnya, selagi seseorang lelaki bertanggungjawab sebagi suami, maka selagi itulah anda perlu menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan.

Stories Rakan Kongsi
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Boost Your Child’s Nutrient Absorption With These 6 Smart Ways
Boost Your Child’s Nutrient Absorption With These 6 Smart Ways
Through The Lens of Star Students
Through The Lens of Star Students
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?

”Tidak semua perempuan meminta hidup dalam kemewahan kerana masih lagi ada wanita yang boleh hidup secara bersederhana,”

”Isteri sanggup menerima kehidupan serba kekurangan dan tidak pernah memaksa anda memenuhi permintaan mereka asalkan dia sudah memiliki suami yang bertanggungjawab,” katanya

Disebabkan oleh segala keikhlasan ini hanya ditutup mata oleh isteri, kebanyakan para lelaki dilihat semakin pupus untuk sentiasa menghargai pasangan hidup masing-masing.

Cara menjadi seorang lelaki bertanggungjawab

Kongsi Firdaus, seorang lelaki yang bertanggungjawab akan berusaha untuk menyediakan segala keperluan mengikut kemampuannya setiap bulan, mengambil berat perkara yang dilakukan oleh isteri serta sering memperbaiki kehidupan keluarga ke arah lebih baik.

”Kekurangan bukanlah satu penghalang untuk bahagia kerana anda tidak perlu ada serba serbi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. 

”Setiap lelaki hanya perlu ada sekeping hati yang memiliki keinginan untuk melakukan yang terbaik untuk org yang tersayang,” pesannya.

Sumber: Firdaus Shakirin

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Wahai Suami, Tiada Isteri Yang Diciptakan Sempurna, Hargailah Setiap Pengorbanannya

Baca juga:

Kenapa Suami Mudah Curang Ketika Isteri Sedang Mengandung? Apa Salah Kita?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Wahai Suami, Tiada Isteri Yang Diciptakan Sempurna, Hargailah Setiap Pengorbanannya
Kongsikan:
  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham