X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Perlukan Doktor Untuk Masalah Kewanitaan? Ini 8 Pakar Sakit Puan Berdaftar Di Lembah Klang

Pakar sakit puan dan pakar obstetrik memainkan peranan penting dalam kesihatan wanita, jadi penting bagi seorang wanita mendapatkan rawatan dari doktor yang dipercayai dan bekerjasama untuk menjaga keperluan spesifiknya.

Kebiasaannya seseorang wanita akan melakukan temujanji dengan doktor pakar sakit puan apabila memerlukan rawatan yang melibatkan kesihatan wanita.

Tetapi tahukah anda apa perbezaan antara pakar obstetrik dan ginekologi? 

Perbezaan Pakar Obstetrik Dan Ginekologi

[caption id="attachment_453520" align="aligncenter" width="670"]pakar Sakit Puan Kredit gambar: Freepik[/caption]

Buat pengetahuan anda, doktor pakar sakit puan atau ginekologi lebih khusus  dalam rawatan perubatan wanita dan sistem pembiakan manakala pakar obstetrik memberi tumpuan kepada kesihatan ibu dan bayi.

Seorang wanita boleh memilih untuk berjumpa doktor yang dikenali sebagai OB / Gyn, yang merupakan singkatan dari doktor yang pakar dalam bidang obstetrik dan ginekologi.

Obstetrik

Seorang pakar obstetrik adalah seorang doktor yang pakar di dalam penjagaan wanita hamil dan bayi dalam kandungan. Pakar ini dilatih untuk menguruskan satu variasi komplikasi berpotensi atau situasi yang boleh berlaku sewaktu hamil dan proses melahirkan termasuklah:

  • Kehamilan ektopik: satu kehamilan di mana janin membesar di luar rahim
  • Tekanan pada janin: tanda-tanda sebelum dan sewaktu melahirkan yang mungkin memberi signal bahawa janin mungkin tidak dalam keadaan baik
  • Isu plasenta
  • Tekanan darah tinggi: selalunya pendahulu kepada pra-eklampsia
  • Pembedahan cesarean

Seorang pakar obstetrik juga boleh memberi panduan kepada seorang ibu dengan selamat menerusi pengalaman sepenuhnya dari sejak hamil ke proses melahirkan ke selepas pantang. Servis lain yang ditawarkan oleh pakar obstetrik termasuklah:

  • Rawatan kesuburan
  • Langkah diagnostik janin
  • Penjagaan NICU (ini juga boleh diuruskan oleh seorang pakar pediatrik)

Ginekologi

Pakar ginekologi fokus pada aspek bukan hamil akan kesihatan reproduktif seorang wanita. Kaum wanita selalunya mula bertemu dengan seorang ginekologi pabila mereka menjadi aktif dalam aktiviti seks atau pada permulaan akal baligh jika diperlukan. Wanita bertemu dengan ginekologi mereka sewaktu proses menopaus dan selanjutnya.

Ujian biasa ginekologikal adalah penting untuk kesihatan wanita. Ginekologi akan melakukan ujian biasa, seperti Ujian Pap, dan ujian pelvik. Mereka juga boleh dilihat untuk mendiagnosis dan/atau merawat akan variasi kondisi, termasuklah:

  • Kanser ovari, uterus, servik, vagina atau tiub fallopian
  • Prolaps: satu kondisi di mana organ pelvik terkeluar ke depan atau ke belakang badan, selalunya selepas menopaus pada wanita
  • Jangkitan yis atau bakteria
  • Hubungan seks yang menyakitkan
  • Haid tidak teratur atau sakit ketika haid
  • Penyakit berkenaan dengan menopaus yang lain
  • Endometriosis: satu kondisi di mana tisu rahim membesar di luar rahim
  • Servikal dan vaginal polyps
  • Fibroids: Ketumbuhan yang kompak, yang tercipta di dalam rahim
  • Cyst pada ovari

Tambahan lagi, seorang pakar ginekologi boleh melakukan langkah surgikal ke atas organ reproduktif. Antara proses yang paling biasa termasuklah:

  • Histerektomi: Proses membuang rahim
  • Ooforektomi: Membuang ovari
  • Salpingektomi: Membuang tiub fallopian
  • Pengikatan tiub: Surgeri mencegah kelahiran kekal
  • Cone biopsy: Membuang sel awal kanser daripada servik selepas satu sesi ujian Pap
  • Labiaplasti: Surgikal membentuk semula genitalia luaran

Ramai pelatih memilih untuk menggabungkan keistimewaan obstetrik dan ginekologi untuk menyediakan lebih penjagaan wanita yang komprehensif.

Tips Memilih Doktor Pakar Sakit Puan Yang Serasi

[caption id="attachment_453519" align="aligncenter" width="670"]pakar Sakit Puan Kredit gambar: Google[/caption]

Pakar sakit puan memainkan peranan penting dalam kesihatan seorang wanita dan ibu hamil ya! Jadi sentiasa bertanyakan cadangan kepada kenalan dapat membantu anda mencari pakar sakit puan yang sesuai.

Selain itu, pertimbangkan beberapa perkara seperti di bawah:

1. Disyorkan

Salah satu kaedah terbaik untuk mengetahui sama ada pakar sakit puan patut dilihat ialah jika orang yang anda percayai - seperti penyedia penjagaan primer anda, rakan wanita dan saudara pernah mengesyorkan doktor tersebut.

2. Kelayakan/Pengalaman

Semak bio doktor di laman web yang sama yang memberikan ulasan, dan juga di laman web praktik mereka.

3. Menerima insurans anda

Periksa dengan rancangan insurans anda sama ada mereka menerima pelan insurans anda.

4. Keselesaan

Ingat ya, ini adalah doktor yang akan melakukan ujian ginekologi  dan yang akan menanyakan soalan yang sangat peribadi mengenai kesihatan seksual.

5. Berafiliasi dengan hospital yang anda percayai

Pastikan hospital yang dikendalikan oleh doktor anda mengekalkan standard kualiti tinggi.

Bilakah Waktunya Anda Patut Berjumpa Dengan Pakar Obstetrik atau Ginekologi?

[caption id="attachment_453517" align="aligncenter" width="670"]pakar Sakit Puan Kredit gambar: Freepik[/caption]

Obstetrik

Jika anda merancang untuk hamil, anda boleh secara preemptive mencari panduan akan seorang pakar obstetrik untuk membantu dengan fasa pra-kehamilan.

Ini boleh jadi penting untuk wanita yang lebih usia 35 tahun, wanita yang pernah mengalami keguguran pada masa lalu, wanita dengan sejarah komplikasi kehamilan, dan wanita yang berada pada risiko komplikasi.

Jika anda mempunyai kondisi ini atau isu kesihatan lain, anda patut pertimbangkan untuk bertemu dengan pakar obstetrik sebelum anda hamil:

  • Epilepsi
  • Diabetes
  • Asthma
  • Tekanan darah tinggi

Untuk ramai wanita, panggilan pertama mereka dengan pakar obstetrik adalah dalam respon kepada simptom kehamilan. Jika anda mengalami tanda-tanda hamil, anda patut membuat jadual untuk bertemu dengan doktor. Tanda ini termasuklah:

  • Haid terlepas
  • Penat
  • Keengganan kepada sesetengah jenis makanan
  • Peningkatan sensitiviti bau
  • Mual dan muntah
  • Payudara membengkak dan lembut
  • Kerap kencing
  • Nafas pendek
  • Perubahan fizikal seperti warna vagina atau servik yang melembut

Ginekologi

Sebahagian peranan seorang ginekologi adalah untuk menyediakan rutin pemeriksaan. Dalam cara ini, mereka memastikan yang pesakit mereka kekal sihat. Ketika rutin pemeriksaan mendedahkan satu masalah, ia boleh dirawat dengan segera.

Pesakit selalunya mula bertemu dengan pakar ginekologi setiap tahun pabila mereka berusia 13 ke 15 tahun. Anda patut menjadualkan temu janji khas untuk bertemu ginekologi jika anda mengalami ketidakselesaan atau simptom yang membimbangkan. 

Ginekologi mungkin berjumpa dengan sesetengah pesakit lebih sekali dalam setahun jika mereka menyediakan penjagaan untuk menguruksn penyakit kronik dan/atau kondisi yang berterusan. 

Selalunya, seorang pesakit akan meneruskan untuk bertemu dengan ginekologi yang sama untuk tahun demi tahun. Ini melahirkan satu hubungan yang dipercayai antara doktor dan pesakit.

8 Doktor Pakar Sakit Puan di Sekitar Lembah Kelang

Di sini kami menyenaraikan  orang pakar sakit puan yang berdaftar di Malaysia, khususnya di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Pakar Terbaik Nama Pakar

Pakar Ginekologi dan Obstetrik

Dr Noor Azmi Bin Mat Adenan

Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan

Dr Ng Hock Oon

Pakar Onkologi dan Obstetrik serta Ginekologi

Dr Lim Boon Kiong

Pakar Obstetrik & Ginekologi, Perubatan Pembiakan Dibantu, dan Ginekologi Minimum Invasif

Dr Aizura Syafinaz Ahmad Adlan

Pakar Obstetrik dan Ginekologi

Dr Adzlina Jaaffar

Pakar Obstetrik dan Ginekologi

Dr Zalina Bt Salleh

Pakar Obstetrik & Ginekologi serta O&G Ubatan Reproduktif

Dr Adilah Ahmat

Pakar Obstetrik dan Sakit Puan

Dr Noor Shaheeran Bt Abdul Hayi

Dr Noor Azmi b Mat Adenan

Pakar Ginekologi dan Obstetrik

Kepakaran Prof Dr Noor Azmi Bin Mat Adenan dalam O&G diakui ketika dilantik sebagai Pengerusi Bersama dan Pengarah Saintifik untuk Seminar Gynae-Onkologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) pada tahun 2008. Beliau pernah menjadi Penyelaras Program dan kemudian, sebagai Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

Pengkhususan:

  • Ginekologi (Onkologi)
  • Obstetrik dan Ginekologi

Tempat bertugas:

  • Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Jalan SS 12/1A, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Kelayakan:

  • BSc Medical Science (St Andrews Univ, Scotland ) 1984-1987 MBChB (Glasgow Univ, Scotland)  1987-1990
  • NSR 126059 (Obstetrics & Gynaecology, June 2009), NSR 126059 (Gynae-Oncology, Feb 2013)

Pertuturan:

  • English
  • Bahasa Melayu

Dr Noor Azmi b Mat Adenan

product imageKlik untuk temujanji

Dr Ng Hock Oon

Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan

Dr. Paul Ng adalah Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan di Pusat Perubatan Tropicana dan Hospital Pantai dengan kepakaran dalam bidang Obstetrik & Ginekologi.

Pengkhususan:

  • Obstetrik dan Ginekologi

Tempat bertugas:

  • Pantai Hospital Kuala Lumpur, No. A427 & No. A428, 4th Floor, Block A, 8, Jalan Bukit Pantai 59100 Kuala Lumpur, Malaysia

    +603-22960714 Ext. 2714
    +603-22960715 Ext. 2715

Kelayakan:

  • MBChB (Leicester)
  • FRCOG (London)
  • Fellowship in Gynaecological Oncology (S'pore)

Pertuturan:

  • English
  • Mandarin
  • Bahasa Melayu

Dr Ng Hock Oon

product imageKlik untuk temujanji

Dr Lim Boon Kiong

Pakar Onkologi dan Obstetrik serta Ginekologi

Profesor Madya Dr Lim Boon Kiong dilatih di London dan memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Perubatan (O&G) di Universiti Malaya pada tahun 1995. Karya-karyanya banyak diterbitkan dalam jurnal akademik dengan yang terbaru adalah International Journal of Gynecological Cancer and the European Jurnal Obstetrik dan Ginekologi dan Biologi Reproduktif.

Pengkhususan:

  • Ginekologi (Onkologi)
  • Obstetrik dan Ginekologi

Tempat bertugas:

  • UM Specialist Centre, UMSC Building, Lot 28, Lorong Universiti, Lembah Pantai,50603 Kuala Lumpur

Email:

  • [email protected]

Kelayakan:

  • MBBS (University of Malaya, Malaysia) 1990
  • MRCOG (Royal College of Obstetricians and Gynaecologists, United Kingdom) 1996

Pertuturan:

  • English
  • Bahasa Melayu

Dr Lim Boon Kiong

product imageKlik untuk temujanji

Dr Aizura Syafinaz Ahmad Adlan

Pakar Obstetrik & Ginekologi, Perubatan Pembiakan Dibantu, dan Ginekologi Minimum Invasif

[caption id="attachment_417316" align="aligncenter" width="670"]pakar sakit puan sumber: bernama[/caption]

Dr Aizura Adlan pakar dalam operasi laparoskopi, prosedur pembiakan dan pemeliharaan kesuburan serta melakukan histeroskopi pejabat, ultrasonografi panggul dan program pemeriksaan kesihatan wanita secara umum. Dr Aizura Adlan sering diundang untuk memberi kuliah dan membincangkan mengenai isu laparoskopi pada pertemuan ilmiah nasional dan antarabangsa. 

Pengkhususan:

  • Obstetrik & Ginekologi (O&G)
  • Perubatan Pembiakan Dibantu
  • Ginekologi Minimum Invasif

Tempat bertugas:

  • UM Specialist Centre, UMSC Building, Lot 28, Lorong Universiti, Lembah Pantai,50603 Kuala Lumpur

Kelayakan:

  • MOG (UM)
  • MBBS (UM)

Pertuturan:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

Dr Aizura Syafinaz Ahmad Adlan

product imageKlik untuk temujanji

Dr Adzlina Jaaffar

Pakar Obstetrik dan Ginekologi

doktor sakit puan

Dr Adzlina  Jaaffar bersemangat dalam mempromosikan amalan penyusuan susu ibu dan telah memberikan kaunseling untuk pesakit dan latihan tenaga perubatan. Dan mempunyai minat khusus dalam pembedahan invasif yang minimum dan dapat melakukan Histerektomi Laparoskopi Total, Cystektomi Ovari Laparoskopi, dan Myomektomi Laparoskopi.

Pengkhususan:

  • Obstetrik & Ginekologi (O&G)

Tempat bertugas:

  • Specialist Clinic, 6th Floor, Block B (New Block), Gleanagles Hospital Kuala Lumpur
  • 03-4141 3251 / 3252 / 3253

Kelayakan:

  • MBCHB – University of Birmingham
  • Masters – Universiti Sains Malaysia

Pertuturan:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

Dr Adzlina Jaaffar

product imageKlik untuk temujanji

Dr Zalina Bt Salleh

Pakar Obstetrik dan Ginekologi

doktor sakit puan

Dr. Zalina adalah pakar dalam bidang Obstetrik & Ginekologi dan dia memulakan latihan di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri berkuat kuasa pada Mei 2010. Beliau memperoleh Doktor Perubatan, MD (UKM) pada tahun 1989 dan Sarjana dalam bidang Obstetrik & Ginekologi MOG (UKM) pada tahun 2002 .

Pengkhususan:

  • Obstetrik & Ginekologi (O&G)

Tempat bertugas:

  • KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital

Kelayakan:

  • MD – UKM

Pertuturan:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

Dr Zalina Bt Salleh

product imageKlik untuk temujanji

Dr Adilah Ahmat

Pakar Obstetrik & Ginekologi serta O&G Ubatan Reproduktif

rawatan sakit puan

Dr Adilah menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah menamatkan perkhidmatan rumahnya di Hospital Seremban, Dr Adilah bertugas di banyak tempat termasuk Hospital Taiping, MCHC di Shah Alam, Hospital Kuala Lumpur, Hospital TAR Klang, dan HUKM. Di HUKM, dia mengikuti latihan O&G Pascasiswazah dan berjaya memperoleh Sarjana dalam O&G pada tahun 2002.

Pengkhususan:

  • Obstetrik & Ginekologi (O&G)
  • O&G - Reproductive Medicine

Tempat bertugas:

  • No. A432, Tingkat4, Blok A, 8, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Jalan Bukit Pantai 59100 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +603-2296 0714 / 15 Ext. 2714/15
  • +603-2298 9836 Ext. 8836

Kelayakan:

  • MD – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • MOG – Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Fellowship in IVF (Germany)

Pertuturan:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

Dr Adilah Ahmat

product imageKlik untuk temujanji

Dr Noor Shaheeran Bt Abdul Hayi

Pakar Obstetrik dan Sakit Puan

doktor pakar malaysia

Noor Shaheeran BT. Abdul Hayi adalah Pakar Obstetrik dan Sakit Puan dab mempunyai pengalaman 12 tahun dalam bidang ini.  Dia menamatkan MD - Obstetrik & Ginekologi dari USM pada tahun 2004, MRCOG dari Royal College Of Obstetricians And Gynecologists, London, UK pada tahun 2011 dan MBBS.

Pengkhususan:

  • Obstetrik & Ginekologi (O&G)

Tempat bertugas:

  • KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, East Wing-Level 3, Suite No.4

  • 03-42895000 ext 3397

Kelayakan:

  • MD - Obstetrik & Ginekologi - USM, 2004
  • MRCOG - Royal College Of Obstetricians And Gynecologists, London, Uk, 2011
  • MBBS

Pertuturan:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

Dr Noor Shaheeran Bt Abdul Hayi

product imageKlik untuk temujanji

10 Sebab Penting Untuk Anda Temui OB/GYN

[caption id="attachment_453518" align="aligncenter" width="670"] Kredit gambar: Freepik[/caption]

Untuk ramai wanita, membuat satu temu janji dengan seorang pakar obstetrik atau ginekologi boleh jadi menakutkan, dan sesetengah akan mengelak untuk bertemu dengan pakar. Hakikatnya, melawat OB/GYN adalah penting untuk semua wanita.

Di sini kami kongsikan beberapa sebab penting untuk seorang wanita bertemu dengan OB/GYN:

1. Kesihatan fizikal menyeluruh

Pakar mengesyorkan wanita untuk membuat lawatan dengan OB/GYN kerana jika sesuatu yang separa serius menjadi serius berlaku di dalam tubuh anda dan anda tidak tahu tentangnya, satu pemeriksaan dengan seorang OB/GYN boleh membuatkan satu perbezaan. 

2. Lawatan berkaitan dengan hamil

Pakar Obstetrik, atau penyambut bayi, adalah sebahagian penting kepada mana-mana kehamilan. 

3. Haid tidak teratur

Jika seorang wanita mempunyai kebimbangan tentang kitaran haid, ia penting untuk anda membuat temu janji dengan OB/GYN dengan segera. Jika masalah itu dibiarkan, ia boleh menyebabkan masalah reproduktif di kemudian hari.

Jika haid anda terhenti, menjadi tidak teratur, habis lebih lama atau anda mengalami satu perubahan di dalam peredaran darah, seorang wanita perlu memberitahu OB/GYN mereka dengan segera dan dalam perincian. 

4. Pemeriksaan payudara

Ujian pemeriksaan payudara adalah yang paling biasa disyorkan kepada wanita lebih 40 tahun, biarpun, jika satu sejarah akan kanser payudara ada di dalam keluarga, jadi pemeriksaan lebih awal diperlukan.

5. Pemeriksaan Pelvik

Wanita berusia 21 tahun dan ke atas perlukan melakukan ujian pemeriksaan pelvik tahunan. Ia bukanlah satu temu janji yang disukai oleh setiap wanita, tetapi ujian pelvik adalah amat diperlukan untuk kesihatan wanita secara menyeluruh.

6. Pap Smear

Untuk kekal bebas daripada kanser atau kondisi kesihatan yang lain, satu ujian pap smear adalah penting untuk setiap beberapa tahun. Wanita berusia 21 tahun dan ke atas perlu melakukan lawatan kerap untuk proses yang mudah dan cepat ini, sama penting seperti ujian payudara.

Ia kedengaran seperti common sense, tetapi ramai wanita yang tidak mahu melakukan pap smear seperti mana yang dicadangkan doktor, kemudiannya menyesal kerana tidak melakukannya.

7. Kawal kelahiran

Tatkala seorang wanita menjadi aktif dalam seks dan tidak bersedia untuk hamil, dia perlu melakukan lawatan dengan pakar untuk kawalan kehamilan dan nasihat untuk perancang kehamilan.

8. Perubahan di dalam cecair yang dikeluarkan vagina

Seperti mana yang disebutkan di atas, pengeluaran cecair vagina adalah sesuatu yang yang perlu diperhatikan jika anda seorang wanita. 

Jika wanita mencari solusi kepada masalah itu tanpa mendapatkan pertolongan daripada OB/GYN, masalah itu akan dengan pantas menjadi teruk, jadi ia penting untuk membuat temu jadi.

9. Darah di dalam urin

Ketika pergi ke bilik air, jika anda merasakan kesakitan ketika membuang air, atau kelihatan darah, satu lawatan ke OB/GYN adalah penting untuk mengenal pastik jika ada sebarang kerisauan pada kesihatan.

Selalunya darah di dalam urin tidak menaikan mana-mana bendera merah secara segera tetapi ia berterusan meningkatkan masalah itu sehingga perlu melakukan diagnos untuk bertemu jika rawatan diperlukan.

10. Kesakitan ketika seks

Semua orang mempunyai tahap toleransi pada kesakitan yang berbeza, tetapi seorang wanita adalah selalunya mengambil pil tahan sakit untuk kekejangan, atau ketika seks menjadi tersangat sakit, doktor pakar sakit puan dapat bantu.

Namun ia tidaklah baik untuk kesihatan pabila anda hidup bersandarkan pada ibuprofen setiap tahun, ia boleh merosakan hati pesakit tersebut dan boleh jadi satu masalah ketika seks ia merasakan kesakitan.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 23 Tip Kesihatan Buat Wanita Dari Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat

Baca juga: 3 pakar pediatrik dan klinik pakar kanak-kanak yang terkenal di Malaysia

Baca juga: Senarai Pakar Sakit Puan (Ginekologis) Yang Disarankan Di Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

communityfreelancer

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

    Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

  • Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

    Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

  • Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

    Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

  • Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

    Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

  • Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

    Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

  • Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

    Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.