TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Merancang Untuk Hamil? Ini 8 Persediaan Anda Kena Buat Elak Kecacatan Bayi

4 min bacaan
Merancang Untuk Hamil? Ini 8 Persediaan Anda Kena Buat Elak Kecacatan Bayi

Apabila anda sudah rancang hamil, badan dan minda anda sudah bersedia untuk menerima sesuatu yang baharu dan segala persediaan untuk hamil boleh dibuat.

Adakah anda sedang rancang untuk hamil? Merancang kehamilan memang sesuatu yang amat baik. Apabila anda sudah rancang hamil, jadi badan dan minda anda sudah bersedia untuk menerima sesuatu yang baharu dan segala persediaan untuk hamil boleh dibuat.

Penting sebenarnya untuk anda merancang kehamilan kerana ia akan membantu anda bersedia daripada segala segi termasuk diet harian yang sesuai untuk ibu hamil.

Banyakkan membaca mengenai apa yang perlu jika anda merancang hamil juga amat membantu dalam memastikan anda sentiasa bersedia.

Rancang hamil? Ini beberapa perkara yang anda perlu buat

Kehamilan bukanlah suatu proses yang boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan nyawa bayi dan ibu dalam kandungan.

Selain itu, kehamilan juga bererti anda perlu menjaga diri daripada segala aspek bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa terjaga.

Jadi apa yang perlu anda lakukan ketika sudah sepakat dengans suami untuk merancang kehamilan?

Menurut artikel yang dikongsikan dalam hellodoktor, ada beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian.

 #1. Asid folik

Rancang hamil

Makan 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Ia adalah vitamin B  yang boleh diperoleh daripada makanan atau suplemen.

Jika seorang wanita memenuhi kadar keperluan asid folik sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum dan semasa kehamilan, ia  dapat membantu cegah kecacatan bayi.

Ini terutamanya kecacatan kelahiran melibatkan otak dan tulang belakang yang sedang berkembang (anencephaly dan spina bifida). Nampakkan kepentingan asid folik?

#2. Pemeriksaan doktor

Rancang hamil

Seorang wanita yang sedang merancang untuk hamil perlu melakukan pemeriksaan dan rundingan dengan doktor.

Pemeriksaan pranatal perlu dilakukan sebaik sahaja, anda berasakan anda mungkin hamil.

Ini bagi memastikan tahap kesihatan ibu mengandung dan kandungan berada dalam keadaan baik. Pemeriksaan doktor penting bagi menentukan tahap kesihatan anda yang sangat diperlukan untuk proses kehamilan yang sempurna.

#3. Elak pengambilan alkohol

Alkohol diminum oleh ibu mengandung akan disalurkan kepada bayi melalui tali pusat.

Namun begitu, tidak dapat diputuskan jumlah penggunaan alkohol yang selamat semasa merancang kehamilan atau ketika tempoh kehamilan.

Meminum alkohol semasa hamil meningkatkan risiko keguguran, bayi mati dalam kandungan serta pelbagai kecacatan fizikal, tingkah laku dan intelektual pada anak yang bakal dilahirkan.

Jadi jika anda mahu bayi yang sihat dan kesihatan yang baik ketika sedang hamil, elakkan lah pengambilan alkohol jika tidak mahu menyesal di kemudian hari.

#4. Elak menghisap rokok

Tolong jauhkan diri anda dari rokok dan asap rokok jika merancang untuk hamil atau sedang hamil. Tabiat merokok semasa hamil boleh menyebabkan berlakunya kelahiran pramatang, kecacatan bayi semasa kelahiran tertentu seperti masalah sumbing serta kematian bayi.

Sebagai perokok pasif juga, berada dalam persekitaran dengan asap tembakau menyebabkan wanita dan kandungannya berisiko menghadapi masalah.

Berhenti merokok sebelum hamil adalah keputusan yang terbaik.  Manakala bagi ibu mengandung, menghentikan tabiat merokok secepat yang mungkin masih boleh melindungi bayi daripada masalah kesihatan seperti kurang berat sewaktu lahir.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

#5. Mencegah jangkitan

Sesetengah jangkitan dialami oleh wanita hamil turut boleh membahayakan dan menjejaskan tumbesaran si manja di dalam kandungan.

Lebih malang, ia boleh mengakibatkan kecacatan kelahiran. Oleh sebab itu, penting untuk bakal ibu menjaga kesihatan dalam tempoh kehamilan.

Jaga diri anda, elakkan terkena jangkitan kerana ia akan membahayakan anda dan bayi.

#6. Mengawal diabetes

Diabetes semasa mengandung boleh meningkatkan kecenderungan untuk berdepan masalah kecacatan bayi dan isu lain sepanjang tempoh kehamilan.

Lebih membimbangkan ia boleh menyebabkan komplikasi serius bagi ibu mengandung.

#7. Berat badan seimbang

Bagi wanita yang merancang untuk hamil, anda disyorkan untuk berusaha mencapai dan mengekalkan berat badan yang seimbang.

Wanita obesiti dengan nilai BMI (indeks jisim badan) 30 atau lebih tinggi sebelum hamil berisiko mengalami komplikasi semasa tempoh kehamilan.

Masalah berat badan yang berlebihan itu juga meningkatkan risiko ibu mengandung untuk berdepan beberapa kecacatan kelahiran yang serius.

#8. Suntikan vaksin

Rancang hamil

Kebanyakan vaksin adalah selamat untuk diambil semasa tempoh kehamilan. Bahkan vaksin seperti vaksin selesema, vaksin Tdap (tetanus dewasa, difteria dan vaksin pertusis aselular) disarankan secara khusus semasa kehamilan.

Pengambilan vaksin tertentu dapat menghindari wanita daripada jangkitan yang boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: hellodoktor

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtips-cepat-hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Merancang Untuk Hamil? Ini 8 Persediaan Anda Kena Buat Elak Kecacatan Bayi
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham