Hari ini, masih ada ibu bapa yang enggan untuk memvaksin anak-anak mereka. Keengganan mereka terhadap vaksin amat membimbangkan kerana tindakan ini boleh menyebabkan penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin muncul kembali di kalangan kanak-kanak.
Dalam laporan jurnal bertajuk “Meneliti Sebab-Sebab Di Sebalik Ibu Bapa Menolak Vaksin”, terdapat 4 sebab utama ibu bapa enggan memvaksin anak-anak mereka1.
4 sebab-sebab tersebut ialah:
- Agama.
- Kepercayaan peribadi atau falsafah.
- Kebimbangan keselamatan.
- Keinginan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada penyedia penjagaan kesihatan.
Kebimbangan ibu bapa tentang vaksin dalam setiap kategori membawa kepada respons berbeza: ada ibu bapa yang menolak vaksin sepenuhnya, malah ada juga yang menangguhkan vaksin.
Namun kekurangan maklumat adalah salah satu sebab yang disebut oleh ibu bapa semasa mereka ingin membuat keputusan imunisasi bertanggungjawab untuk anak-anak, ini adalah sesuatu yang kami harap dapat ditangani melalui artikel ini.
Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja
Ini apa yang anda perlu tahu tentang penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin2:
Pertama, ibu bapa harus tahu bahawa terdapat penyakit yang boleh dicegah dengan langkah pencegahan tertentu, dan jika anak-anak masih dijangkiti penyakit, kesannya tidak terlalu teruk.Berikut adalah penyakit dan jenis vaksin yang sedia ada untuk ibu bapa pertimbangkan dalam melindungi anak-anak mereka:
- Tuberkulosis (TB atau batuk kering) – Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan serius seperti meningitis dan merebak kepada organ lain3.
- Difteria – Toksik dikeluarkan oleh bakteria boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat4.
- Pertusis (batuk kokol) – Boleh menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak5.
- Tetanus – Keracunan bakteria yang boleh menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang6.
- Haemophilus influenza jenis B (Hib) – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan neuritis (meningitis)2.
- Hepatitis B – Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada hati dan meningkatkan risiko individu mendapat kanser hati pada masa hadapan2.
- Polio – Virus ini boleh menyebabkan kelumpuhan malah kematian2.
- Campak – Virus ini boleh menyebabkan demam, cirit-birit, muntah, jangkitan pada otak (ensefalitis) and paru-paru (pneumonia)7.
- Beguk – Virus ini menyebabkan meningitis viral dan inflamasi testis (orkitis)8.
- Rubella – Virus ini boleh menyebabkan demam, ruam, loya dan konjunkivitis ringgan9.
- Pnemokokus – Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit teruk seperti meningitis atau jangkitan yang lebih ringan seperti sinusitis atau jangkitan telinga2.
- Rotavirus – Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk dan dehidrasi2.
- Virus Human Papilloma – Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat pada alat kelamin2.
- Varicella (Cacar air) – Virus ini boleh menyebabkan ruam lepuh berisi cecair dan demam, virus ini juga boleh menyebabkan kayap (shingles) kepada orang dewasa jika virus aktif semula10.
- Influenza – Virus ini boleh menyebabkan wabak flu atau musim selesema11.
- Meningococcal – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan otak, saraf tunjang (meningitis) dan darah yang teruk12.
- Hepatitis A – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan jangka pendek pada hati13.
Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja
Kebaikan dan Kepentingan Vaksin Ibu Bapa Perlu Tahu
Ibu bapa perlu tahu bahawa vaksinasi telah banyak mengurangkan kesan penyakit berjangkit14 dan ini adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan.
Ya, vaksinasi semakin mendapat perhatian umum sejak kebelakangan ini dan khusunya berkaitan keberkesanan dan kemujarabannya.
Ini sebabnya ibu bapa harus mempertimbangkan manfaat memvaksinkan anak-anak berbanding 4 sebab-sebab yang dinyatakan dalam kajian yang disebut di atas.
Vaksin Mampu Membantu Mengelakkan Komplikasi Penyakit15
Vaksin berkesan dalam melindungi individu jika diberikan sebelum terdedah kepada penyakit. Ia berfungsi dengan meniru jangkitan yang membantu mengajar sistem imun kita bagaimana untuk melawan jangkitan masa hadapan15.
Tujuan utama imunisasi adalah untuk mencegah penyakit dan melindungi diri daripada komplikasi yang timbul daripada jangkitan.
