Si kecil anda bakal makan makanan pepejal? Syabas – makin membesar anak ibu, ya!
Sekarang, anda boleh memperkenalkan pelbagai makanan berkhasiat seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, yogurt, keju, ayam, telur dan banyak lagi kepadanya.
Tetapi nak mulakan dengan makanan apa, ya? Ada ibu yang membuat puri sendiri, tetapi jika anda kekurangan masa atau inginkan cara yang lebih mudah, pergi saja ke pasar raya. Terdapat banyak variasi makanan bayi dan pastinya mata anda akan mula tertumpu kepada produk yang berlabel “organik”.
Apakah sebenarnya makanan organik dan adakah ianya pilihan yang tepat untuk anak anda? Sebelum anda membuat keputusan, jom kita fahami apa itu makanan organik betul-betul dulu.
Apakah perbezaan antara makanan pertanian organik & pertanian konvensional?
Kredit: iStock
Anda pastinya biasa melihat produk makanan bayi seperti bijirin segera, jus, dan puri yang diperbuat daripada biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran dan daging. Walau bagaimanapun, kualiti setiap produk ini bergantung pada cara penanaman bahan-bahan ini, sama ada pertanian organik atau konvensional.
Pertanian organik dan konvensional mempunyai sistem pertanian yang sangat berbeza kerana produk dan kaedah yang digunakan oleh para petaninya sangat spesifik. Pertanian organik khususnya harus mematuhi undang-undang yang ketat agar dapat disahkan sebagai hasil organik.
Pertanian Organik
Hasil pertanian organik diusahakan dengan cara yang paling semula jadi – tiada penggunaan racun perosak kimia untuk buah-buahan dan sayur-sayuran, dan semua binatang ternakan dipelihara secara semula jadi, tanpa menggunakan antibiotik atau hormon pertumbuhan.
Peraturan utama pertanian organik ialah bebas daripada penggunaan bahan agrokimia seperti baja mineral sintetik dan juga produk perlindungan tanaman kimia – pertanian organik kebanyakannya bergantung pada prinsip semula jadi seperti biodiverisiti dan pengkomposan. Sementara itu, petaninya juga menggunakan baja dan racun perosak semula jadi seperti serbuk tulang.
Terdapat beberapa sebab mengapa pertanian organik lebih digemari, antaranya:
- Untuk mengelak daripada hasil organisma ubah suai genetik (GMO): GMO merupakan tanaman, haiwan atau mikroorganisma yang diubah secara genetik untuk membantu petani mencegah kerugian tanaman. Tanaman GMO umumnya kalis serangga dan virus tanaman serta mempunyai ketahanan terhadap racun rumpai. Walau bagaimanapun, keselamatan GMO masih diperdebatkan dan tidak diketahui, sebab itulah banyak yang mengelak daripada GMO dan memilih tanaman yang ditanam secara organik.
- Untuk rasa lebih lazat: Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam secara organik tanpa suntikan kimia diketahui mempunyai rasa yang lebih lazat. Ini kerana tanaman ini mampu menghasilkan lebih banyak sebatian semula jadi sendiri yang dikenali sebagai antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa tumbuh-tumbuhan dengan kadar antioksidan yang lebih tinggi menghasilkan rasa, aroma dan “tinggalan rasa” dalam mulut yang lebih enak.
- Untuk mengelak daripada pencemaran kimia: Menurut laporan, kita sering terdedah kepada racun perosak menerusi produk ternakan seperti ayam, itik, daging lembu, telur, ikan dan produk tenusu angkara cara pertanian konvensional yang menggunakan bahan kimia atau hormon pertumbuhan. Dengan pertanian organik, petani menggunakan kaedah seperti penggiliran tanaman, baja organik, dan juga kawasan ladang yang lebih besar untuk memelihara dan membiakkan ternakan. Ini pada dasarnya bermaksud bahawa haiwan-haiwan ternakan dibiarkan bebas berkeliaran, yang juga dikenali sebagai “free-range”.
- Mesra alam sekitar: Disebabkan pertanian organik tidak membenarkan penggunaan bahan kimia, ia secara amnya lebih mesra alam berbanding pertanian konvensional kerana amalan semula jadinya yang mempromosikan biodiversiti, kesuburan tanah jangka panjang, sambil memelihara kuwujudan serangga yang bermanfaat untuk tanaman dan alam sekitar. Ia juga mengelakkan bahan kimia berbahaya daripada mencemari sumber air bawah tanah.
Selain itu, pertanian organik mempunyai garis panduan ketat untuk dipatuhi yang bergantung pada undang-undang. Di Amerika Syarikat, syarat untuk mendapatkan label ‘Organic Certified’, Jabatan Pertanian AS (USDA) mengkehendaki para petani untuk mengemukakan permohonan di mana mereka akan melalui pemeriksaan yang ketat, termasuk penilaian dan pemeriksaan di lokasi untuk memastikan mereka mematuhi kaedah pertanian organik. Tahukah anda, terdapat jenama makanan bayi yang diimport ke Malaysia, seperti Gerber® Organic yang diperakui USDA? Ini bermaksud sumber produk mereka benar-benar organik.
