X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Memilih Pakar Ginekologi Atau Sakit Puan, Panduan Lengkap Buat Ibu Kali Pertama

7 min bacaan
Cara Memilih Pakar Ginekologi Atau Sakit Puan, Panduan Lengkap Buat Ibu Kali Pertama

Ginekologi atau pakar sakit puan memfokuskan rawatan berkaitan masalah dihadapi wanita seperti ketidakseimbangan hormon atau kesihatan umum

Tahukah anda pakar ginekologi ataupun pakar sakit puan merupakan cabang dalam perubatan yang fokus kepada kesihatan wanita.

Obstetrik dan ginekologi adalah pengkhususan perubatan surgeri yang menguruskan kesihatan pembiakan dan organ wanita, dalam wanita yang mengandung (obstetrik) dan yang tidak mengandung (ginekologi).

Pakar O&G meliputi kedua-dua pengkhususan termasuk bersalin dan kelahiran, selain kesihatan umum bagi sistem pembiakan wanita.

Isi Kandungan

  • Obstetrik dan ginekologi maksud
  • Kenal pasti keperluan sebelum dapatkan pakar sakit puan
  • Memilih pakar ginekologi atau sakit puan
  • Soalan untuk pakar o&g
  • Kenal pasti keperluan diri
  • Tanda doktor pakar sakit puan tidak sesuai dengan anda

Obstetrik dan ginekologi maksud

Sebelum tibanya detik kelahiran, ada banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan bagi memastikan setiap proses berjalan dengan lancar.

Sekiranya ibu bercadang untuk bersalin di hospital swasta, anda perlulah memilih hospital yang diingini dan juga pakar sakit puan di Malaysia untuk membantu merawat serta memantau kesihatan ibu dan bayi sepanjang kehamilan.

Sebenarnya, penting untuk anda mencari pakar sakit puan yang anda boleh menjalinkan hubungan yang baik dan boleh bercakap secara terbuka tentang sebarang kebimbangan yang anda ada mengenai kehamilan anda.

pakar ginekologi

Kenal pasti keperluan sebelum dapatkan pakar sakit puan

Tidak boleh memulakan carian tentang pakar ginekologi atau doktor pakar sakit puan jika masih tidak tahu apa yang anda cari. Ini akan membantu jika anda telah menetapkan senarai jangkaan untuk kehamilan dan kelahiran. Dengan cara ini ia boleh menyelaraskan perancangan anda dengan pakar sakit puan.

Menurut satu artikel oleh Berita Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat Disember 2021, terdapat hanya 924 pakar dalam bidang itu di Malaysia, termasuk 625 sedang berkhidmat di 397 Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Tetapi jangan terpengaruh dengan angka. Anda masih boleh pilih pakar sakit puan yang anda fikir terbaik untuk anda.

Untuk membantu anda memulakan carian, berikut ialah soalan yang boleh anda tanya:

  • Apakah jenis kelahiran yang anda rancangkan?
  • Adakah pakar sakit puan sesuai dengan kos kewangan anda?
  • Anda lebih selesa dengan doktor lelaki atau wanita?
  • Adakah hospital yang bergabung dengan mereka boleh diakses ke tempat anda tinggal?

Memilih pakar ginekologi atau sakit puan

pakar ginekologi

Salah satu cara terbaik untuk mencari OB-GYN atau doctor pakar sakit puan yang terbaik untuk anda ialah dari mulut ke mulut.

  • Anda boleh bertanya kepada keluarga, rakan atau seseorang yang anda percayai tentang pakar sakit puan yang patut berjumpa.
  • Gunakan peluang ini untuk mendengar pengalaman mereka dengan doktor pakar sakit puan sebelum ini dan adakah mereka akan kembali kepada gynae yang sama.
  • Anda juga boleh bertanya  sama ada mereka selesa dengan penjagaan pranatal dan bagaimana pengalaman bersalin. Cara ini akan membantu anda menentukan sama ada doktor berkenaan memberikan rawatan obstetrik dan ginekologi yang memuaskan ataupun sebaliknya.

Selain daripada orang yang anda kenali, adalah baik untuk menyemak ulasan pakar sakit puan di Malaysia.

Jangan risau tentang mengenai satu atau dua komen negatif. Walau bagaimanapun, elakkan mendapat rawatan yang mempunyai banyak aduan atau saman penyelewengan sedia ada yang difailkan terhadap tempat tersebut.

Soalan untuk pakar o&g

pakar ginekologi

Mengadakan temu janji pertama dengan doctor pakar sakit puan atau pakar o&g tidak semestinya anda sudah membuat keputusan. Ini hanya memberi peluang untuk membiasakan diri dengan mereka dan melihat sama ada pakar o&g tersebut sesuai ataupun tidak.

Tidak salah untuk melakukan penyelidikan mengenai latar belakang pakar o&g terlebih dahulu. Semak ulasan, seperti yang dikongsi di atas, dan penyenaraian dalam talian.

Dengan cara ini anda mungkin dapat mencari biografi penuh, bukti kelayakan dan sama ada mereka diperakui oleh KKM ataupun sebaliknya.

Buat sebahagian besar temu janji bersemuka dan sediakan soalan untuk gynaecology seperti:

  • Apa kepakaran utama gynaecology?
  • Berapa banyak temu janji yang akan gynaecology jadualkan dengan anda?
  • Berapa lama setiap temu janji?
  • Apakah pandangan mereka tentang kelahiran normal dan pembedahan?
  • Sama ada mereka melakukan kelahiran secara normal selepas pembedahan cesarean (VBAC) dan apakah penilaian kejayaan mereka untuknya?
  • Apakah kedudukan bersalin yang mereka paling selesa?
  • Juga, apakah cara kelahiran yang akan disyorkan untuk anda?

Jika doktor pakar sakit puan memenuhi keperluan dan jangkaan, maka anda telah jumpa pakar ginekologi yang sesuai.

Tetapi sebelum memulakan temu janji dengan klinik sakit puan, anda juga harus mempertimbangkan jarak hospital dan lokasi kediaman semasa bagi memudahkan urusan sepanjang kehamilan.

Selain daripada klinik sakit puan berdekatan, Agensi Kualiti Penyelidikan Penjagaan Kesihatan juga mencadangkan anda melihat faktor lain hospital termasuk:

  • Semak berapakah peratusan pesakit mereka yang mengalami jangkitan atau mengalami komplikasi selepas pembedahan.
  • Kadar kematian mereka dalam pelbagai jenis keadaan serta jenis prosedur.
  • Ulasan pesakit lain mengenai penjagaan dan rawatan yang mereka terima

Kenal pasti keperluan diri

Apabila memilih pakar sakit puan di Malaysia, berikut adalah beberapa soalan untuk ditanya kepada diri sendiri sebelum membuat keputusan muktamad:

  • Adakah anda berasa selesa dengan pakar sakit puan?
  • Adakah anda berkongsi nilai yang sama mengenai kehamilan, bersalin atau kawalan kelahiran?
  • Adakah pakar ginekologi itu melayan pesakit dgn mesra dan menghormati apa yang anda perlu katakan?
  • Adakah anda mempercayai pertimbangan atau kepakaran klinik pakar sakit puan tersebut?
  • Terutama sekali, adakah anda berdua sanggup bekerjasama dengan satu sama lain semasa perjalanan kehamilan anda?

Jika ini bukan bayi pertama, anda dinasihatkan agar terus berunding dengan pakar sakit puan a sebelum ini untuk terus mengendalikan kehamilan jika anda sudah mempunyai pengalaman yang baik dengan mereka.

Tanda doktor pakar sakit puan tidak sesuai dengan anda

Terdapat sebab yang berbeza mengapa ibu hamil beralih untuk pergi dengan doktor yang berbeza daripada doktor yang sebelumnya.

  • Jika doktor tidak mendengar anda
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang lemah
  • Membuat anda berasa tidak diendahkan

Jika perkara di atas terjadi, anda bebas untuk beralih kepada pakar sakit puan atau klinik sakit puan yang lain bagi memenuhi keperluan.

Anda juga boleh mempertimbangkan untuk mencari doktor baru jika doktor sebelumnya tidak meluangkan masa yang cukup dengan anda semasa lawatan prenatal anda.

Akhir sekali, anda boleh memilih pakar ginekologi yang bergabung dengan hospital tempat anda ingin bersalin dan seseorang yang berkongsi nilai dan kepercayaan yang sama mengenai amalan kehamilan dan bersalin.

Jika anda hanya berfikir tukar kerana doktor anda tegas tentang perkara tertentu, fikirkan dia hanya melakukannya untuk anda dan keselamatan bayi anda.

Untuk memastikan peralihan anda dari satu OB-GYN ke OB-GYN yang lain lancar, jangan lupa untuk memaklumkan doktor anda yang terdahulu dan minta rekod perubatan anda dihantar ke klinik baru.

Anda boleh melakukan ini secara bertulis atau melalui panggilan telefon. Tidak perlu menyatakan sebab, hanya perlu pastikan rekod anda akan dikeluarkan kepada anda atau klinik baharu.

Kami galakkan anda mengambil perhatian terhadap semua ujian dan prosedur yang dilakukan semasa pemeriksaan prenatal.

Sama ada anda memilih doktor sakit puan pada awal atau pertengahan kehamilan, apa yang penting ialah anda mencari seseorang yang dipercayai dan berasa selesa bekerjasama untuk mencapai kehamilan yang sihat dan proses kelahiran selamat.

Semoga manfaat!

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Obstetrik & Ginekologi (2019,January 16).
https://hkemaman.moh.gov.my/index.php/services/wanita-kanak-kanak/obstetrik-ginekologi

Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Pakar Sakit Puan (Ginekologis) Yang Disarankan Di Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

Baca juga: Muat Turun Aplikasi Kehamilan Terbaik Ini Dan Ikuti Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Setiap Minggu

Baca juga: Kehamilan Muda Bawah Usia 20 Tahun Boleh Membahayakan Nyawa Ibu & Janin- Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Cara Memilih Pakar Ginekologi Atau Sakit Puan, Panduan Lengkap Buat Ibu Kali Pertama
Kongsikan:
  • Scan Kehamilan Penting Untuk Pantau Perkembangan Janin, Bilakah Waktu Yang Sesuai?

    Scan Kehamilan Penting Untuk Pantau Perkembangan Janin, Bilakah Waktu Yang Sesuai?

  • Bersalin Di Hospital Kerajaan Atau Swasta? Ini Info Lengkap Untuk Ibu Buat Pilihan

    Bersalin Di Hospital Kerajaan Atau Swasta? Ini Info Lengkap Untuk Ibu Buat Pilihan

  • Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan, Ramai Tak Tahu 10+ Rahsia Ini!

    Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan, Ramai Tak Tahu 10+ Rahsia Ini!

  • Scan Kehamilan Penting Untuk Pantau Perkembangan Janin, Bilakah Waktu Yang Sesuai?

    Scan Kehamilan Penting Untuk Pantau Perkembangan Janin, Bilakah Waktu Yang Sesuai?

  • Bersalin Di Hospital Kerajaan Atau Swasta? Ini Info Lengkap Untuk Ibu Buat Pilihan

    Bersalin Di Hospital Kerajaan Atau Swasta? Ini Info Lengkap Untuk Ibu Buat Pilihan

  • Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan, Ramai Tak Tahu 10+ Rahsia Ini!

    Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan, Ramai Tak Tahu 10+ Rahsia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.