X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Suami Yang Mengahwini Isteri "Chubby" 10 Kali Lebih Bahagia (Menurut Sains!)

3 min bacaan
Suami Yang Mengahwini Isteri "Chubby" 10 Kali Lebih Bahagia (Menurut Sains!)

Lepas ini, isteri yang chubby tak payah rasa rendah diri lagi! Kajian mengatakan suami dengan isteri chubby 10 kali lebih bahagia dalam rumah tangga, wow!

Isteri “chubby” lebih membahagiakan suami

Yay! Akhirnya ada juga penghargaan pada wanita yang tak “berapa nak kurus” atau orang selalu panggil chubby macam kita ini. 

Baru-baru ini, sebuah kajian yang dijalankan oleh jabatan psikologi UNAM mendedahkan suami yang mengahwini isteri yang chubby lebih bahagia.

Malah, bukan bahagia biasa-biasa saja tau, tapi 10 kali lebih bahagia berbanding jika mengahwini wanita yang kurus!

Suami Yang Mengahwini Isteri Chubby 10 Kali Lebih Bahagia (Menurut Sains!)

Tapi mengapa? Dan bagaimana suami boleh lebih bahagia pula?

Begini – menurut Dr. Filemon Alvarado dan Dr. Edgardo Morales, suami yang mengahwini pasangan chubby lebih banyak senyum, gembira dan lebih mudah menyelesaikan masalah.

Ha… jadi sebab itu mereka lebih bahagia. 

Jadi, tak kisahlah ada berapa banyak lemak dekat perut, paha atau selulit sekalipun, kita pasti akan buat suami lebih bahagia, kan!

Tapi, ada juga isteri tak chubby yang membahagiakan suaminya

Walaubagaimanapun, lain orang lain citarasanya. Betul tak? 

Kadang-kadang, ada saja suami yang kahwin dengan isteri yang kurus dan bahagia hingga sekarang. 

pasangan chubby

Kredit: Your Tango

Kajian ini hanya ingin membuktikan perbezaan psikologi di kalangan lelaki apabila memiliki pasangan masing-masing.

Pakar menjelaskan, wanita yang kurus didapati lebih “menyimpan rasa” dan kurang ramah. Sebab itu mereka sukar untuk didekati.

Malah, kajian juga mendedahkan wanita yang kurus lebih senang untuk “jatuh” ketika mengalami tekanan dan boleh melalui datang haid yang tak normal. 

Lalu, mereka akan cepat moody, atau tak berjaya untuk memberi zuriat (selalu bab menggembirakan suami ini berbalik pada anak, kan?)

Jadi, kalau anda ada “beberapa lemak lebih”, tak payahlah risau lagi, okay! Janji suami bahagia. 

Akan tetapi, janganlah juga kita mendeskriminasi wanita-wanita lain di luar sana yang kurus dan berusaha untuk menaikkan berat badan. 

Kita semua sama saja (yang penting kita superwomen kot!). 

pasangan chubby

Kredit: Health Spirit Body

Kaitan antara isteri yang chubby dengan fikiran seorang suami

Ini bukan kali pertama kajian terhadap psikologi seseorang suami dan ciri-ciri isterinya dikaji.

Sebelum ini, kajian pada tahun 2012 mendedahkan lelaki budiman lebih suka perempuan kurus. Namun, lelaki yang selalu tertekan menggemari perempuan yang sedikit chubby.

Eh, kenapa lelaki yang selalu tertekan tertarik pada wanita chubby pula?

Ini kerana tekanan menukar “streotype klasik” yang menganggap lelaki hanya suka perempuan yang kurus, ramping dan cantik. Sebenarnya, tak!

University of Westminster di London telah menyoal 41 sukarelawan lelaki dalam subjek mengatasi tekanan.

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
What to Expect After A C-Section And Speed Up Scar Healing
What to Expect After A C-Section And Speed Up Scar Healing
How I encouraged my child to be resilient even though I was a helicopter mum
How I encouraged my child to be resilient even though I was a helicopter mum
Mums, Here's Everything You Need to Know About Pregnancy Stretch Marks
Mums, Here's Everything You Need to Know About Pregnancy Stretch Marks

Setelah kajian hampir selesai, mereka disoal untuk memberi ukuran berapa menarik seseorang wanita – berdasarkan bentuk badan mereka.

Keputusan kajian menunjukkan 40 lelaki memilih wanita yang bertubuh lebih gempal itu lagi menarik berbanding yang lain. 

Pakar mengkonklusikan perkara ini sebagai semakin tertekan seorang individu, semakin dia boleh mengubah persepsi biasa yang dibuatnya.

Ha… semoga perkongsian ini boleh menangkis fikiran wanita-wanita di luar sana yang kurang yakin dengan diri sendiri.

Percayalah, walau bagaimanapun rupa bentuk dan tubuh badan anda, pasangan yang sebenar takkan pandang semua itu.

Yang penting adalah kerjasama kalian untuk membina keluarga bahagia, dan masing-masing menjaga kesihatan diri malah juga keluarga.

Jom kongsikan hasil kajian ini dengan semua wanita chubby di luar sana!

Sumber rujukan: Your Tango dan Rebel Circus

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsurat-cinta-suami-indah/

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Suami Yang Mengahwini Isteri "Chubby" 10 Kali Lebih Bahagia (Menurut Sains!)
Kongsikan:
  • Jangan Taksub Sangat Dengan Masalah Rumah Tangga Orang! - Isteri Ini Kongsi Nasihat Suami

    Jangan Taksub Sangat Dengan Masalah Rumah Tangga Orang! - Isteri Ini Kongsi Nasihat Suami

  • 10 Tanda Amaran Perkahwinan Anda Suami Isteri Mungkin Ada Masalah

    10 Tanda Amaran Perkahwinan Anda Suami Isteri Mungkin Ada Masalah

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Jangan Taksub Sangat Dengan Masalah Rumah Tangga Orang! - Isteri Ini Kongsi Nasihat Suami

    Jangan Taksub Sangat Dengan Masalah Rumah Tangga Orang! - Isteri Ini Kongsi Nasihat Suami

  • 10 Tanda Amaran Perkahwinan Anda Suami Isteri Mungkin Ada Masalah

    10 Tanda Amaran Perkahwinan Anda Suami Isteri Mungkin Ada Masalah

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.