X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kasihan Anak, Parents Asyik Hadap Telefon, Ini 5 Panduan ELAK Ketagihan Gajet

4 min bacaan
Kasihan Anak, Parents Asyik Hadap Telefon, Ini 5 Panduan ELAK Ketagihan Gajet

Asyik mengadap handphone sampaikan anak-anak terabai, macam mana nak hilangkan rasa ketagih ini?

Ketagihan gadget sering menjadi isu apabila anak terlalu kerap menggunakannya. Tetapi ibu bapa sedar tak yang kadangkala anda juga terlalu asyik dengan telefon pintar, sampaikan kepentingan anak dan gadget disamakan pula?

Bukan itu sahaja, dalam zaman serba moden ini, ada juga ibu bapa yang terlalu asyik dengan telefon sampaikan anak-anak diabaikan. Dalam hal sebegini, ibu bapa perlu sedar dan lakukan sesuatu dengan segera sebelum timbul masalah lain yang berkaitan emosi anak.

Mesti ada diantara anda yang sudah mula rasa bersalah tentang hal ini kan?

Anak dan Gadget: Bila Ibu Bapa Terlalu Asyik Dengan Telefon

bahaya gajet, anak dan gadget

Pada zaman ini, tidak dinafikan yang penggunaan telefon memudahkan hal seharian kerana secara dasarnya semua perkara boleh diuruskan hanya di hujung jari.

Malah untuk bersosial juga kini tak perlu untuk berjumpa pun!

Tetapi yang menjadi masalahnya apabila ibu bapa terlalu kerap pula dengan telefon. Kalau boleh setiap masa nak semak notifikasi media sosial, dan menolak ajakan anak untuk bermain bersama.

Mengakulah, kita juga boleh ada masalah ketagihan gadget seperti yang sering dirisaukan berlaku pada anak-anak.  Hakikatnya, perkara ini akan mempengaruhi perkara lain dalam kehidupan anda juga misalnya:

  • Tidur yang terganggu
  • Hubungan dengan keluarga
  • Pergaulan sosial
  • Emosi yang tidak terkawal
  • Kesihatan

5 Cara Untuk Kurangkan Penggunaan Telefon dan Fokus Pada Anak

abai anak

Mungkin ini masanya untuk anda ubah sikap dan beri fokus pada anak-anak. Ingat ya, anak-anak yang lebih mendapat perhatian biasanya lebih baik tingkahlakunya dan emosi mereka juga lebih terkawal.

Jom lakukan beberapa langkah di bawah dan tukar gaya hidup anda!

#1 Ambil Tahu Apa Yang Perlu Sahaja

Buat masa sekarang, tahan diri dari semak perkara yang tidak perlu. Ibu ayah hanya perlu ambil kira perkara yang penting sahaja seperti email kerja, mesej penting atau panggilan telefon.

Jika ibu ayah suka membaca berita melalui telefon pintar, cari masa yang sesuai untuk melakukannya misalnya semasa anak-anak tidur. Ibu bapa juga perlukan media sosial untuk berseronok jadi lakukan semakan semasa tidak bersama si manja ya.

#2 Tulis Peraturan Penggunaan Telefon Di Ruang Umum

Ini boleh menjadi manifesto yang panjang, jadi pastikan ia dihasilkan dengan ringas sahaja ya. Berikut contoh yang boleh digunakan:

  • Tiada telefon keluar untuk sejam pertama selepas pulang ke rumah
  • Tidak ada telefon sehingga anak-anak tidur
  • Tidak ada telefon semasa makan
  • Tiada telefon keluar semasa melakukan aktiviti keluarga

#3 Beri Perhatian Sepenuhnya Kepada Anak-Anak Selama 10 Minit

tanggungjawab ibu bapa

Beri 10 minit perhatian tidak berbelah bahagi sebanyak 2 kali sehari yang bermakna melayan dan meluangkan masa dengan mereka tanpa gangguan.

Ya, ini mungkin kelihatan remeh tetapi bagi ibu bapa yang ada masalah ketagihan gadget, ia merupakan satu usaha yang baru!

Tindakan ini boleh membaikpulih hubungan dan emosi anak malah mudah dilakukan. Cuba untuk beberapa minggu dan lihat perubahan pada anak.

#4 Tukar Habit

Cuba fikir, apa yang membuatkan anda capai telefon? Apa kata kali ini apabila rasa nak pegang telefon sekali lagi, cuba capai benda lain atau mulakan perbualan dengan anak.

Ingatkan diri yang anda boleh saja check notifikasi telefon pada masa yang lain kerana kebiasaannya anda pun tahu ia tidak penting pun pada ketika itu. Fokus pada perubahan ini apabila anda rasa nak mengadap gadget lagi ya.

#5 Jadikan Telefon Anda ‘Invisible’

Salah satu faktor yang menyebabkan anda asyik tengok telefon adalah kerana kemasukkan notifikasi. Jadi lakukan beberapa perkara ini:

  • Letak telefon dalam kotak atau laci pada waktu bersama anak.
  • Set telefon dalam mode senyap.
  • Tutup ‘notifications’
  • Gunakan ‘Do Not Disturb’ pada masa bersama keluarga.

Sekiranya anda rasa sukar untuk melakukan kesemua di atas kerana ketagihan melampau, ini beberapa cara lain yang lebih ekstrim.

  • Detoks. Hentikan penggunaan telefon atau sebarang gadget selama beberapa minggu.
  • Letakkan kata kunci yang panjang supaya ia menjengkelkan untuk mengakses telefon anda.
  • Jual telefon pintar anda dan gunakan telefon basic sahaja tanpa internet.

Semoga bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Kasihan Anak, Parents Asyik Hadap Telefon, Ini 5 Panduan ELAK Ketagihan Gajet

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: mother.ly

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-ketagih-gadget

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Kasihan Anak, Parents Asyik Hadap Telefon, Ini 5 Panduan ELAK Ketagihan Gajet
Kongsikan:
  • Kanak-Kanak Ini Terpaksa Buat Pembedahan Mata Kerana Terlebih Main Telefon!

    Kanak-Kanak Ini Terpaksa Buat Pembedahan Mata Kerana Terlebih Main Telefon!

  • Anak Anda Ada 3 Tanda Ini? Ia Mungkin Sebab Ketagih Gajet, Bertindak Segera Sebelum Terlambat!

    Anak Anda Ada 3 Tanda Ini? Ia Mungkin Sebab Ketagih Gajet, Bertindak Segera Sebelum Terlambat!

  • Awesome ZiplocⓇ Bag Hacks - Storage, Gifting, Crafts and More
    Stories Rakan Kongsi

    Awesome ZiplocⓇ Bag Hacks - Storage, Gifting, Crafts and More

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kanak-Kanak Ini Terpaksa Buat Pembedahan Mata Kerana Terlebih Main Telefon!

    Kanak-Kanak Ini Terpaksa Buat Pembedahan Mata Kerana Terlebih Main Telefon!

  • Anak Anda Ada 3 Tanda Ini? Ia Mungkin Sebab Ketagih Gajet, Bertindak Segera Sebelum Terlambat!

    Anak Anda Ada 3 Tanda Ini? Ia Mungkin Sebab Ketagih Gajet, Bertindak Segera Sebelum Terlambat!

  • Awesome ZiplocⓇ Bag Hacks - Storage, Gifting, Crafts and More
    Stories Rakan Kongsi

    Awesome ZiplocⓇ Bag Hacks - Storage, Gifting, Crafts and More

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.