X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Elak Jadi Ibu Ayah Toksik, Ini Cara Mendidik Anak Umur 7 Tahun Menurut Ajaran Islam

4 min bacaan
Elak Jadi Ibu Ayah Toksik, Ini Cara Mendidik Anak Umur 7 Tahun Menurut Ajaran IslamElak Jadi Ibu Ayah Toksik, Ini Cara Mendidik Anak Umur 7 Tahun Menurut Ajaran Islam

Anak dah makin besar, ibu ayah makin buntu nak tackle mereka? Kali ini kami kongsikan cara mendidik anak umur 7 tahun untuk panduan semua.

Memupuk disiplin anak bukan suatu perkara yang boleh dibuat dalam masa sehari dua. Ia adalah sesuatu yang mungkin akan mengambil masa agak lama. Kali ini kami kongsikan trik disiplinkan anak menurut ajaran Islam. Bagaimana cara mendidik anak umur 7 tahun menurut ajaran Islam?

Apa yang penting ibu ayah jangan putus asa dan sentiasa berusaha mendisiplinkan anak supaya mereka menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Persoalannya, semakin dunia menjadi moden, banyak kaedah mendisiplinkan anak yang sudah tidak relevan dengan peredaran masa, ada yang memang langsung tidak kena dengan masa kini. Namun, ada beberapa cara mengikut Islam yang tentunya masih relevan hingga sekarang yang mungkin boleh digunakan ibu bapa.

Cara mendidik anak umur 7 tahun menurut ajaran Islam

Ada beberapa cara mengikut Islam yang tentunya masih relevan pada masa kini yang mungkin boleh ibu ayah di luar sana gunakan. Bak kata pepatah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung pun tidak bersepah. Umur 7 tahun boleh dianggap permulaan umur kepada didikan yang lebih tegas. Namun, dalam ketegasan perlulah berhikmah. 

Mendisiplinkan anak ini bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi ia tidak mustahil jika ibu ayah buat dengan cara yang betul.

#1. Elak guna perkataan 'jangan'

Cara mendidik anak umur 7 tahun

Perasan tak, bila kita guna perkataan jangan, kadang kala makin galak lagi anak buat perangai. Lagi-lagi pada usia 7 tahun ini. Bagai disuruh-suruh pula mereka ini. Jadi kita pun mulalah naik angin.

Tapi mengikut pakar psikologi, anda perlu ubah perkataan atau ayat yang ada jangan itu dengan ayat lain kerana psikologi manusia kadang kala memang suka kepada perkara yang dilarang kerana mereka nak tahu sebab dan akibat jika mereka buat.

Disebabkan itu, elak guna jangan jika anda mahu melarang anak berbuat sesuatu yang anda tidak gemari. Gunakan pendekatan psikologi yang akan lebih menarik mereka.

#2. Puji anak depan orang lain

Cara mendidik anak umur 7 tahun

Anak 7 tahun dah bijak. Mereka boleh faham apa yang anda buat dan perkatakan. Bila anak buat baik, ada ibu bapa yang selalu saja tidak mahu puji mereka. Malah ada yang kata nak tunjuk baik lah tu. Tolong jangan jadi ibu bapa toksik.

Bila anak buat baik, puji mereka tidak kiralah di hadapan orang dan sebagainya. Ia ibarat suatu signal bahawa perbuatan baik itu memang disukai.

Jangan down kan anak dengan perbuatan toksik yang mana anda bangga dengannya tetapi tidak mahu tunjuk kepada mereka. Bila anak kita berkelakuan baik, puji dia.

Bila balik kampung atau sedang berada di rumah kawan sebagai tetamu, puji depan semua orang. Ini akan buat dia bangga dan rasa dihargai. Tunjukkan kemesraan, peluk anak selalu. Banyak kelebihan memeluk anak.

#3. Elak pukul anak

Jangan biasakan diri pukul anak. Sikit-sikit nak pukul. Jika ingin pukul sekalipun, pukul perlahan sahaja, sekadar untuk menyedarkan anak. Kawasan pukulan yang dibenarkan pula, bahagian kaki, paha ke bawah sahaja.

