X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Selesaikan Awal Giliran Beraya Suami Isteri, Pastikan Ia Adil & Fleksibel Elak Perbalahan

4 min bacaan
Selesaikan Awal Giliran Beraya Suami Isteri, Pastikan Ia Adil & Fleksibel Elak Perbalahan

Giliran balik raya tidak seharusnya menjadi perbalahan antara suami isteri. Tidak ada salahnya jika berlaku adil untuk keharmonian bersama

Persoalan giliran balik raya kampung siapa tahun ini seringkali menjadi tanda tanya atau isu pada setiap tahun. Nak balik kampung suami atau isteri? Dengan dilema cuti tak panjang, kampung suami di Utara, kampung isteri pula di Pantai Timur.

Jenuh kalau nak balik kedua-dua belah kampung dalam masa yang singkat, kan?

Memang benar pasangan suami isteri perlu sentiasa adil dalam membuat sesuatu keputusan. Tak kiralah bab anak-anak, rumahtangga, kewangan, makanan, dan lain-lain lagi. Bahkan, untuk membeli barangan dapur pun perlu ada kata sepakat.

Giliran balik raya kampung suami atau isteri?

giliran raya kampung suami isteri

Kalau si suami tak suka kentang goreng jenis A, tapi isteri suka, salah seorang perlu mengalah. Janganlah bertikam lidah gara-gara perkara sekecil dan seremeh ini pula kan.

Bab perkara ini, duduk berbincang dan jangan sesekali bertengkar.

Sebenarnya, tidak wujud pun istilah giliran balik raya tahun ini kampung suami dan tahun depan kampung isteri.

Ini kerana sedangkan seorang isteri nak keluar rumah pun memerlukan keizinan seorang suami, mana mungkin akan berlaku paksaan seorang isteri kepada suami untuk menurut perintah perihal giliran balik kampung.

Walau bagaimanapun, apa yang diamalkan (giliran balik raya) setiap tahun oleh pasangan suami isteri tidak salah pun dari segi undang-undang atau hukum. Giliran balik raya ini hanya memerlukan konsep ihsan seorang suami kepada isterinya.

Jadi, jika ada sesuatu keadaan yang memerlukan perubahan daripada giliran yang biasa, janganlah si isteri merasakan bahawa suaminya itu tidak adil.

Sama juga dengan si suami, jangan pula merasakan si isteri hanya ingin pulang ke kampungnya. Walhal ada perkara ’emergency’ yang memerlukan si isteri berada di samping ibu bapanya. Contohnya seperti ibu bapa mentua tidak sihat, menghadapi masalah kewangan, dan lain-lain lagi.

Tips balik beraya kampung

turn raya suami isteri

1. Selesaikan awal giliran beraya. Dan pastikan ia fleksibel. Jika kena giliran raya rumah suami, tetapi sebelah mentua sakit memerlukan perhatian, maka pindalah mengikut kesesuaian. Sebab tu penting berbincang dan tenang hati.

2. Jika ‘turn’ tahun nie raya rumah mertua, ‘adjust’lah supaya kita dapat balik awal puasa rumah mak ayah kita. Sempat berbuka, sempat beli barang-barang atau baju raya untuk mereka.

3. Jika isteri kena ‘turn’ raya rumah suami, tunjukkkan kegembiraan pada suami kita sama macam ‘turn’ kita balik kampung kita. Jangan banding-bandingkan, nikmati kelebihan yang ada di rumah mertua dan sempurnakan kekurangan yang ada.

4. Cabaran isteri beraya di rumah mertua lebih menakutkan berbanding suami. Ia melibatkan reputasi kerja rumah & dapur, kemahiran komunikasi mertua dan ipar duai. Tu tak termasuk aksesori baju tudung dan segala persiapan. Maka para suami, bantulah isteri anda.

Bila kita kahwin, kita bukan sahaja bersedia untuk menjamah manisnya bercinta, tetapi pada beratnya tanggungjawab. Kadang kita gembira dengan tanggungjawab itu terkadang rasa berat.

Beraya di rumah mentua bagi sebahagian menantu termasuk dalam tanggungjawab yang berat. Anggaplah ia khidmat terbaik untuk pasangan. Insya allah khidmat itu akan kembali kepada kita jua.

Perkara yang perlu dipertimbangkan bersama

giliran raya rumah mentua

Ada beberapa perkara yang mungkin pasangan suami isteri alpa apabila bercakap tentang giliran balik raya ini, iaitu:

  • Ada suami yang lupa bahawa ibunya adalah lebih UTAMA daripada isteri.
  • Ada isteri yang lupa bahawa suaminya adalah lebih UTAMA daripada ibu bapanya.
  • Ada ibu bapa yang lupa bahawa anak perempuan perlu mengutamakan suaminya daripada ibu bapanya sendiri.
  • Ada isteri lupa bahawa suami perlu mengutamakan ibu bapanya sendiri, melebihi isteri.
  • Ada anak lelaki lupa bahawa tanggungjawab menjaga ibu bapa tergalas di bahu mereka, dan bukan pada anak-anak perempuan/adik beradik perempuan.
  • Ada anak perempuan lupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami daripada ibu bapanya sendiri.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat buat kesemua pasangan suami isteri di luar sana. Dan tahun ini, cuba untuk elak bertengkap bab giliran balik raya okay?

Dah dapat balik raya pun kira bersyukur tak terhingga.

Viral Muafakat Johor | Facebook

Stories Rakan Kongsi
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema
Fahami Impak Cacar Air Daripada Diari Doktor Pakar
Fahami Impak Cacar Air Daripada Diari Doktor Pakar
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
"Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?"
"Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?"

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga:  Hentikan Trend ‘Unboxing By Husband’ Di Media Sosial, Jagalah Maruah Suami Isteri

Baca Juga: Suami Isteri Asyik Bergaduh Setiap Hari? Ini 5 Cara Tangani Konflik Rumah Tangga Dengan Aman

Baca Juga:  Fahami Love Language Dalam Hubungan Suami Isteri, Barulah Rasa Cinta Makin Kuat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Murns A.

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Selesaikan Awal Giliran Beraya Suami Isteri, Pastikan Ia Adil & Fleksibel Elak Perbalahan
Kongsikan:
  • Nafsu Seks Ketika Mengandung Naik & Turun, Ini Tips Puaskan Suami Ketika Di Ranjang

    Nafsu Seks Ketika Mengandung Naik & Turun, Ini Tips Puaskan Suami Ketika Di Ranjang

  • Pemuda Tidak Percaya Dengan Ayat 'Belanja Isteri Murah Rezeki' Sehingga Satu Kejadian Berlaku Yang Membuka Matanya Memang Buat Dia Terkedu

    Pemuda Tidak Percaya Dengan Ayat 'Belanja Isteri Murah Rezeki' Sehingga Satu Kejadian Berlaku Yang Membuka Matanya Memang Buat Dia Terkedu

  • 5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

    5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

  • Nafsu Seks Ketika Mengandung Naik & Turun, Ini Tips Puaskan Suami Ketika Di Ranjang

    Nafsu Seks Ketika Mengandung Naik & Turun, Ini Tips Puaskan Suami Ketika Di Ranjang

  • Pemuda Tidak Percaya Dengan Ayat 'Belanja Isteri Murah Rezeki' Sehingga Satu Kejadian Berlaku Yang Membuka Matanya Memang Buat Dia Terkedu

    Pemuda Tidak Percaya Dengan Ayat 'Belanja Isteri Murah Rezeki' Sehingga Satu Kejadian Berlaku Yang Membuka Matanya Memang Buat Dia Terkedu

  • 5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

    5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.