X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Malunya Bila Bersalin Ada Doktor Lelaki, Apakah Hukum Doktor Lelaki Sambut Kelahiran?

4 min bacaan
Malunya Bila Bersalin Ada Doktor Lelaki, Apakah Hukum Doktor Lelaki Sambut Kelahiran?

Doktor lelaki yang bertugas menyambut kelahiran bayi membuatkan ramai bakal ibu ayah berasa kurang senang kerana perlu mendedahkan aurat di hadapan mereka

Kehadiran zuriat adalah penyeri dalam rumah tangga. Mana-mana pasangan tentu sahaja berasa teruja dan tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak. Walau bagaimanapun sebagai ibu, ada hal merisaukan ketika bersalin antaranya jika ditakdirkan doktor lelaki yang bertugas.

Mungkin jika bersalin di hospital swasta, anda boleh memilih mana-mana doktor yang disukai. Namun bila bersalin di hospital kerajaan, mahu ataupun tidak terpaksalah ibu menahan ‘tebal muka’.

Hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi menurut agama Islam

bersalin dengan doktor lelaki

credit to sources

Ketika menahan sakit kontraksi, para ibu diminta bertenang dan mengamalkan beberapa doa bagi melancarkan urusan bersalin. Jika anda mendapati doktor lelaki bertugas pada waktu itu, takkan lah nak halau mereka pula?

Bagi suami pula, tentu sahaja anda seboleh-bolehnya tidak mahu lelaki lain melihat aurat isteri. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ingin bersalin. Apa kata anda ikuti penjelasan Dr. Irwan bin Mohd Subri mengenai hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi.

”Isu doktor lelaki menyambut kelahiran telah kembali menggear alam maya. Ramai suami dan netizen tidak mahu doktor lelaki menyambut kelahiran kerana tidak mahu mereka melihat, menyentuh apatah lagi menyeluk faraj isteri (pemeriksaan bukaan),” jelasnya.

Pada asalnya, ia adalah hukum azimah iaitu haram melihat faraj wanita lain termasuklah faraj mahramnya tanpa alasan yang kukuh. Begitu juga orang wanita tidak boleh (haram) melihat faraj wanita lain saja-saja tanpa adanya keperluan.

Jika alasan bahawa doktor lelaki tidak boleh melihat faraj wanita ketika bersalin, sepatutnya alasan sama digunakan terhadap doktor wanita juga; tidak boleh melihat faraj mana-mana perempuan ketika melahirkan anak.

Ini kerana hukum azimah ialah tidak boleh melihat faraj wanita lain secara saja-saja, sama ada doktor wanita atau lelaki sama sahaja hukumnya.

Hukum doktor lelaki di wad bersalin menjadi rukhsah

doktor lelaki sambut kelahiran

credit to sources

”Namun kita berbicara tentang proses melahirkan anak. Adalah satu keperluan seseorang lelaki atau wanita untuk menyambut dan mengurus kelahiran.”

Jadi, keadaan hukum asal azimah telah berubah menjadi hukum rukhsah iaitu daripada hukum tidak boleh melihat faraj wanita lain secara saja-saja, kepada hukum ‘harus’ bahkan terkadang menjadi ‘wajib’ untuk melihat faraj wanita yang melahirkan anak.

Bukan itu sahaja, proses melahirkan anak telah menjadi hajat (keperluan) atau darurat (kecemasan), yang mana ia dinamakan rukhsah (keringanan) hukum. Hukumnya tidak lagi sama dengan keadaan hukum asal azimah.

Manakala ketika berlaku situasi hajat atau darurat, pesakit (isteri) tidak berdosa kerana mendedahkan aurat farajnya kepada orang lain. Doktor sama ada wanita atau lelaki tidak berdosa melihat faraj wanita lain ketika sambut kelahiran.

Kata kuncinya ialah hukum azimah dan hukum rukhsah. Begitu juga hajat dan darurat.

Lebih baik mendapatkan doktor wanita berbanding lelaki

Dari segi Awlawiyyatnya, adalah lebih baik doktor atau jururawat wanita yang bertugas menyambut kelahiran. Jika tiada, diharuskan kepada doktor lelaki bagi menyambut kelahiran.

hukum doktor lelaki menyambut kelahiran

credit to sources

Sudah tentu, sama ada wanita atau lelaki yang menyambut kelahiran perlu mematuhi prinsip syarak. Antaranya ialah tidak melebihi had sepatutnya.

Tuntutan para suami agar doktor perbidanan sakit puan atau O&G hanya dikhususkan kepada wanita sahaja demi menyelamatkan maruah faraj isteri adalah penyelesaian juz’ie (kecil atau sebahagian) sahaja.

Ada juga beberapa penyakit lain yang memerlukan pendedahan aurat wanita iaitu barah payudara, tiroid, barah usus dan lain-lain.

Dalam keadaan tanpa alasan kukuh atau saja-saja (azimah), aurat selain faraj juga haram dilihat oleh lelaki. Namun dalam situasi sakit (rukhsah), diharuskan untuk melihat dan menyentuhnya.

Kesimpulannya, tidak kiralah doktor lelaki mahupun wanita mereka menjalankan tugas hanya untuk merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit dalam keadaan darurat.

Sekiranya mampu, para suami boleh membelanjakan sedikit wang untuk isteri bersalin di hospital swasta dengan doktor pakar wanita. Jika tidak, usahlah membebankan diri sendiri kerana hospital kerajaan juga menawarkan perkhidmatan terbaik buat semua pesakit.

Sumber: Kashoorga

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doktor Kongsi 7 Jenis Suami Ketika Teman Isteri Bersalin Di Labour Room, #5 Paling Lucu!

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Malunya Bila Bersalin Ada Doktor Lelaki, Apakah Hukum Doktor Lelaki Sambut Kelahiran?
Kongsikan:
  • 10 Sebab Mengapa Doktor Lelaki Penting Di Wad Bersalin, Jangan Harap Doktor Wanita Saja!

    10 Sebab Mengapa Doktor Lelaki Penting Di Wad Bersalin, Jangan Harap Doktor Wanita Saja!

  • Doktor Berpakaian The Joker Sambut Kelahiran Bayi Sempena Halloween

    Doktor Berpakaian The Joker Sambut Kelahiran Bayi Sempena Halloween

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 10 Sebab Mengapa Doktor Lelaki Penting Di Wad Bersalin, Jangan Harap Doktor Wanita Saja!

    10 Sebab Mengapa Doktor Lelaki Penting Di Wad Bersalin, Jangan Harap Doktor Wanita Saja!

  • Doktor Berpakaian The Joker Sambut Kelahiran Bayi Sempena Halloween

    Doktor Berpakaian The Joker Sambut Kelahiran Bayi Sempena Halloween

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.