7 tips bina rumah tangga bahagia hingga ke akhir hayat

lead image

Nak bina rumah tangga bahagia bukan senang. Tapi kalau anda amalkan 7 tips ini sepanjang perkahwinan, pasti rumah tangga itu akan bahagia selamanya!

“Nak bina rumah tangga bahagia bukan senang” – kata semua orang. Tapi mereka tak pernah jelaskan apa “yang susah” dalam perkahwinan.

Selalunya, orang akan pesan pada pengantin baru – jangan masuk tidur dalam keadaan marah. Takpun, nasihat “kena sentiasa jujur dengan pasangan.”

Tapi itu sajalah nasihat mereka. Apa rahsia rumah tangga bahagia yang lain?

Sepanjang menjalani perkahwinan ini, malah mendengar nasihat-nasihat dari suami isteri seluruh dunia, berikut antara 7 tips membina rumah tangga bahagia hingga ke akhir hayat.

7 tips membina rumah tangga bahagia hingga ke akhir hayat

1. Bina sebuah “rumah”

rumah tangga bahagia, tips rumah tangga bahagia, kunci rumah tangga bahagia, suami isteri bahagia, rumah tangga bahagia selamanya, ilmu rumahtangga, alam rumah tangga, kisah rumah tangga bahagia, rahsia rumah tangga kekal bahagia, cara bersama suami, doa keluarga bahagia dunia akhirat, motivasi rumah tangga, membina rumah tangga bahagia, cara membina rumah tangga bahagia, tips hubungan suami isteri

Bina sebuah rumah di sini bukan bermaksud anda kena bina rumah sendiri. Tapi ia bermaksud membina sebuah “ruang” di mana anda dan pasangan boleh meluangkan masa.

Jangan buat rumah seperti pejabat atau hotel. Rumah yang selesa akan merapatkan hubungan kalian berdua. Rumah umpama satu tempat rahsia anda dan pasangan “menentang dunia”.

2. Jangan lupa jadi romantik

Bila sudah berkahwin, ramai pasangan suami isteri lupa untuk membina hubungan yang sihat. 

Jauhi telefon ketika bersama pasangan. Kalau letak telefon ketika makan bersama pun sebenarnya sudah cukup. 

Jangan takut untuk menggoda dan bermanja dengan pasangan. Romantik itu yang akan membina rumah tangga bahagia hingga ke akhir hayat.

3. Jangan ingat semuanya indah saja

rumah tangga bahagia, tips rumah tangga bahagia, kunci rumah tangga bahagia, suami isteri bahagia, rumah tangga bahagia selamanya, ilmu rumahtangga, alam rumah tangga, kisah rumah tangga bahagia, rahsia rumah tangga kekal bahagia, cara bersama suami, doa keluarga bahagia dunia akhirat, motivasi rumah tangga, membina rumah tangga bahagia, cara membina rumah tangga bahagia, tips hubungan suami isteri

Bukan setiap hari semua benda sempurna. Pasti ada pasang surutnya. Lalui semua ini dengan pasangan sama seperti bagaimana kalian bercinta dulu.

Nak belajar menjadi seorang isteri atau suami yang baik bukan dalam masa satu hari. Tapi ia sebenarnya satu proses. Proses yang kalian perlu lalui.

4. Jangan lupa ucap terima kasih dan maaf…

Merungut tentang pasangan atau perkahwinan adalah satu benda yang tidak asing lagi. Semua orang buat!

Tapi, jangan membandingkan perkahwinan anda dengan orang lain. Jangan lupa bersyukur dan mengucapkan terima kasih di atas segala usaha pasangan.

Mengharapkan sesuatu yang amat mustahil dari pasangan mampu merosakkan hubungan. Bila harapan kita tak tercapai, kita akan kecewa.

Sebab itu untuk membina rumah tangga bahagia, jangan lupa mengucapkan kata-kata “terima kasih” dan “maaf” pada pasangan walau apapun yang terjadi. Semuanya amat bernilai.

5. Jaga diri anda sendiri juga

rumah tangga bahagia, tips rumah tangga bahagia, kunci rumah tangga bahagia, suami isteri bahagia, rumah tangga bahagia selamanya, ilmu rumahtangga, alam rumah tangga, kisah rumah tangga bahagia, rahsia rumah tangga kekal bahagia, cara bersama suami, doa keluarga bahagia dunia akhirat, motivasi rumah tangga, membina rumah tangga bahagia, cara membina rumah tangga bahagia, tips hubungan suami isteri

Nasihat ini mungkin kedengaran agak selfish, tapi tiada apa yang bersifat mementingkan diri sendiri jika anda menjaga diri anda.

Anak-anak memerlukan anda. Pasangan anda memerlukan anda. Jadi, jaga kesihatan diri anda sendiri – sama ada secara fizikal atau mental.

Tak salah mengambil “me time” untuk berehat. Anda akan kembali sebagai seorang pasangan/ibu yang lebih hebat!

6. Jangan jadi pasangan yang bosan

Bila sudah berkahwin, memang kita akan lebih cepat bosan. Tiada lagi keluar dating atau pergi berjalan mana-mana. Semuanya sibuk dengan kerja-anak-rumah.

Tapi, itulah di mana anda salah. Untuk mencapai rumah tangga bahagia, jangan sesekali lupa untuk melalui satu lagi pengembaraan dengan pasangan.

Cuba pergi dating di tempat menarik ini, takpun menonton filem, atau mencuba aksi nakal berikut di ranjang. 

Pasti kalian tidak akan pernah bosan!

7. Perkahwinan bukan 50-50, tapi 100/100

rumah tangga bahagia, tips rumah tangga bahagia, kunci rumah tangga bahagia, suami isteri bahagia, rumah tangga bahagia selamanya, ilmu rumahtangga, alam rumah tangga, kisah rumah tangga bahagia, rahsia rumah tangga kekal bahagia, cara bersama suami, doa keluarga bahagia dunia akhirat, motivasi rumah tangga, membina rumah tangga bahagia, cara membina rumah tangga bahagia, tips hubungan suami isteri

Benda terakhir sekali yang saya belajar tentang perkahwinan ialah — saya tak boleh mengeluarkan usaha 50/50 saja. Tapi, perkahwinan ini perlukan usaha sebanyak 100%!

Maksudnya, jangan keluarkan usaha 50% saja, dan berharap pasangan akan memberi 50% lagi usaha. Tapi, kalian berdua kena berusaha 100%.

Sokong apa yang dibuat pasangan. Cipta keseimbangan. Tapi usaha yang dikeluarkan harus dengan sepenuh jiwa raga.

Perkara terakhir yang saya belajar tentang membina rumah tangga bahagia ialah… perkahwinan anda takkan sama dengan perkahwinan orang lain.

Jadi, jangan sesekali membandingkan perkahwinan anda dengan orang lain. Cari kebahagiaan rumah tangga anda sendiri. Bina sendiri kebahagiaan itu. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber rujukan: Time

Baca juga:

6 Perangai Isteri Yang Buat Suami Makin Sayang Dan Jatuh Cinta Setiap Hari

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris