Bukan mudah untuk memperoleh pasangan hidup yang terima seadanya kekurangan diri. Namun baru-baru ini seorang lelaki membuktikan bahawa masih wujud suami yang tidak memilih rupa dan fizikal seseorang untuk dijadikan sebagai isteri.
Tiada manusia yang dilahirkan sempurna kerana masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. Walau bagaimanapun semuanya berhak untuk merasai bahagia bersama orang tersayang.
Lelaki terima seadanya isteri yang tidak boleh berjalan
Video yang dikongsi dalam aplikasi TikTok oleh @83suka telah mendapat perhatian netizen apabila dia memuat naik momen menyentuh hati ketika majlis perkahwinan adik perempuannya.
Dia dengan rela hati mendukung adik perempuan yang merupakan pengantin pada hari tersebut untuk diserahkan kepada pengantin lelaki. Hal ini kerana adiknya tidak boleh berjalan dan hanya bergerak menggunakan kerusi roda.
”Alhamdulillah, lepas ni ada orang boleh jaga kak cik. Sedih sebenarnya melepaskan. Terima kasih adik ipar terima kak cik seadanya. Walau sudah bergelar isteri orang, kasih sayang kami tetap sama.”
Tahniah… Alhamdullillah Majlis kedua belah pihak selesai….
♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar
Selain itu abangnya juga meminta agar adik ipar terus menyayangi isteri ke akhir hayat dan pimpinlah tangannya hingga ke syurga.
Menjengah ke akaun tiktok pengantin perempuan pula, dia turut mengucapkan terima kasih kepada abang tersayang yang telah sudi mendukungnya hingga ke pelamin ketika akad nikah.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang sudi terima seadanya kekurangan diri.
Maaf saya hanya mampu pinjam kaki. Melengkapi satu sama lain. Awak terima kekurangan saya, saya terima kekurangan awak. Terima kasih.
Assalamualaikum suami. ”kasih sayang adik beradik jatuh ke suami.” terima kasih semua yang mendoakan.
Assalamualaikum suami😍 “kasih sayang adik beradik jatuh ke suami🥰” terima kasih semua yg mendoakan 🌹❤️ #tiktok #fypシ #fyp #sayangduniaakhirat
♬ original sound – Ayda Lavenda – Ayda Lavenda
Perkongsian video ini cukup menyentuh hati dan mencuri tumpuan. Ia telah menerima tontonan melebihi 1 juta tidak sampai satu hari dimuat naik.
Rata-ratanya sebak dan bangga melihat masih ada lelaki yang sanggup menerima kekurangan isterinya.
Ini lah yang dinamakan kasih sayang ikhlas dari hati. Saya rasa sayangnya seorang lelaki ini tidak memilih paras rupa dan fizikal. Saling melengkapi, itu yang penting. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.
Alhamdulillah. Lelaki yang limited. Insyaallah, semoga Allah mudahkan segala urusan dan sentiasa dalam rahmat Allah.
Suami dia hebat. Ibu mentuanya pun hebat boleh terima seadanya. Semoga bahagia hingga ke jannah. Amin.
Hubungan bahagia apabila pasangan saling melengkapi
Kehidupan suami isteri memerlukan anda berdua untuk saling menerima pasangan seadanya. Malah hidup menjadi lebih sempurna apabila pasangan melengkapi antara satu sama lain.
credit to sources
Meskipun berbeza pemikiran, latar belakang dan minat, dari situlah terletaknya nikmat kehidupan berumah tangga. Berikut beberapa cara untuk menerima suami atau isteri anda seadanya:
#1. Kekurangan yang ada pada pasangan tidak boleh dijadikan bahan untuk merendahkannya. Berikan motivasi yang dapat membangunkan kepercayaan diri dan berusaha menutup setiap kekurangan.
#2. Sentiasa belajar untuk ikhlaskan hati dalam menerima kelemahan. Pujuk diri untuk mengalah dengan kekurangan pada dirinya. Tiada manusia yang sempurna, baik sifat mahupun tingkah laku. Justeru sekiranya anda ingin membentuk sebuah keluarga sakinah, cubalah untuk belajar menghargai pasangan.
#3. Belajarlah untuk tidak terlalu fokus pada kelemahan pasangan, tapi usahakan melihat yang ada pada diri sendiri. Buatlah seperti catatan tentang diri anda, tulis dengan jujur kekurangan diri anda. Dengan begitu, anda akan sedar bahawa diri sendiri juga tidak sempurna.
#4. Elakkan memendam kekesalan pada diri sekiranya selepas kahwin anda melihat setiap kekurangan pasangan. Ketika bercinta, memanglah semuanya kelihatan indah dan sempurna. Sekiranya perlu, berterus-teranglah padanya tentang perkara yang anda tidak suka serta nasihatkannya dengan baik.
#5. Tutup kekurangan pasangan di hadapan orang lain. Usah menambah bebannya dengan cara menceritakan kekurangan kepada orang lain. Cukuplah hanya anda sahaja mengetahuinya kerana pasangan mungkin akan berkecil hati dan kelak boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Wahai Suami, Tiada Isteri Yang Diciptakan Sempurna, Hargailah Setiap Pengorbanannya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!