X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kesan Kanak-Kanak Terlalu Didedahkan Kepada Gadget

7 min bacaan
Kesan Kanak-Kanak Terlalu Didedahkan Kepada Gadget

Pendedahan terhadap gadget secara berpanjangan akan memudaratkan jika penggunaan tidak dikawal. Ini kesan gadget pada anak yang ibu perlu tahu!

Telefon pintar, tablet, komputer serta pelbagai lagi gadget yang wujud pada masa kini menjadi alat yang paling kerap digunakan oleh segenap lapisan masyarakat saban hari.

Telefon pintar merupakan gajet wajib untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil untuk mengelakkan mereka mengganggu ibu bapa yang sedang sibuk atau sebagai hiburan harian untuk si kecil sehinggakan kita merasakan ia adalah benda paling wajib untuk membantu mententeramkan anak-anak kecil.

Sebagai kesimpulan, adakah penggunaan telefon pintar dan gadget elektronik boleh dipersalahkan? Jawapan ringkasnya adalah “ya”.

1. Dr, apakah kesan gadget pada anak paling utama?

kesan gadget pada anak

Pendedahan dan amalan menggunakan gadget dan teknologi lain secara berpanjangan akan memudaratkan jika penggunaan yang berlebihan tidak dikawal.

Kesan gadget pada anak adalah mereka akan berhadapan dengan masalah obesiti dan penglihatan kerana kurangnya pergerakan disebabkan banyak bertumpu kepada paparan skrin pada tablet.

Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan gajet yang berlebihan boleh menyebabkan kesan negatif terhadap fizikal dan mental kanak-kanak tersebut contohnya seperti kelewatan perkembangan pertuturan, kemahiran komunikasi dan sosial terjejas, kurang interaksi antara ibu bapa dan kanak-kanak, keresahan, kemurungan, pendedahan awal kepada kandungan negatif, ketagihan dan lain-lain.

Kanak-kanak menggunakan gajet biasanya akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kandungan yang mereka lihat dan biasanya tidak menitikberatkan postur tubuh mereka serta menjaga jarak antara mata mereka dari skrin.

Ini secara langsung akan memberi kesan negatif kepada badan serta penglihatan mereka.

2. Apakah kesannya kepada mata/kegemukan/kurang khasiat kepada kanak-kanak tersebut?

Penggunaan gajet yang tidak dikawal boleh membawa kepada banyak kesan negatif , di antaranya adalah:

Kesihatan mata

Laraskan kecerahan cahaya pada skrin peranti supaya ia selesa untuk kanak-kanak untuk melihat dan mengurangkan ketegangan pada mata. Lapisan anti-reflektif pada cermin mata atau atas skrin boleh membantu mengurangkan cahaya skrin yang terlalu cerah.

Warna biru dari skrin boleh menyebabkan kerosakan pada retina mata dan ini boleh dikurangkan dengan menggunakan lapisan penuras warna biru pada skrin.

Kanak-kanak juga dinasihatkan untuk mendapatkan rehat yang kerap di antara penggunaan gajet: Mereka dinasihatkan untuk mengikuti peraturan “20-20-20” : Selepas setiap 20 minit, rehatkan mata daripada memandang skrin dan melihat sekurang-kurangnya 20 kaki ke hadapan untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 saat.

Ini bagi merehatkan mata serta meregangkan otot mata. Pada masa yang sama ia juga adalah masa yang terbaik untuk berdiri, berjalan serta melakukan senaman ringkas bagi melegakan otot yang kurang bergerak. 

Dari segi kesihatan

kesan gadget pada anak

Secara amnya, kesan gadget pada anak adalah jika kanak-kanak kurang melakukan pergerakan, pasti berat badan akan mula bertambah kerana kurangnya pembakaran kalori.

Ini kerana kanak-kanak terbabit terlalu asyik bermain gajet sehinggakan mereka kurang menjalankan aktiviti di luar rumah atau pergerakan fizikal lain. Obesiti ini seterusnya akan meningkatkan risiko kanak-kanak tersebut untuk mendapat penyakit metabolik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Kanak-kanak lebih cenderung untuk menjadi obesiti akibat ketagihan layari laman web sosial dan permainan komputer. Hal ini disebabkan kanak-kanak tidak lagi suka begerak atau bersenam malah sanggup makan di depan komputer untuk mempastikan tumpuan mereka pada skrin tidak terganggu.

