TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Hentikan Trend 'Unboxing By Husband' Di Media Sosial, Jagalah Maruah Suami Isteri

13 Jan, 2022
Hentikan Trend 'Unboxing By Husband' Di Media Sosial, Jagalah Maruah Suami Isteri

Pasangan pengantin baru yang mendirikan rumah tangga pada zaman kini tidak mempunyai rasa malu apabila terikut-ikut dengan trend TikTok.

Bagi mana-mana pasangan pengantin baru, pastinya terbit perasaan yang cukup bahagia setelah diijabkabulkan. Manakan tidak, selepas ini anda menjalani hari-hari mendatang bersama insan yang tersayang.

Memandangkan kini kita sudah melangkah masuk tahun 2022, segala-galanya telah berubah. Anak-anak muda kini semakin ke hadapan dan kebanyakannya memiliki media sosial masing-masing.

Pasangan pengantin baharu dengan trend ‘Unboxing by Husband’

pasangan pengantin baharu

credit to sources

Baru-baru ini tular mengenai trend di laman TikTok yang memaparkan pasangan pengantin baharu ‘meraikan’ malam pertama dengan memuat naik video suami sedang membuka pin tudung dan aksesori yang terdapat pada bahagian kepala di hadapan cermin.

Tidak hanya dimuat naik di lama TikTok, ia juga dikongsi di platform media sosial yang lain. Trend digilai ramai anak muda ini menerima kecaman dan kritikan hebat daripada pengguna lain kerana dianggap mencemarkan maruah diri sendiri.

Rata-rata yang menonton memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen seperti:

Pengantin muda zaman sekarang ini mudah sangat terikut dengan perkara yang kurang baik, kononnya ikut trend, tapi lebih ke arah memalukan diri dan keluarga.

Tak ada rasa malu ke rakam video seperti ini, aurat isteri perlu dijaga oleh suami.

Ramai orang perempuan saya tengok kurang rasa malu muat naik video rakaman Unboxing by Husband di TikTok. Semua benda nak dirakam, kalau ada orang lain komen dan kecam, awak akan marah pula.

PU Syed beri teguran mengenai trend memalukan ini

Beliau memuat naik sebuah posting di Instagram menjelaskan mengapa trend Unboxing by Husband dikatakan haram dan tidak patut dijadikan content dalam media sosial.

Unboxing wife atau unboxing by husband satu lagi perkara bidaah dholalah yang sedang viral dan telah ramai dilakukan oleh pasangan pengantin muda di media sosial! Dedah aurat adalah HARAM, apatah lagi dedah aurat isteri kalian! Kalian boleh berbangga dan suka content-content HARAM sebegitu semata-mata untuk peroleh tontonan ramai!

pengantin unboxing by husband

credit to sources

Isteri itu hak kita. Jangan kita kongsikan pada orang lain kecantikan dia, kemanisan dia. Semuanya untuk kita sebagai seorang suami.

Kita ada sifat muda, sifat nak cuba belak tapi kena patuh juga dengan perintah Allah dan jangan sesekali buat begitu. Jangan buat perkara mengarut kerana ia tidak mendatangkan faedah kecuali fitnah semata-mata.

Bila seks dan benda lucah bukan lagi satu rahsia

Seorang pengguna Facebook, Salwa Mohd Saleh memberikan nasihat untuk orang ramai mengenai trend memalukan berlaku dalam masyarakat

Tuan puan, adik, abang, kakak sekalian, kita ni hidup ada akal. Kalau betul pun tak mahu guna norma budaya, adat atau negara, berbaliklah pada agama. Seks dalam Islam adalah hubungan halal suami isteri. 

Ia hal dalam kelambu. Halal bila ada ikatan dengan akad nikah. Tetapi wajarkah ikatan ini dibuka dan dipertonton satu dunia?

Ni emak nak tanya, tak rasa malu ke? Emak yakin amat yang buat benda ni dah ditarik rasa malunya. Kepada empunya kenderaan ini, ketahuilah dua tiga perkataan sebegitu tidak langsung menunjukkan kehebatan, malah secara langsung mempertontonkan betapa biru dan kuningnya otak kalian.

bahan lucah yang memalukan

credit to sources

Dan kepada yang merakam video unboxing by husband yang sedang trending, walaupun hanya sekadar rakaman membuka crown dan veil tudung, itu tindakan tidak bijak kerana mengundang imaginasi dan komen ‘part 2 please’. Adakah selepas ini adegan malam pertama juga divideokan?

Inilah hasilnya bila lawak lucah, perkataan lucah terus menerus menjadi perbualan tanpa rasa segan. Sudahlah, jangan jadi macam binatang. Dah takde segan silu, benda begini pun nak ditelanjang. Semua orang tahu.

Bila dah terbiasa, adegan dan dialog terlanjur, berzina, main kayu tiga semua tu dah tak ada rasa apa. Kalau korang tonton drama ke, sinetron ke bila jadi gitu, takde perasaan, periksalah semula hati.

Sebab selemah-lemah iman adalah yang menentang dengan hati. Kalau hati pun tak rasa apa, waspadalah. Istighfar dan kembali semula pada ajaran agama.

Sumber: Kosmo, Salwa Mohd Saleh

Stories Rakan Kongsi
4 reasons why you need insurance now that you’re pregnant
4 reasons why you need insurance now that you’re pregnant
Back-to-school Shopping Season: A Parent’s Checklist for Primary & Secondary School Students
Back-to-school Shopping Season: A Parent’s Checklist for Primary & Secondary School Students
8 awesome ideas to keep your child busy
8 awesome ideas to keep your child busy
Why Is Childhood Immunisation Important?
Why Is Childhood Immunisation Important?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tidak Pandang Paras Rupa & Fizikal, Lelaki Ini Dipuji Terima Seadanya Keistimewaan Isteri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Hentikan Trend 'Unboxing By Husband' Di Media Sosial, Jagalah Maruah Suami Isteri
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham