X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Berpada-Pada Kongsi Kebaikan Suami Di Media Sosial, Takut Ramai Cemburu & Sakit Hati

4 min bacaan
Berpada-Pada Kongsi Kebaikan Suami Di Media Sosial, Takut Ramai Cemburu & Sakit Hati

Kebaikan suami terhadap isteri dan anak dapat membahagiakan rumah tangga. Namun usahlah terlalu kerap berkongsi, bimbang ramai yang cemburu

Jika dahulu sebarang aktiviti atau rutin yang dilakukan tidak diketahui ramai, namun dengan kehadiran teknologi zaman kini telah mendorong kebanyakan pengguna untuk berkongsi di media sosial termasuklah tentang kebaikan suami.

Mungkin bagi sesetengah individu, ia hanyalah bertujuan sekadar berkongsi dengan rakan atau pengikut media sosial. Namun tidak ramai yang menyedari akan kesan lain akibat perbuatan ini.

Elak terlalu hebohkan kebaikan suami

cerita kebaikan suami

credit to sources

Seolah-olah sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan pengguna media sosial untuk mempamerkan segala yang mereka ada dengan pengguna yang lain. Kalau boleh semuanya hendak dikongsi.

Tidak cukup dengan itu, ramai yang sengaja mempertontonkan sikap dan kisah pasangan. Kebaikan suami terhadap anak dan isteri dimuat naik bersama beberapa keping gambar dan video.

Tanpa anda sedar, perbuatan sebegini boleh mengundang penyakit ain kerana tidak semua orang akan berasa senang hati dengan perkongsian tersebut.

Waspada ketika menceritakan kebaikan suami

Menurut perkongsian oleh Ahmad Saifuddin Yusof, dia memberi peringatan kepada isteri mahupun sesiapa sahaja untuk berpada-pada dalam ‘menghebohkan’ kebaikan suami.

Setiap kebaikan yang kita lakukan secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan manusia adalah ibadah kepada Allah.

Terbaca dan tertonton para isteri bercerita kebaikan suaminya kepada umum di pelbagai medium seperti Facebook, Tiktok, Instagram dan sebagainya.

Kita memahami bahawa para isteri itu sangat gembira dan bahagia berkahwin dengan seorang lelaki yang baik hati. Sehingga ada tidak sangka suaminya sebaik itu.

kongsi kebahagiaan rumah tangga

credit to sources

Seeloknya, kita sebagai isteri. Sembunyikan kebaikan atau amal suami kepada umum. Tidak perlu diceritakan segalanya kepada awam. Mengapa?

#1. Dibimbangi timbul rasa riak dalam hati suami apabila dia mendapat pujian daripada orang ramai. Sedangkan amal kebaikan yang dia buat itu dalam keadaan tersembunyi tanpa pengetahuan orang. Hanya keluarga sahaja yang mengetahuinya.

Apabila isteri menceritakannya kepada orang lain, risau akan timbul rasa riak dalam hati suami sehingga boleh merosakkan amal kebaikannya yang paling bernilai tinggi di sisi Allah.

Cukuplah kita berkata, ‘Alhamdulillah, syukur dapat suami yang baik.” Tanpa memperincikan segala kebaikan yang dia lakukan.

#2. Berkemungkinan timbul rasa suka dan berkenan oleh wanita lain

Apabila kerap berkongsi kebahagiaan dengan suami, berkemungkinan besar ramai wanita yang single dan masih available di luar sana untuk menyukai pasangan anda.

Maka syaitan akan mula meniup hasutan dan godaan pada fikiran mereka termasuklah suami apabila wujudnya komunikasi dua hala. Kadang-kadang, timbul di benak wanita-wanita di luar sana seperti:

‘Kalau isteri dia meninggal, bolehlah aku ambil peluang untuk mendekati suami dia.’

Sebenarnya saya pernah terdengar ucapan seperti ini daripada seorang wanita sewaktu perbualannya dengan rakan.

Justeru, sebaiknya para isteri sembunyikanlah amal baik suami sendiri. Biarlah hanya kita seorang yang menjadi saksi untuk suami di akhirat nanti.

Boleh mengundang banyak keburukan berbanding kebaikan

suami yang baik

foto: redaksi

Kebahagiaan yang dirasai juga dianggap rezeki buat anda. Sering berkongsi mengenainya di media sosial hanya boleh mengundang perkara di sebaliknya. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok.

Tidak mustahil untuk wanita lain yang masih bujang berusaha mendekati suami-suami yang kelihatan begitu baik ini, malah paling menyakitkan ada yang sanggup menjadi isteri kedua!

Mungkin pada pandangan anda, suami hanyalah orang biasa-biasa sahaja. Akan tetapi pandangan orang lain melihat pasangan anda merupakan lelaki idaman mereka.

Stories Rakan Kongsi
Money Lessons From Our Parents – And How They Shaped Our Money Parenting Style
Money Lessons From Our Parents – And How They Shaped Our Money Parenting Style
Is Your Child’s Growth Stunted? Here’s What You Should Know
Is Your Child’s Growth Stunted? Here’s What You Should Know
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Imported Maternal Milk: Where Is It From And Why That Matters
Imported Maternal Milk: Where Is It From And Why That Matters

Justeru tidak salah untuk berkongsi di media sosial, namun usahlah berlebih-lebihan kerana perbuatan sebegini boleh mengundang banyak kesan kurang baik terhadap rumah tangga. 

Kebahagiaan yang dirasai tidak semestinya berkekalan kerana hati manusia bila-bila masa sahaja boleh berubah. Oleh itu, sentiasalah bersederhana dalam tindakan yang dilakukan agar anda tidak menyesal kemudian hari.

Sumber: Ahmad Saifuddin Yusof

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suri Rumah Kena Banyak Bersabar, Sindrom ‘Sunyi’ Yang Dirasai Tidak Ramai Mengerti

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Berpada-Pada Kongsi Kebaikan Suami Di Media Sosial, Takut Ramai Cemburu & Sakit Hati
Kongsikan:
  • Cara Pujuk Lelaki Yang Merajuk Atau Marah Dengan Efektif, Elak Masalah Berpanjangan

    Cara Pujuk Lelaki Yang Merajuk Atau Marah Dengan Efektif, Elak Masalah Berpanjangan

  • 5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

    5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

  • Cara Pujuk Lelaki Yang Merajuk Atau Marah Dengan Efektif, Elak Masalah Berpanjangan

    Cara Pujuk Lelaki Yang Merajuk Atau Marah Dengan Efektif, Elak Masalah Berpanjangan

  • 5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

    5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.