X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Luluh Hati Seorang Bapa, Anak Sanggup Maki Hamun Ibu Ayahnya Dalam Group Whatsapp

4 min bacaan
Luluh Hati Seorang Bapa, Anak Sanggup Maki Hamun Ibu Ayahnya Dalam Group Whatsapp

Kegunaan Whatsapp dalam kalangan anak-anak dilihat boleh memberikan kesan buruk terhadap tingkah laku mereka sehingga hilang hormat terhadap ibu ayah

Kegunaan Whatsapp pada hari ini semakin mendapat tempat dalam kalangan seluruh lapisan masyarakat termasuklah anak yang bersekolah. Tidak dinafikan aplikasi ini amat mesra pengguna kerana sesiapa sahaja boleh menghantar mesej, berkongsi gambar, video dan membuat panggilan secara berkumpulan.

Walau bagaimanapun penggunaan Whatsapp yang tiada kawalan dan pantauan dari ibu ayah boleh menyebabkan anak-anak semakin hanyut. Mereka juga cenderung untuk lebih mempercayai rakan sebaya berbanding keluarga sendiri.

Kegunaan Whatsapp untuk mencarut orang tua 

group whatsapp anak

Berdasarkan perkongsian di Facebook, Khairul Anuar Basri meminta ibu bapa untuk sekali-sekala periksa dan pantau kumpulan Whatsapp anak-anak.

Semalam seorang kawan saya telah menunjukkan screenshot perbualan salah seorang anaknya dengan kawan-kawan ‘baik’ di dalam kumpulan Whatsapp.

Sambil dia mengadu, sambil meminta pendapat. Apa dia nak buat? Apa salah dia sampai anak pun sanggup katakan begitu di belakangnya?

”Ayah aku marah aku doww.”

”Apasal pulak?”

”Aku pun tak faham. Dia suruh aku siapkan adik aku nak ke sekolah. Adik aku tak nak, dia nak buat sendiri. Last sekali ayah marah aku pulak. BANGSA*!

”Laa. ye ke? Boleh tak aku nak carut?”

”Silakan. Hahaha. aku pun tengah sedih ni.”

”PUKIM**! CIBA*! BAB*! SIA*!.. okay dah.”

”Thanks sebab faham aku. Aku pun nak bahagia jugak. Tapi mak ayah tak faham aku macam kau faham aku.”

Berderau darah saya baca semua mesej tersebut. Ada banyak lagi. Tapi tak sanggup nak letak gambar dan petikannya di sini.

Kegunaan Whatsapp dalam kalangan anak dan rakan sebaya

keburukan whatsapp

foto: everypixel

Menangis kawan saya tu sepanjang kami berborak.

”Aku tak pernah bagi anak aku lapar. Pakaian semua aku bagi. Tak pernah dia telanjang bulat.”

”Dari kecil sampai besar, macam-macam yang dia nak aku ikut. Kadang-kadang sambil marah pun aku bagi. Marah pun sekejap sahaja. Tak simpan langsung dalam hati. Macam tu dia panggil aku dengan kawan-kawan dia?”

Aduhh… kalau saya pun memang akan kecil hati. Sampai hati anak cakap macam tu dekat ayah dia.

Itulah realiti mendidik anak-anak zaman sekarang. Semuanya berpunca dari gajet dan telefon pintar. Tak nak bagi, benda tu sudah jadi satu keperluan. Bila di bagi, masalah lain pula yang muncul.

Masa minta nak pakai telefon dulu, nak bagi amaran dah. Ada benda yang baik dan ada banyak benda juga yang tidak baik. Jika tidak diberi, dia akan memberontak. Bila sudah bagi, macam-macam benda buruk dia berani lakukan.

Semuanya sebab berkawan. Semuanya sebab telefon.

”Anak aku ni baru umur 15 tahun. Ada 1 malam aku terjaga jam 2 pagi. Aku masuk bilik anak aku tu.”

”MasyaAllah. Astaghfirullah.. dia tengah duk bermesej dengan budak lelaki. Aku call budak lelaki tu dan sudah bagi amaran. Esoknya aku curi baca mesej anak aku dengan budak lelaki tu. Dia siap kutuk-kutuk aku lagi. Menitik air mata aku.”

Sekali-sekala pantau perbualan Whatsapp anak dengan rakan mereka

Allah… cabaran apakah ini? Kat mana salah ibu bapa mendidik anak-anak zaman ini? Kat mana yang tidak kena. Apa patut ibu bapa lakukan?

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Anak lelaki cara anak lelaki. Anak perempuan cara perempuan. Siap ambil gambar entah apa apa. Entah dengan siapa lah dia berkongsikan kesemua gambar tersebut.

Whatsapp cara Whatsapp. Instagram cara Instagram. Facebook cara Facebook. Tik Tok cara Tik Tok. 

Bila kawan saya cerita tu, terus saya juga ada rasa takut. Saya pun ada anak-anak yang sebaya dengan anak dia. Lelaki ada, perempuan pun ada.

Anak-anak ni, tak tahulah dia tahu ke tidak semua benda yang dia buat dan cakap tu salah. Atau memang tidak kisah langsung. Apa nak jadi, jadilah?

periksa telefon anak

credit to sources

Kadang-kadang mereka rasa rumah macam neraka. Semua benda rasa macam tidak boleh. Setiap masa rasa ibu bapa mengongkong. Akhirnya akan mengadu dan bercerita dekat kawan yang dianggap sebagai best friend forever.

Jadi ibu ayah, sekali sekali periksalah telefon anak-anak. Pantau perbualan dan bahasa mereka dalam kumpulan Whatsapp mereka.

Sentiasa beritahu anak-anak, syurga dan kebahagiaan sebenar anak-anak bukannya dengan kawan-kawan tetapi ibu bapa dan keluarga.

Tiada orang lain yang boleh sayang kita seperti ibu bapa sayang anak. Dengan roh, dengan darah.. Anak-anak adalah segala-galanya buat ibu dan ayah.

Sumber: Khairul Anuar Basri

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Biarkan Bayi Duduk Posisi Bahaya Ini Ketika Main Telefon, Ibu Ayah Sila Pantau!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Luluh Hati Seorang Bapa, Anak Sanggup Maki Hamun Ibu Ayahnya Dalam Group Whatsapp
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham