X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Panduan Lengkap Daftar Kelahiran Anak, Ini Dokumen Ibu Ayah Perlu Bawa Bersama

5 min bacaan
Panduan Lengkap Daftar Kelahiran Anak, Ini Dokumen Ibu Ayah Perlu Bawa Bersama

Daftar kelahiran bayi dan setiap dokumen perlu lengkap dan dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum bayi melangkah usia 60 hari.

Daftar kelahiran anak merupakan salah satu proses penting yang perlu dilalui selepas proses bersalin. Para ibu perlu bersedia berhadapan dengan fasa berpantang dan pada masa yang sama, ibu ayah juga sudah perlu melengkapi pemilihan nama yang sesuai buat si manja.

Tapi sebelum itu, ibu ayah disarankan untuk melengkapkan beberapa dokumen untuk mendaftar kelahiran bayi sebelum usianya 60 hari setelah bayi dilahirkan.

Bagi ibu ayah yang baru pertama kali menerima kehadiran cahaya mata, anda mungkin tidak tahu prosedur bagi mendaftar kelahiran anak. Justeru, kami kongsikan sedikit info berguna ini bagi memudahkan urusan anda.

Isi Kandungan

  • Panduan Daftar Kelahiran Anak Di JPN
  • Bayi Baru Lahir Perlu Didaftarkan Dalam Tempoh 60 Hari
  • Golongan Yang Boleh Mendaftar
  • Senarai Dokumen Untuk Daftar Kelahiran
  • Kelahiran Anak Tidak Sah Taraf Atau Luar Nikah
  • Kenapa Perlu Daftar Kelahiran Anak?
  • Panduan Untuk Proses Kad MyKid

Panduan Dan Dokumen Untuk Daftar Kelahiran Anak Di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

daftar kelahiran anak, dokumen untuk daftar kelahiran, panduan mengisi borang daftar kelahiran, pendaftaran jpn bayi baru lahir, pendaftaran kelahiran online, daftar kelahiran, pendaftaran kelahiran

Bayi Baru Lahir Perlu Didaftarkan Dalam Tempoh 60 Hari

Setiap kelahiran anak yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahirannya. Jika sebelum ini ibu ayah diberikan tempoh pendaftaran hanya 42 hari sahaja.

Sekiranya anda lambat, caj denda akan dikenakan sebanyak RM50 bagi mendapatkan sijil kelahiran anak dan anak akan dikira daftar lewat. 

Golongan Yang Boleh Mendaftar

Menurut laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), individu yang boleh daftar kelahiran bayi anda ialah:

  • Bapa bayi
  • Ibu bayi
  • Individu yang tinggal serumah di mana bayi dilahirkan
  • Sesiapa yang menyaksikan kelahiran
  • Sesiapa yang menjaga kanak-kanak tersebut

Dalam hal ini jika anda tidak berkesempatan, masih boleh wakilkan orang lain dengan membawa bersama dokumen untuk daftar kelahiran yang lengkap diisi.

Senarai Dokumen Untuk Daftar Kelahiran

daftar kelahiran anak, dokumen untuk daftar kelahiran, panduan mengisi borang daftar kelahiran, pendaftaran jpn bayi baru lahir, pendaftaran kelahiran online, daftar kelahiran, pendaftaran kelahiran

Pemohon yang ingin membuat pendaftaran kelahiran perlu hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan membawa bersama:

#1. Dokumen kanak-kanak (asal dan salinan)

  • Borang daftar kelahiran JPN.LM01 diisi dengan lengkap
  • Borang Pengesahan Kelahiran dari hospital atau surat Akuan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah (asal)
  • Kad pranatal (Buku Rawatan Mengandung) asal dan salinan

#2. Dokumen ibu dan bapa (asal dan salinan)

  • Kad pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport bagi ibu dan bapa kanak-kanak serta individu yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan)
  • Sijil kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan jika berkaitan)
  • Sijil perkahwinan atau perceraian 

#3. Dokumen Pemaklum (asal dan salinan)

  • Kad pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport

Sekiranya ibu ayah mendaftar kelahiran bayi dalam tempoh masa 60 hari tersebut, tiada sebarang bayaran akan dikenakan.

Manakala jika kanak-kanak masih tidak memiliki sijil kelahiran ketika usianya melebihi 60 hari dan dilahirkan di Semenanjung Malaysia, ibu ayah atau penjaga yang sah hendaklah mempunyai bukti bahawa dia dilahirkan di Semenanjung Malaysia.

Permohonon Daftar Lewat Kelahiran boleh dibuat dimana-mana kaunter JPN dan perlu membayar denda sebanyak RM50.

Nama kanak-kanak dalam Sijil Kelahiran boleh diubah atau ditukar melalui Permohonan Pembetulan Maklumat jika umurnya belum mencapai satu tahun.

Kelahiran Anak Tidak Sah Taraf Atau Luar Nikah

Walau bagaimanapun, maklumat bapa bagi kanak-kanak yang lahir di luar pernikahan tidak akan dicatatkan dalam daftar kelahiran kecuali dengan permohonan bersama ibu dan orang mengaku dirinya sebagai bapa kepada kanak-kanak berkenaan.

Seseorang yang mengaku sebagai bapa perlu menandatangi daftar kelahiran bersama-sama ibu bayi berkenaan.

Kenapa Perlu Daftar Kelahiran Anak?

Pihak JPN mendaftarkan setiap kelahiran tanpa mengira status. Ini kerana, jika bayi berkenaan lahir di Malaysia, maka perlu didaftarkan di Malaysia juga.

Jika tidak daftar, mungkin akan menyebabkan berlakunya kesukaran pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, jika ibu ayah terlambat mendaftarkan kelahiran, anda masih boleh berbuat sedemikian.

Jika orang ramai mempunyai masalah berkaitan pendaftaran, boleh berurusan di mana-mana pejabat JPN di seluruh negara bagi mendapatkan khidmat nasihat dan kemukakan permohonan, termasuklah di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara yang beroperasi di luar waktu pejabat biasa iaitu 7 hari seminggu, bermula dari 8:30 pagi sehingga 9 malam.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari portal rasmi JPN.

Panduan Untuk Proses Kad MyKid

daftar kelahiran anak, dokumen untuk daftar kelahiran, panduan mengisi borang daftar kelahiran, pendaftaran jpn bayi baru lahir, pendaftaran kelahiran online, daftar kelahiran, pendaftaran kelahiran

Setelah siap bahagian sijil kelahiran, ibu ayah boleh terus memohon MyKid di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara.

Jika dibandingkan dengan sijil kelahiran, penggunaan kad MyKid ini adalah jauh lebih mudah untuk dibawa dan ia dilengkapi dengan teknologi keselematan bagi mengelakkan penyalahgunaan.

Jangan ambil mudah tentang sijil kelahiran ini kerana ia sangat diperlukan bagi urusan kesihatan bayi, vaksinasi dan tujuan keselamatan.

Sekiranya anda memerlukan lebih penerangan lanjut atau berdepan kesukaran dalam prosedur mendaftar kelahiran ini, boleh rujuk pegawai di kaunter atau terus menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran. Ibu ayah juga boleh melayari laman web rasmi JPN.

Jika sijil kelahiran hilang, rosak atau musnah, ibu ayah, pemilik sijil kelahiran atau wakil yang sah (waris/peguam) boleh memohon Cabutan Sijil Kelahiran dengan hadir ke kaunter JPN.

Anda perlu membawa kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri, seterusnya perlu mengisi borang JPN.LM12 dan dikenakan bayaran tunai RM5.00.

Semoga artikel ini dapat membantu ibu ayah di luar sana dalam pengurusan pendaftaran kelahiran anak-anak.

  1. Jabatan Pendaftaran Negara (n.d) Pendaftaran Kelahiran Biasa. www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran/semenanjung/pendaftaran-biasa-sm

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Proses daftar dan cara buat surat beranak untuk anak luar nikah (anak tak sah taraf)

Baca Juga:  Jadual Simpan Duit Dalam Tabung Anak, Ibu Boleh Cuba Praktikkan 3 Cara Berguna Ini!

Baca Juga:  Tiada KWSP Macam Orang Lain, Pasangan Ini Nekad Pecah Tabung Buat Beli Baju Raya

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Panduan Lengkap Daftar Kelahiran Anak, Ini Dokumen Ibu Ayah Perlu Bawa Bersama
Kongsikan:
  • Jangan MENGARUT, Uri Melekat Selepas Bersalin Tiada Kaitan Dengan Pemakanan!

    Jangan MENGARUT, Uri Melekat Selepas Bersalin Tiada Kaitan Dengan Pemakanan!

  • Panduan Lengkap Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Kelahiran Bayi Pramatang

    Panduan Lengkap Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Kelahiran Bayi Pramatang

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Jangan MENGARUT, Uri Melekat Selepas Bersalin Tiada Kaitan Dengan Pemakanan!

    Jangan MENGARUT, Uri Melekat Selepas Bersalin Tiada Kaitan Dengan Pemakanan!

  • Panduan Lengkap Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Kelahiran Bayi Pramatang

    Panduan Lengkap Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Kelahiran Bayi Pramatang

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.