Anak belajar daripada ibu bapa, jadi hati-hati ya.

#4. Banyak tambah ilmu keibubapaan & perkembangan anak

Cara mendidik anak umur 7 tahun

Memahami perkembangan anak akan membantu anda memahami anak anda. Mereka bukan si dewasa kecil yang perlu ikut segalanya yang dimahukan oleh orang dewasa.

Mereka anak kecil yang ada kemahuan dan keinginan sendiri. Belajar setiap perkembangan anak akan menjadikan anda lebih faham dengan mereka.

Lebih-lebih lagi zaman sekarang yang penuh dengan cabaran. Anak lebih terdedah dengan gajet dan sebagainya. Jadi perlu kenali mereka dengan sebaiknya supaya pendekatan yang digunakan sesuai dengan peredaran zaman.

#5. Gunakan sistem ganjaran

reward system adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk mengalakkan anak buat baik dan sentiasa menjaga perangai mereka. Bila mereka buat perangai boleh juga guna sistem time out. Tetapi pastikan ia sesuai dengan usia mereka.

Sebagai contoh, jika buat time out, jangan terlalu lama. Jika anda nak buat silent treatment boleh buat tetapi jangka masa itu biarlah kena dengan usia anak.

Yang disyorkan adalah 1 minit untuk setiap peningkatan umur. Ia bermakna, umur setahun 1 minit dah bertambah mengikut usianya. Jadi kalau 7 tahun 7 minit sudah memadai jika anda mahu buat time out.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba

Stories Rakan Kongsi
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba

Baca juga: Konflik Dalam Perkahwinan Itu Biasa, Anda Hanya Perlu Bijak 'Tackle' Pasangan

Baca juga: Ibu Ayah Amalkan Doa Untuk Bayi Baru Lahir Ini, Anak Mudah Tidur & Elak Gangguan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Elak Jadi Ibu Ayah Toksik, Ini Cara Mendidik Anak Umur 7 Tahun Menurut Ajaran Islam
Kongsikan:
  • Ini Beberapa Cara Untuk Bermain Dengan Bayi Baru Lahir 0-3 Bulan Buat Ibu Ayah Praktik. Mudah Je!

    Ini Beberapa Cara Untuk Bermain Dengan Bayi Baru Lahir 0-3 Bulan Buat Ibu Ayah Praktik. Mudah Je!

  • Jenis Ruam Bayi Yang Biasa Berlaku Pada Bayi Baru Lahir, Ibu Ayah Please Take Note!

    Jenis Ruam Bayi Yang Biasa Berlaku Pada Bayi Baru Lahir, Ibu Ayah Please Take Note!

  • 10 Kata Positif Yang Perlu Ibu Ucap Selalu Pada Anak, #8 Paling Bermakna Buat Mereka

    10 Kata Positif Yang Perlu Ibu Ucap Selalu Pada Anak, #8 Paling Bermakna Buat Mereka

app info
get app banner
  • Ini Beberapa Cara Untuk Bermain Dengan Bayi Baru Lahir 0-3 Bulan Buat Ibu Ayah Praktik. Mudah Je!

    Ini Beberapa Cara Untuk Bermain Dengan Bayi Baru Lahir 0-3 Bulan Buat Ibu Ayah Praktik. Mudah Je!

  • Jenis Ruam Bayi Yang Biasa Berlaku Pada Bayi Baru Lahir, Ibu Ayah Please Take Note!

    Jenis Ruam Bayi Yang Biasa Berlaku Pada Bayi Baru Lahir, Ibu Ayah Please Take Note!

  • 10 Kata Positif Yang Perlu Ibu Ucap Selalu Pada Anak, #8 Paling Bermakna Buat Mereka

    10 Kata Positif Yang Perlu Ibu Ucap Selalu Pada Anak, #8 Paling Bermakna Buat Mereka

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.