Lebih memburukkan lagi keadaan, disebabkan kelekaan bermain gajet, kanak-kanak tidak menghiraukan waktu tidur mereka untuk mendapatkan rehat yang cukup.

Pergerakan fizikal banyak memberikan manafaat kepada kanak-kanak seperti meningkatkan tahap kecergasan serta membantu kanak-kanak untuk saling berinteraksi sesama mereka bagi membentuk hubungan sosial yang lebih baik.

Mewujudkan Sikap Malas

Kebiasaannya permainan komputer adalah mengasyikkan dan mengambil masa yang lama untuk dihabiskan. Ini boleh mewujudkan sikap malas dan mengakibatkan kanak-kanak lebih tertumpu kepada permainan mahupun gajet masing-masing.

Kesan gadget pada anak boleh dilihat di mana mereka menjadi ketagih sehinggakan banyak masa yang sepatutnya dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran diabaikan begitu sahaja.

Kurang Aktiviti Luar & Leka Pada Dunia Maya

Melayari internet secara berlebihan juga menyebabkan kanak-kanak suka duduk bersendirian sepanjang masa. Penggunaan laman web sosial mengurangkan interaksi secara bersemuka.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Golongan muda tidak lagi suka berbicara secara berdepan dan menyebabkan mereka tidak sensitif dengan perasaan, tidak endah reaksi rakan dan orang lain.

Remaja yang ketagihan permainan atas talian atau gajet akan menghabiskan banyak masa di alam maya dan menjadikan mereka obses dengan komputer. Remaja tersebut akan kurang melakukan aktiviti luar dan fizikal. Keadaan ini akan mendedahkan remaja kepada masalah psikologi dan juga masalah kesihatan mental.

Ketagihan Permainan Komputer

kesan gadget pada anak

Ketagihan ini sudah tentu memberikan impak yang negatif. Remaja akan menghabiskan masa yang banyak di komputer dan juga bersosial secara maya dengan gajet masing-masing.

Masa dan tempat tidak lagi menjadi isu asal sahaja ada capaian internet maka ketagihan terhadap permainan mahupun bersosial akan dilakukan demi melepaskan ketagihan.

Lama kelamaan ini akan menjadi rantaian kehidupan dan ketagihan terhadap permainan atas talian tidak dapat elakkan. Masa berharga hanya dibiarkan berlalu demi ketagihan gajet. Ini adalah impak yang amat tidak baik kepada remaja.

Malam hari dihabiskan dengan melayari internet dan ini akan memburukkan lagi keadaan bahkan boleh menyebabkan remaja mengalami masalah kesihatan.

3. Pada pandangan Dr, bagaimana kaedah pengurusan agar kanak-kanak tidak ketagih dengan gajet?

Sentiasa aktif melakukan sesuatu. Misalnya aktiviti-aktiviti luar, galakkan kanak-kanak bermain di luar rumah dengan kawan-kawan dan adik-beradik mereka. Mereka juga boleh menghirup udara segar dan melakukan senaman bersama-sama, dan belajar untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan kanak-kanak lain.

Kanak-kanak juga digalakkan untuk mencuba hobi baru atau melakukan aktiviti di dalam rumah bersama-sama kawan-kawan yang lain.

Ibu bapa perlu mengawal aktiviti harian anak-anak mereka, kurangkan ketagihan gajet serta pantau keadaan mereka dari semasa ke semasa. Antaranya adalah dengan mengehadkan masa penggunaan gajet selama 1-2 jam setiap hari serta tidak dibenarkan menggunakan gajet ketika bersama ahli keluarga dan ketika makan.

Kesan Kanak-Kanak Terlalu Didedahkan Kepada Gadget

Ibu bapa tidak perlu sentiasa menggunakan gajet sebagai pengganti pengasuh. Gajet diberi untuk memastikan anak yang sibuk manakala ibu bapa cenderung melakukan kerja-kerja mereka atau aktiviti-aktiviti lain. 

Penggunaan gajet secara keterlaluan dan berterusan akan memberi kesan negatif kepada perkembangan emosi dan sahsiah kanak-kanak jika tidak dikawal. Ia juga akan menyebabkan kanak-kanak berada dalam kelompok dunia sendiri (virtual autism) menyebabkan mereka bersikap antisosial.

