X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Miliki 7 Orang Puteri, Wanita Ini Kongsi Kemanisan Ada Anak Perempuan Ramai Di Rumah

4 min bacaan
Miliki 7 Orang Puteri, Wanita Ini Kongsi Kemanisan Ada Anak Perempuan Ramai Di Rumah

Kelebihan anak perempuan yang ramai dalam keluarga membawa kebahagiaan tersendiri. Jika diajar dari kecil, beban ibu menguruskan rumah dapat dikurangkan

Setiap pasangan suami isteri tentu sekali mengimpikan kehadiran anak lelaki dan perempuan sebagai pelengkap kehidupan. Namun siapalah kita untuk menidakkan takdir Allah jika kesemua zuriat yang diberikan adalah perempuan? Dalam Islam sendiri turut menghuraikan banyak kelebihan anak perempuan ramai buat ibu ayah.

Tentu sekali tugas membesarkan anak perempuan bukanlah mudah. Ini kerana anda memikul tanggungjawab besar dalam mencorakkan keperibadian mereka agar pandai menjaga diri serta maruah apabila dewasa kelak. Apa-apapun mestilah bermula dengan ajaran sejak kecil lagi.

Kelebihan anak perempuan ramai dalam keluarga

anak perempuan ramai

Menurut kisah yang dikongsi oleh seorang ibu kepada 7 anak perempuan menerusi kumpulan Facebook, Shaeriani A Hamat, mereka tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.

Dia turut mengakui akan kelebihan anak perempuan ramai di rumah telah memudahkan tugas-tugas hariannya. Sejak kecil mereka sudah diajar, dibahagikan tugas tertentu agar kebersihan dalam rumah terjaga.

Biasanya rumah yang memiliki ramai anak akan sedikit berselerak kerana mereka semakin aktif membesar. Namun masalah ini tidak berlaku terhadap Shaeriani.

”Hal kerja rumah dan menguruskan adik-adik, mereka sudah boleh buat. Ibu hanya menjadi pemerhati dan ajar apa patut. Rasa seronok bila anak saling membantu menjaga rumah. Kami juga tidak memerlukan bibik.” 

”Saya juga tidak perlu kelam-kabut untuk menguruskan hal rumah tangga kerana sudah memiliki ramai pembantu. Kerja pun dapat diselesaikan dengan cepat. Meskipun orang melihat perempuan adalah lemah, namun disebalik kelemahan itulah ada kehebatannya. Bersyukurlah dengan apa yang ada,” kongsinya.

”Setiap kakak dan adik ada perangai yang berbeza. Kalau bergaduh, hanya setakat gaduh mulut sahaja,”

Untuk merapatkan hubungan mereka lagi, saya dan suami telah sepakat letakkan mereka dalam satu bilik tidur. Kami buat seperti dorm asrama yang ada katil dua tingkat.

keistimewaan anak perempuan

Masing-masing mesti kena kemas katil dan bersihkan bilik. Cara ini juga memudahkan saya dan suami untuk memantau mereka. 

Kesemua anak bermula dengan nama Nur Eliesya

Kongsi Shaeriani lagi, mereka memiliki 7 edisi nama yang sama bermula dengan Nur Eliesya. Hanya nama di belakang sahaja bezanya. Manakala guru di sekolah pula memanggil semua anak dengan Eliesya. Kadang-kadang dia terpaksa tanya cikgu, edisi Eliesya yang mana?

  1. Nur Eliesya Nazzulia
  2. Nur Eliesya Qisstina
  3. Nur Eliesya Qhaisara
  4. Nur Eliesya Hussna
  5. Nur Eliesya Hussni
  6. Nur Eliesya Zakirah
  7. Nur Eliesya Zhafira

Rasa tidak sabar untuk cari nama anak lelaki bermula dengan apa pula. Walaupun penghuninya belum ada lagi, insyaallah jika ada rezeki kemudian hari. Doakan saya.

Pengalaman bersalin normal dan caesar

keistimewaan anak perempuan

Menceritakan pengalaman bersalin, Shaeriani mengatakan bahawa dia telah merasa bersalin secara normal dan caesar.

”Pada kelahiran pertama, saya bersalin secara pembedahan. Anak istimewa (OKU) sebab sudah lemas dalam perut. Selepas beranak, saya nekad tidak mahu beranak lagi. Tapi Allah Maha Kaya, anak baru berusia 5 bulan, saya mengandung lagi.”

Kelahiran kedua diberikan kemudahan untuk bersalin normal. Manakala anak umur 5 bulan, saya mengandung lagi tetapi gugur. Lepas sebulan kemudian, saya disahkan mengandung lagi dan bersalin normal tanpa jahit.

Kemudian selepas anak 5 bulan, saya hamil lagi. Alahan dan muntah darah, bila pergi scan, doktor kata kembar. Kelahiran anak ke-4 dan 5 ini normal juga dan paling senang.

Orang tanya, bila anak lelaki pula nak keluar ni? Saya tidak putus asa, mencuba dan terus mencuba. Dengan jarak 4 tahun kemudian, saya mengandung lagi. Namun anak ke-6 juga adalah perempuan. Setelah 3 tahun kemudian, saya usaha lagi dan bersalin normal tanpa jahitan. Anak perempuan, jadi kesemuanya adalah 7 orang puteri.

Nak cuba lagi? Mestilah. Sekarang saya masih berusaha untuk mendapatkan bayi lelaki dalam masa yang terdekat. Doakan saya ya agar diberikan anak ke-8, 9 dan 10 anak lelaki.

Sumber: Shaeriani A Hamat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ayah Mesti Jaga Kepercayaan Anak Perempuan, Barulah Dia Tidak Kekok Mengadu Apa-Apa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Uncategorized
  • /
  • Miliki 7 Orang Puteri, Wanita Ini Kongsi Kemanisan Ada Anak Perempuan Ramai Di Rumah
Kongsikan:
  • Anda Ada Ramai Anak Perempuan? Banyak Kebaikannya!

    Anda Ada Ramai Anak Perempuan? Banyak Kebaikannya!

  • Benarkah Wanita Lebih Bijak Daripada Lelaki? Ini 10 Fakta Wanita Yang Amat Menakjubkan!

    Benarkah Wanita Lebih Bijak Daripada Lelaki? Ini 10 Fakta Wanita Yang Amat Menakjubkan!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Anda Ada Ramai Anak Perempuan? Banyak Kebaikannya!

    Anda Ada Ramai Anak Perempuan? Banyak Kebaikannya!

  • Benarkah Wanita Lebih Bijak Daripada Lelaki? Ini 10 Fakta Wanita Yang Amat Menakjubkan!

    Benarkah Wanita Lebih Bijak Daripada Lelaki? Ini 10 Fakta Wanita Yang Amat Menakjubkan!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.