X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Proses daftar dan cara buat surat beranak untuk anak luar nikah (anak tak sah taraf)

3 min bacaan
Proses daftar dan cara buat surat beranak untuk anak luar nikah (anak tak sah taraf)

Bacalah artikel ini kalau ingin tahu cara buat surat beranak anak luar nikah beserta proses dan langkah-langkah yang perlu dilakukan.

Pada tahun lepas, Mahkamah Rayuan telah memutuskan anak luar nikah boleh dibin nama bapa, tetapi masih ramai yang masih keliru tentang cara buat surat beranak anak luar nikah. 

Setakat ini, proses pendaftaran kelahiran anak luar nikah atau anak tak sah taraf di JPN masih berjalan seperti biasa. Mahkamah Rayuan memutuskan hanya anak orang Islam yang lahir kurang 6 bulan daripada perkahwinan ibu bapa boleh menggunakan nama bapa yang sebenar.

Kami berharap, perkongsian artikel ini dapat membantu sesiapa yang ingin tahu proses serta cara buat surat beranak anak luar nikah dengan betul untuk memudahkan urusan mendaftarkan anak di kemudian hari.

Cara buat surat beranak anak luar nikah di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 

anak luar nikah

Sumber gambar: Mstar

1. Tempoh untuk mendaftar

Sebaiknya, tempoh pendaftaran mesti dilakukan dalam masa 42 hari tetapi ia kini telahpun dilanjutkan kepada 60 hari. Permohonan yang dilakukan selepas 60 hari dari tarikh kelahiran akan dianggap sebagai pendaftaran kelahiran lewat.

Semua pendaftaran kelahiran lewat akan dikenakan denda. Walaubagaimanapun, denda ini boleh dikurangkan berdasarkan masalah dan kes yang dialami oleh pendaftar.

2. Siapa boleh mendaftar?

Menurut laman web Jabatan Pendaftaran Negara, mereka yang boleh memaklumkan kelahiran bayi termasuk:

  • Bapa bayi
  • Ibu bayi
  • Orang yang tinggal serumah di mana bayi itu dilahirkan
  • Mana-mana orang yang menyaksikan kelahiran itu
  • Mana-mana orang yang menjaga bayi tersebut.

3. Dokumen yang perlu dibawa

Dokumen Bayi (Salinan Dan Asal)
  • Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang siap diisi 
  • Borang Pengesahan Kelahiran dari hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor untuk mereka yang bersalin di rumah
  • Kad Pranatal (Buku Merah)

Dokumen Ibu Bapa (Salinan Dan Asal)<

  • Kad Pengenalan / Pasport ibu dan bapa bayi
  • Sijil Kematian ibu dan bapa bayi (jika berkaitan)
  • Sijil Perkahwinan atau Perceraian

Dokumen Pemaklum / Wakil Ibu Bapa (Salinan Dan Asal)

  • Kad Pengenalan / Pasport

4. Bayaran 

Tiada bayaran jika pendaftaran dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Kelahiran Anak Tak Sah Taraf / Anak Luar Nikah?

anak luar nikah

Sumber gambar: Siakap Keli

Sebelum keputusan diambil Mahkamah Rayuan, maklumat bapa bagi bayi-bayi yang lahir di luar perkahwinan tidak akan dicatatkan dalam daftar kelahiran dan anak itu akan diberi nama bin atau binti Abdulah.

Pemohonan untuk menukarkan nama bayi boleh dilakukan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa bayi tersebut,  sekiranya bayi itu lahir bawah usia 6 bulan.

Sekiranya bayi sudah lebih dari 6 bulan, maka tiada perbezaan dalam cara buat surat beranak anak luar nikah dan pendaftaran biasa.

Cara buat surat beranak anak luar nikah sama seperti mendaftar kelahiran biasa

Oleh itu, selepas ini, diharapkan ibu bapa jangan keliru cara buat surat beranak anak luar nikah. Proses pendaftarannya sama seperti mendaftar kelahiran biasa.

Bezanya cuma kalau pemohonan awal dilakukan sebelum bayi itu berusia 6 bulan. Pendaftaran dan pemohonan tidak sepatutnya mengambil masa yang lama sekiranya semua borang dan dokumen yang diperlukan adalah lengkap.

Sekiranya ibu bapa ada sebarang pertanyaan, sila bertanya dengan pegawai di kaunter atau hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di cawangan negeri masing-masing.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber:  JPN, Malaysian Insights

Baca juga:

Anak tidak berwarganegara: "Saya pun nak pakai seragam sekolah”

 

 

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Proses daftar dan cara buat surat beranak untuk anak luar nikah (anak tak sah taraf)
Kongsikan:
  • "Bantu Saya! Saya Hamil Anak Luar Nikah, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu..."

    "Bantu Saya! Saya Hamil Anak Luar Nikah, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu..."

  • Surat Buat Ibu Yang Pernah Memukul Aku Sejak Dari Kecil, Nukilan Yang Sungguh Menyentuh Hati

    Surat Buat Ibu Yang Pernah Memukul Aku Sejak Dari Kecil, Nukilan Yang Sungguh Menyentuh Hati

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • "Bantu Saya! Saya Hamil Anak Luar Nikah, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu..."

    "Bantu Saya! Saya Hamil Anak Luar Nikah, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu..."

  • Surat Buat Ibu Yang Pernah Memukul Aku Sejak Dari Kecil, Nukilan Yang Sungguh Menyentuh Hati

    Surat Buat Ibu Yang Pernah Memukul Aku Sejak Dari Kecil, Nukilan Yang Sungguh Menyentuh Hati

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.