Seiring dengan keinginan untuk menambah pengetahuan tentang vaksin, kami di sini untuk berbicara tentang jenis-jenis vaksin berbeza yang tersedia agar ibu bapa dapat memahmi lebih lanjut tentang vaksin dan penggunaanya.
Jenis-jenis Vaksin Berbeza15
Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja
#1: Vaksin hidup dilemahkan
Vaksin hidup dibuat daripada bakteria atau virus yang lemah, tetapi masih boleh mencetus badan untuk mencipta tindak balas membina imun yang sama seperti jangkitan semula jadi15.
#2: Vaksin tidak aktif (Vaksin terbunuh)
Vaksin yang dibuat daripada bakteria atau virus pembawa penyakit yang dinyahaktif semasa proses membuat vaksin15.
#3: Vaksin toksoid
Vaksin toksoid dibuat daripada toksin lemah, yang dikenali sebagai toksoid. Badan kita akan mempelajari cara melawan toksin semula jadi selepas didedahkan kepada vaksin yang mengandungi toksoid15.
#4: Vaksin Subunit
Vaksin ini dibuat daripada bahagian tertentu virus atau bakteria, yang dipanggil subunit, menggunakan hanya antigen penting dan bukan keseluruhan kuman15.
#5: Vaksin mRNA
Vaksin mRNA menggunakan mRNA ciptaan makmal untuk mengajar sel-sel tubuh kita cara menghasilkan spike protein. Ia mencetus tindak balas imun apabila tubuh kita menyedari spike protein ini tidak tergolong dalam badan dan oleh itu mencipta antibodi untuk melawan penyakit16.
Jika sebab utama anda enggan memvaksin anak anda kerana kekurangan maklumat, kami berharap artikel ini menjelaskan lebih lanjut tentang topik tersebut. Selain itu, untuk anda memahami vaksinasi dengan lebih baik, sila rujuk kepada pakar pediatrik anda semasa lawatan anda yang seterusnya.
MY-ROT-00231 Aug/2022
Rujukan:
- Mckee C, Bohannon K. Exploring the Reasons Behind Parental Refusal of Vaccines. The Journal of Pediatric Pharmacology and Therapeutics. U.S. National Library of Medicine; 2016;21(2).
- UNICEF. Vaccines and the diseases they prevent. Available From: https://www.unicef.org/parenting/health/vaccines-and-diseases-they-prevent. Last Accessed 24 August 2022.
- Mayo Clinic. Tuberculosis. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tuberculosis/symptoms-causes/syc-20351250. Last Accessed 20 August 2022.
- Mayo Clinic. Diphtheria. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diphtheria/symptoms-causes/syc-20351897. Last Accessed 20 August 2022.
- National Health Service Inform. Whooping cough. Available From: https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/infections-and-poisoning/whooping-cough. Last Accessed 24 August 2022.
- Mayo Clinic. Tetanus. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tetanus/symptoms-causes/syc-20351625. Last Accessed 20 August 2022.
- Mayo Clinic. Measles. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/measles/symptoms-causes/syc-20374857. Last Accessed 20 August 2022.
- National Health Services. Mumps – Complications. Available From: https://www.nhs.uk/conditions/mumps/complications/. Last Accessed 24 August 2022.
- World Health Organization. Rubella. Available From: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/rubella. Last Accessed 20 August 2022.
- PORTAL MyHEALTH. Chickenpox. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/chickenpox/. Last Accessed 20 August 2022.
- Centers for Disease Control and Prevention. Types of Influenza Viruses. Available From https://www.cdc.gov/flu/about/viruses/types.htm. Last Accessed 21 August 2022.
- Centers for Disease Control and Prevention. Meningococcal Disease. Available From: https://www.cdc.gov/meningococcal/index.html. Last Accessed 24 August 2022.
- Centers for Disease Control and Prevention. What is hepatitis A – FAQ. Available From: https://www.cdc.gov/hepatitis/hav/afaq.htm#overview. Last Accessed 22 August 2022.
- Centers for Disease Control and Prevention. Common Questions About Vaccines. Available From: https://www.cdc.gov/vaccines/parents/FAQs.html. Last Accessed 24 August 2022.
- Centers for Disease Control and Prevention. Understanding How Vaccines Work. Available From: https://www.cdc.gov/vaccines/hcp/conversations/understanding-vacc-work.html. Last Accessed 22 August 2022.
- Centers for Disease Control and Prevention. Understanding mRNA COVID-19 Vaccines. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/different-vaccines/mrna.html. Last Accessed 20 August 2022.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!