Penggunaannya gajet perlu untuk tujuan akademik tetapi bukanlah sebagai pengganti interaksi kehidupan sosial manusia.

4. Apakah mempunyai perbezaan yang ketara antara pendedahan gajet keterlaluan dgn kanak-kanak dgn kelompok kumpulan lain?

Perbezaan yang ketara adalah dari segi hubungan antara ibu bapa dan anak-anak, sesama rakan sebaya dan juga dari segi fokus pembelajaran. 

Bagi mereka yang terlalu banyak menghabiskan masa bersama gajet, kesan gadget pada anak adalah mereka lebih mudah tercicir dari segi pembelajaran kerana banyak masa yang diluangkan hanya kepada permainan alam maya dan melayari video-video yang tidak berfaedah.

Ia juga menyebabkan tubuh badan mereka kurang bergerak dan antara kesannya adalah menjadikan minda tidak cergas. Berbanding dengan kanak-kanak yang kurang menggunakan gajet, mereka lebih banyak meluangkan masa yang berkualiti dan kurang mendapat masalah mata dan berat badan.

Penggunaan internet dan kebergantungan kepada gajet tanpa kawalan boleh mengakibatkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.  Sedar atau tidak, permainan komputer ini boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada seseorang individu tidak kiralah kesan negatif atau positif.

5. Apakah perlu kanak-kanak didedahkan dengan gadget meskipun secara sederhana?

Kesan Kanak-Kanak Terlalu Didedahkan Kepada Gadget

Tidak semua kesan gadjet adalah negatif. Dalam era moden ini, adalah tidak praktikal untuk menghentikan diri kita sendiri atau anak-anak kita daripada menggunakan gadjet. Oleh itu, ia adalah penting bahawa kita harus cuba untuk mengurangkan kesan alat-alat ini pada anak-anak kita. 

Jika didedahkan terlalu awal dan dalam tempoh yang lama terhadap gajet, ia akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan.

Adalah dinasihatkan agar kanak-kanak di bawah umur 2 tahun tidak didedahkan dengan penggunaan gajet sama sekali. Kanak-kanak di antara umur 2-5 tahun boleh dibenarkan menggunakan gajet dalam jangkamasa yang terkawal iaitu 1-2 jam sahaja setiap hari.

Adalah sangat penting untuk ibu bapa dan penjaga untuk mewujudkan gaya hidup yang seimbang yang sihat untuk anak-anak mereka terutama sejak usia muda. Ini adalah sangat penting agar ibu bapa dapat melatih anak-anak yang boleh berdikiri dewas kelak.

Penggunaan gajet yang berlebihan boleh memudaratkan. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan gajet yang terlalu lama boleh menyebabkan kesan negatif fizikal dan mental.

Contohnya seperti kelewatan pertuturan, kurangnya aktiviti sosial serta tiada kemahiran untuk berkomunikasi, kurang interaksi antara ibu bapa dan kanak-kanak, keresahan, kemurungan, pendedahan awal kepada kandungan negatif, ketagihan dan lain-lain.

Pastikan segala penggunaan dalam keadaan atau tempoh masa yang sederhana.

Kesan Kanak-Kanak Terlalu Didedahkan Kepada Gadget

Sumber: Artikel ini ditulis oleh Dr Ahmad Bazli Bin Mohamad, Pakar Perunding Kanak-kanak dari Pantai Hospital Laguna Merbok

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ibu ini berjaya buat anak takut dengan gadget. Ibu setuju tak dengan caranya?

Baca juga:  Cara untuk mendidik anak-anak yang telah ketagih gadget

Baca juga: Anak kecil ini terkena sawan kerana asyik main gadget iPadnya! Ibu bapa perlu lebih peka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Nasihat keibubapaan
  • /
  • Kesan Kanak-Kanak Terlalu Didedahkan Kepada Gadget
Kongsikan:
  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Bayi Makin Membesar, Patutkah Ibu Pertimbangkan Hantar Ke Pusat Jagaan/ Day Care?

    Bayi Makin Membesar, Patutkah Ibu Pertimbangkan Hantar Ke Pusat Jagaan/ Day Care?

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Bayi Makin Membesar, Patutkah Ibu Pertimbangkan Hantar Ke Pusat Jagaan/ Day Care?

    Bayi Makin Membesar, Patutkah Ibu Pertimbangkan Hantar Ke Pusat Jagaan/ Day Care?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.