TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Media Sosial Beri Lebih Kesan Negatif Kepada Anak Perempuan Berbanding Anak Lelaki - Ini Sebabnya!

4 min bacaan
Media Sosial Beri Lebih Kesan Negatif Kepada Anak Perempuan Berbanding Anak Lelaki - Ini Sebabnya!

Rupanya, kesan media sosial kepada kanak-kanak perempuan berbeza berbanding kanak-kanak lelaki. Kajian ini akan buat ibu ayah lebih faham dan peka!

Siapa yang tidak menggunakan media sosial pada hari ini? Daripada sekecil anak sehingga setua usia atuk dan nenek, kita semua terdedah kepada penggunaan Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Tapi ibu ayah, anda tahu tak apa kesan media sosial kepada kanak-kanak?

Rupanya-rupanya, kesan yang ditinggalkan kepada anak kita berbeza mengikut jantina mereka. Ada satu kajian telah membuat penemuan tentang kesan media sosial kepada perkembangan anak kita.

Kesan media sosial kepada kanak-kanak yang ibu dan ayah perlu tahu

Media Sosial Beri Lebih Kesan Negatif Kepada Anak Perempuan Berbanding Anak Lelaki - Ini Sebabnya!

Kredit: Freepik

Pengkaji daripada University of Sussex, England, melaporkannya kesan negatif yang diberi media sosial pada anak perempuan lebih tinggi berbanding kesan kepada anak lelaki.

Kajian itu melihat data 10,000 keluarga dari tahun 2009 hingga 2015. Di permulaan kajian, anak-anak dalam keluarga ini berumur 10 tahun dan di akhir kajian, mereka sudah remaja pada usia 15 tahun.

Ada dua benda yang pengkaji lihat bagi memahami kaitan antara media sosial dan perkembangan anak.

  • Tahap kegembiraan dan kesejahteraan dalam hidup mereka
  • Cabaran emosi dan sosial

Penggunaan media sosial: anak lelaki vs anak perempuan

Secara amnya, mereka mendapati budak perempuan menggunakan media sosial lebih daripada budak lelaki: 

  • Pada umur 10 tahun, 10% anak perempuan guna media sosial selama sejam setiap hari. Hanya 7% anak lelaki menggunakan media sosial untuk masa yang sama.  
  • Pada umur 15 tahun, 43% anak perempuan guna media sosial selama sejam setiap hari dan hanya 31% anak lelaki menggunakannya untuk masa yang sama. 

Tahap kegembiraan: anak lelaki vs anak perempuan

Untuk tahap kesejahteraan emosi, pengkaji menunjukkan data yang mengejutkan ini:

  • Pada usia 10 tahun, kanak-kanak perempuan melaporkan tahap kegembiraan yang rendah dan semakin menurun semakin mereka meningkat usia! 
  • Kanak-kanak lelaki pula tidak melaporkan sebarang penurunan tahap kegembiraan yang drastik.

Ibu ayah, apa yang kita boleh pelajari daripada kajian ini? Ada banyak perkara! Terutamanya tentang aspek pemantauan dan sikap ambil berat kita terhadap perkembangan anak-anak perempuan kita di rumah.

Kesan media sosial kepada kanak-kanak & perkembangan emosi mereka

kesan media sosial kepada kanak-kanak, keburukan media sosial kepada kanak-kanak

Kredit: FMT.com

Menurut para pengkaji dalam kajian ini, mereka menerangkan:

“Tahap interaksi yang tinggi antara kanak-kanak perempuan dalam media sosial telah memberi kesan kepada perkembangan emosi mereka.”

Ibu ayah, kajian ini telah membuatkan kita semua faham yang cara remaja perempuan menggunakan akaun FB, IG atau Twitter mereka berbeza dengan remaja lelaki.

Apabila mereka melihat profil rakan di laman sosial, mereka gemar membanding-bandingkan diri dengan rakan sebaya. Jadi, apa kesan media sosial kepada kanak-kanak perempuan?

Akibatnya, mereka akan berasa tidak cukup bagus atau serba kekurangan sekiranya mereka kerap melihat rakan mereka berkongsi kisah kebahagian atau kemewahan hidup di laman sosial.

Anak lelaki pula jarang bersikap begitu. Secara relatifnya, mereka jarang menggunakan media sosial dan lebih cenderung untuk bermain mobile games. Tiada perbandingan diri dibuat secara aktif.

Sekiranya tidak dipantau, kesan media sosial kepada kanak-kanak perempuan adalah:

  • Anak perempuan selalu rasa tidak sempurna
  • Mereka kurang gembira dan bersyukur dengan keadaan diri
  • Mereka akan ketagih media sosial (tahap serius)

Apa kita boleh buat sebagai ibu ayah?

kesan media sosial kepada kanak-kanak, keburukan media sosial kepada kanak-kanak

Kredit: Redio.in

Bermula hari ini, jom kita kawal penggunaan smartphone dan media sosial di kalangan anak-anak kita, terutamanya jika dia perempuan.

Melihat kepada kesan media sosial kepada kanak-kanak di atas, kita perlu buat beberapa perkara berikut untuk mengawalnya.

  • Galakkan komunikasi sosial secara berdepan. Galakkan mereka berkawan di dunia sebenar dan kurangkan hidup di dalam dunia siber. 
  • Tunjuk contoh yang baik. Jadilah ibu ayah moden yang mementingkan komunikasi antara keluarga yang mesra dan bukannya semua orang sibuk dengan handphone masing-masing ketika duduk beramai-ramai di ruang tamu! 
  • Ajar mereka cara guna media sosial. Nak guna FB, IG dan Twitter pun perlu diajar? Ya! Beritahu secara jelas apa yang mereka patut buat dan tidak buat ketika menggunakan media sosial.

Sementara anak kita masih kecil dan masih boleh diajar dan dikawal, jom kita buat sebaik mungkin untuk memastikan si kecil kita membesar menjadi insan yang dinamik dan matang.

Kita tidak mahu melahirkan anak-anak remaja yang ketagih media sosial, membuat perkara yang bukan-bukan dan memalukan diri untuk dijadikan tontonan rakyat Malaysia di alam siber.

Yang paling penting, jom didik anak kita untuk tidak membandingkan diri dengan orang lain dan tahu untuk bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan dalam hidupnya.

Ok, ibu ayah sekalian? Jom amalkan sekarang.

Kongsikan artikel ini dengan saudara-mara serta sahabat agar kita semua dapat manfaat.

Sumber: theAsianparent Singapore, Forbes

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pedofilia makin mengganas, gambar seks dengan budak disebar ke group whatsapp!

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Media Sosial Beri Lebih Kesan Negatif Kepada Anak Perempuan Berbanding Anak Lelaki - Ini Sebabnya!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham