X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pedofilia makin mengganas, gambar seks dengan budak disebar ke group whatsapp!

26 Apr, 2018
Pedofilia makin mengganas, gambar seks dengan budak disebar ke group whatsapp!

Seorang aktivist mendedahkan aktiviti pedofil di Malaysia yang menyebarkan gambar dan video mereka melakukan seks dengan budak di group WhatsApp.

Baru 2 tahun lepas Richard Huckle dikenakan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan gangguan seksual terhadap hampir 200 kanak-kanak berusia 6 bulan ke 12 tahun. Pedofilia di Malaysia semakin berani, baru-baru ini Free Malaysia Today mendedahkan yang gambar dan video kelakuan seks lelaki dewasa dan budak lelaki berusia 11 ke 15 tahun telah disebarkan ke group whatsapp!

Pedofilia di Malaysia sebar gambar dan video seks dengan budak di WhatsApp

Aktivist Fazrysham Kamran atau lebih dikenali sebagai Sham adalah ahli NGO Komuniti Harmoni Kita yang dia dan 7 rakannya tubuhkan selepas membaca laporan media mengenai kes pedofilia.

Seminggu yang lalu, Sham telah melayari Facebook dan menemui seorang lelaki memuatnaik gambar seorang budak lelaki berusia 14 tahun di group tertutup untuk homoseksual. Dalam posting-nya itu, lelaki tersebut mengatakan yang “budaknya” kacak dikuti komen-komen yang tidak senonoh.

Sham dan rakannya Mohd Shahrulnizam Alias kemudiannya mendaftar untuk menyertai group whatsapp yang dipromosikan di ruangan komen. Sham memberitahu, whatsapp group yang dia sertai mempunyai 248 ahli. Oleh sebab group whatsapp hanya boleh memuatkan 250 ahli, ada tiga lagi group lain yang disediakan untuk pedofilia di Malaysia.

Penemuan Sham memang sangat mengejutkan! Sham berkata, group yang dia sertai dan pantau itu sentiasa kongsi gambar dan video kelakuan seks diantara lelaki dewasa dan budak lelaki. 

Mereka menggambarkan perbuatan seks yang menjijikkan dan bagaimana mereka menarik perhatian budak-budak lelaki dan mereka juga menggambarkan alat sulit budak-budak lelaki secara terperinci.

Pedofil di Malaysia, pedofilia di malaysia, sebar gambar budak, pedofil, pedofilia, gangguan seksual pada kanak-kanak

Kredit Gambar: Free Malaysia Today

Sham menambah lagi yang kebanyakan ahli di group tersebut menjumpai budak-budak lelaki ini melalui aplikasi WeChat, satu lagi platform pesanan yang popular yang juga menawarkan khidmat “look around” di mana orang boleh mencari rakan baru yang menggunakan aplikasi yang sama.

Kebanyakan pedofilia di dalam group ini berkata mereka jumpa budak-budak lekaki ini dari WeChat dan kebanyakan dari mereka merupakan pelajar berasrama penuh.

Beberapa pedofilia ini tidak takut untuk bercakap tentang diri mereka, dan apabila Sham berbual dengan salah seorang dari mereka, dia mengaku bahawa dia seorang jurutera dan mempunyai beberapa orang anak.

Pedofilia tahu bagaimana untuk membuat budak-budak ini percayakan mereka. Mereka tahu apa yang mereka harus cakap.

Mudah untuk pedofilia menyasarkan kanak-kanak umur sebegini kerana mereka mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi, mahukan perhatian dan mereka mempunyai akses kepada media sosial.

Cabaran yang Sham lalui adalah untuk membuatkan mangsa-mangsa pedofilia ini bersuara. Ini kerana kebanyakan dari mangsa-mangsa ini telah diberikan penjagaan dan perhatian yang tinggi sehingga mereka takut hubungan mereka terputus jika berterus terang.

Kami cuba untuk mendorang mangsa-mangsa untuk menjadi berani, tetapi kebanyakkan dari mereka hanya bersuara beberapa tahun selepas kejadian.

Sham telah membuat tiga laporan polis terhadap aktiviti pedofilia yang dia temui di Facebook dan group Whatsapp.

Pedofilia di Malaysia semakin berani di WhatsApp group mungkin kerana mesej-mesej yang diberikan dalam WhatsApp dilindungi dari akses yang tidak mendapat kebenaran (secured with end-end encryption).

Pedofilia di Malaysia: Pantau aktiviti anak dan berikan perhatian yang lebih

Sham menyarankan, ibu bapa perlu kurangkan masa anak melihat gadget dan beri perhatian pada anak-anak supaya tumpuan mereka tidak terarah kepada benda lain.

Ini adalah beberapa cara yang ibu bapa boleh lakukan:

  • Jangan benarkan anak bawa telefon ke sekolah
  • Periksa telefon anak anda.
  • Kenal rakan-rakan anak anda.
  • Luangkan masa bersama anak-anak anda. Sentiasa ada untuk mendengar cerita atau masalah anak-anak.
  • Pastikan anda tahu pergerakan dan aktiviti mereka.
  • Luangkan masa untuk menerangkan pada anak anda tentang pedofilia dan beritahu mereka jika ada orang dewasa yang cuba mendekati mereka terus beritahu anda.

Diharap ibu bapa semua mengambil serius tentang isu ini dan lakukan segala yang mampu untuk membanteras pedofilia.

 

 

 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas
Rotavirus & Diarrhoea: Is It Just Poo Poo Or A Major Boo Boo?
Rotavirus & Diarrhoea: Is It Just Poo Poo Or A Major Boo Boo?
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Musim Membeli Belah Kembali-Ke-Sekolah: Senarai Semak untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah
Musim Membeli Belah Kembali-Ke-Sekolah: Senarai Semak untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Free Malaysia Today

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comcara-mengesan-pedofilia-pengalaman-ibu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Pedofilia makin mengganas, gambar seks dengan budak disebar ke group whatsapp!
Kongsikan:
  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham