X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

"Bantu Saya! Saya Hamil Anak Luar Nikah, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu..."

5 min bacaan
"Bantu Saya! Saya Hamil Anak Luar Nikah, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu..."

Kes kehamilan luar nikah merupakan isu yang taboo dalam masyarakat. Apa yang akan anda lakukan sekiranya berada dalam situasi ini?

Kes anak luar nikah bukanlah perkara baru yang terjadi dalam masyarakat kita. Walaupun perkara ini dianggap taboo dalam masyarakat, hakikatnya ramai yang terjebak dalam masalah sosial dan meletakkan diri mereka dalam masalah tersendiri.

Apabila perkara ini terjadi khususnya dalam masyarakat Melayu Islam, masyarakat luar tidak mudah menerimanya. Ini menyebabkan pelaku akan rasa tertekan, tambahan lagi apabila tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Mereka risau mendapat kecaman dari keluarga, saudara mara dan orang lain.

Ada yang ditinggalkan, tetapi ada juga yang sedar kesilapan dan ingin mencari jalan yang terbaik bersama pasangan masing-masing.

Luahan Bakal Ibu Yang Hamil Anak Luar Nikah

Aplikasi theAsianparent yang mempunyai fungsi tanpa nama atau Anonymous telah mendapat perhatian beberapa pengguna komuniti baru-baru ini, berkaitan isu anak luar nikah.

Platform ini memudahkan bakal ibu dan bapa yang inginkan pendapat atau nasihat tanpa menunjukkan identiti pada umum.

Rata-rata pengguna yang membuat posting terdiri dari pelbagai masyarakat, dan ini termasuklah bakal ibu yang hamil anak luar nikah dan memerlukan nasihat tentang penjagaan kehamilan. Berikut merupakan beberapa posting yang diambil dari komuniti theAsianparent.

Kes 1Bantu Saya! Saya Hamil Anak Luar Nikah, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu...

Kes 2

anak luar nikah

Kes 3

Bantu Saya! Saya Hamil Anak Luar Nikah, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu...

Kebanyakkan posting yang dibuat oleh bakal-bakal ibu ini menunjukkan yang mereka sayangkan bayi dalam kandungan, namun tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Tambahan lagi, penerimaan keluarga merupakan salah satu perkara yang penting tetapi disebabkan rasa takut, ramai yang masih menyimpan rahsia kehamilan tersebut.

Nasihat Dari Pengguna Komuniti

Apabila terdapat posting yang melibatkan anak luar nikah, pastinya ramai yang terkejut dan risau sekiranya anak tersebut digugurkan.

Majoriti masyarakat sebenarnya risau dengan nasib bayi dan rata-ratanya akan memberikan nasihat agar kandungan tersebut dijaga dengan baik dan bukan dijadikan mangsa kesalahan ibu bapa.

Bantu Saya! Saya Hamil Anak Luar Nikah, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu...

Ada pengadu yang risaukan penerimaan ibu bapa, membuatkan mereka ingin bertindak sendiri. Ini boleh menyebabkan pengadu merasa keseorangan dan boleh mengalami kemurungan sekiranya tidak mendapat sokongan keluarga.

Walaupun hakikatnya ia perkara yang sukar dilakukan, ramai yang mencadangkan sebaik-baiknya pengadu memberitahu kepada ibu bapa terlebih dahulu.

Bantu Saya! Saya Hamil Anak Luar Nikah, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu...Bantu Saya! Saya Hamil Anak Luar Nikah, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu...

 

Bantu Saya! Saya Hamil Anak Luar Nikah, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu...

Ada juga di kalangan ahli komuniti memberikan nasihat dari segi agama. Ini kerana ada di kalangan bakal ibu ini yang ingin segera bernikah dengan harapan dapat mendaftarkan anak dengan nama pasangan masing-masing.

Berkenaan hal ini, sebaiknya dapatkan penjelasan yang lebih lanjut berdasarkan undang-undang terkini berkaitan hak anak luar nikah.

Secara ringkasnya, anak luar nikah tidak boleh dibin atau dibintikan dengan nama bapa walaupun mereka telah bernikah pada awal kehamilan.

Bantu Saya! Saya Hamil Anak Luar Nikah, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu...Bantu Saya! Saya Hamil Anak Luar Nikah, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu...

Sekiranya anda mempunyai pendapat atau ingin membantu bakal-bakal ibu ini, anda boleh lakukannya di platform aplikasi theAsianparent dengan memuat turun di sini.

Berhadapan Dengan Situasi Hamil Anak Luar Nikah

anak tidak sah taraf

Walaupun di Malaysia, rata-ratanya rakyat beragama Islam namun terdapat banyak kes-kes merisaukan seperti anak luar nikah, malah statistik menunjukkkan ia masih di tahap yang merisaukan.

Stories Rakan Kongsi
Breaking Norms: Should Breastfeeding Stimulation Only Be Done Naturally?
Breaking Norms: Should Breastfeeding Stimulation Only Be Done Naturally?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
Adakah Pertumbuhan Anak Anda Terbantut? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Adakah Pertumbuhan Anak Anda Terbantut? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Pregnant or breastfeeding? What you eat matters
Pregnant or breastfeeding? What you eat matters

Jika pasangan ingin bertanggungjawab sekalipun, ada beberapa perkara yang boleh mempengaruhi  seperti sokongan keluarga, respon orang sekeliling, kebajikan anak, prosedur hospital dan banyak lagi.

Panduan Untuk Ibu Hamil Anak Luar Nikah

  1. Pastikan pasangan tahu yang anda sedang mengandungkan anaknya, agar dia tahu yang dia perlu bertanggungjawab.
  2. Sebaik-baiknya beritahu ibu bapa anda. Mereka mungkin kecewa dan marah, namun kesilapan tersebut telah berlaku dan ia merupakan satu risiko yang anda perlu lalui.
  3. Lebih adil sekiranya ibu bapa kepada pasangan juga mengetahui tentang perkara ini. 
  4. Utamakan bayi anda kerana dia tidak bersalah, ingatlah yang si kecil dalam rahim itu tiada tempat bergantung melainkan anda.
  5. Jangan gugurkan atau buang bayi tersebut.
  6. Tebus kesilapan dengan menjaga anak itu, kerana sekiranya anda bertindak meninggalkan bayi ia mungkin lebih sukar untuk anda berpatah balik.
  7. Sekiranya anda tidak mampu menjaga anak itu, pihak JKM mungkin akan mengambil anak untuk dijaga dengan baik.
  8. Sekiranya anda ingin “membuang” bayi tersebut, jangan buangnya di tempat yang tidak sepatutnya. Sebaliknya, guna khidmat “baby hatch” untuk meninggalkan bayi dengan betul (dan tidak mengundang bahaya pada si kecil tersebut). Jangan risau, tiada tindakan akan diambil pada anda jika anda menggunakan khidmat baby hatch ini. Semak perkhidmatannya di sini.

Panduan Untuk Ibu Bapa

  1. Cuba terima anak walaupun anda tidak bersetuju dan marah dengan tindakannya.
  2. Ketepikan perasaan malu dan tidak menghukum si anak yang sedang sarat mengandung.
  3. Jika si ibu ikutkan emosi, risau pula anak akan menggugurkan bayi dalam kandungan akibat tiada bantuan yang boleh dia bergantung. 
  4. Ingatlah yang anak di dalam rahim anak anda adalah cucu anda, walau apa pun yang berlaku.
  5. Berbincang dengan anak tentang keputusannya tentang penjagaan bayi.
  6. Jika pasangan anak ingin bertanggungjawab, sebaik-baiknya izinkan pernikahan agar bayi mendapat kehidupan yang baik dan tidak dihukum atas kesalahan ibu bapanya.
  7. Yang penting, bawa anak untuk membuka buku merah di klinik berdekatan.

Semoga bermanfaat.

 

Saya hamil anak luar nikah dan ingin daftar kehamilan, tetapi ahli keluarga saya belum tahu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami. 

Bantu Saya! Saya Hamil Anak Luar Nikah, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu...

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-buat-surat-beranak-anak-luar-nikah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • "Bantu Saya! Saya Hamil Anak Luar Nikah, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu..."
Kongsikan:
  • Proses daftar dan cara buat surat beranak untuk anak luar nikah (anak tak sah taraf)

    Proses daftar dan cara buat surat beranak untuk anak luar nikah (anak tak sah taraf)

  • Betul Ke Ambil Minyak Kelapa Dara Semasa Hamil Memudahkan Bersalin? INI Penjelasan Pakar

    Betul Ke Ambil Minyak Kelapa Dara Semasa Hamil Memudahkan Bersalin? INI Penjelasan Pakar

  • Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!

    Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Proses daftar dan cara buat surat beranak untuk anak luar nikah (anak tak sah taraf)

    Proses daftar dan cara buat surat beranak untuk anak luar nikah (anak tak sah taraf)

  • Betul Ke Ambil Minyak Kelapa Dara Semasa Hamil Memudahkan Bersalin? INI Penjelasan Pakar

    Betul Ke Ambil Minyak Kelapa Dara Semasa Hamil Memudahkan Bersalin? INI Penjelasan Pakar

  • Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!

    Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.