Pertanian Konvensional
Pertanian konvensional bergantung pada produk kimia seperti racun perosak untuk menangkis perosak, rumpai dan memberikan khasiat tumbuhan. Racun perosak juga digunakan untuk membunuh acuan dan cendawan.
Salah satu sebab utama kaedah pertanian konvensional digunakan ialah untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti kerana ianya membolehkan petani bercucuk tanam dalam jumlah yang besar dengan menggunakan tanah yang sedikit dan tenaga kerja manual yang minimum.
Walau bagaimanapun, amalan ini boleh memberi kesan negatif terhadap persekitaran, sistem ekologi dan kesihatan manusia. Selain itu, kaedah pertanian ini dikritik hebat kerana mengancam biodiversiti, mengakibatkan hakisan tanah dan peningkatan pencemaran air angkara penggunaan baja sintetik dan racun perosak yang tinggi.
Selain itu, terdapat juga pertanian konvensional yang mengamalkan kaedah yang kurang baik, contohnya haiwan-haiwan dibiarkan berkerumun bersama di dalam suatu kawasan yang sempit dan diberi makan oleh mesin yang kompleks. Kemungkinan juga haiwan-haiwan ini disuntik dengan ubat untuk mencegah penyakit.
Adakah organik lebih selamat untuk anak anda?
Kredit: iStock
Seperti yang telah diperkatakan tadi, makanan yang dihasilkan secara organik tidak bergantung pada penambah sintetik dalam proses pertumbuhan. Ini bermakna terdapat sedikit sahaja sisa racun perosak pada hasil tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahannya, berbanding dengan kaedah pertanian konvensional.
Semestinya ada risiko apabila tubuh manusia terdedah kepada racun perosak – dos racun perosak yang rendah yang diserap ke dalam tubuh untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kesan yang sangat toksik. Perkara ini lebih berisiko bagi kanak-kanak terutama pada tahun-tahun awal mereka, kerana badan mereka lebih mudah diserang jangkitan atau kontaminasi berbanding badan orang dewasa.
Faktor inilah yang menjadikan produk makanan organik pilihan yang lebih selamat bagi mengelakkan apa-apa risiko seperti pendedahan kepada sisa bahan kimia. Ibu bapa juga berasa lebih selamat dan lega, kan? Namun, ada juga segelintir ibu bapa yang menggemari makanan organik kerana selain lebih mesra alam, rasanya juga lebih lazat.
Apakah makanan organik bayi yang harus anda cuba?
Sekarang anda dah tahu bahawa makanan organik bayi melalui proses penanaman yang semula jadi, bebas daripada bahan kimia, mesra alam dan mempunyai rasa yang lebih lazat, mesti anda teruja nak melangkah ke dunia makanan organik, kan?
Baik, jom kita kaji jenama apa yang anda harus cuba. Jika ini pengalaman pertama menguruskan makanan pepejal si kecil anda, memang boleh pening kepala dibuatnya. Mana taknya, terlalu banyak jenama di pasaran yang menjanjikan produk makanan organik terbaik, jadi biar kami perkenalkan satu jenama yang paling popular di kalangan ibu bapa – Gerber®.
Tapi kenapa Gerber®? Okey, Gerber® bukan saja salah satu jenama produk kanak-kanak yang paling ternama di pasaran, malah mereka juga memiliki rangkaian produk organik tersendiri, iaitu Gerber® Organic. Seperti yang kami maklumkan di atas, keseluruhan rangkaian produk organik mereka diiktiraf sebagai USDA Certified Organic, yang bermaksud mereka mematuhi garis panduan ketat oleh USDA Organic Standards,yang memastikan makanan dan pelbagai produk hasil pertanian menggunakan kaedah yang diluluskan dari segi piawaian tanaman, ternakan (termasuk ayam dan itik), dan pengendalian.
Gerber® Organic menghasilkan makanan organik dan berkualiti tinggi untuk si kecil anda
Gerber® Organic juga mempunyai kaedah pertanian sendiri di mana buah-buahan dan sayur-sayuran mereka ditanam dengan amalan Clean Field Farming. Mereka menggunakan khidmat pakar pertanian dan petani terpilih untuk menanam tanaman mereka agar hasilnya dituai mengikut prosedur yang ketat.
Sementara itu, semua makanan bayi Gerber® disahkan bukan GMO (bukan GMO bermaksud tidak ada organisme yang diubah secara genetik dalam proses pengeluaran makanan), dan produk mereka juga bebas daripada rasa, warna dan pemanis tiruan, serta tiada tambahan kanji. Di samping itu, makanan mereka mengekalkan rasa semula jadi – tanpa garam dan gula tambahan.
Bukan itu sahaja, rangkaian Gerber® Organic menawarkan pelbagai jenis produk yang menambah kenikmatan waktu makan si kecil anda kerana mereka meneroka pelbagai rasa dan tekstur. Gerber® Organic mempunyai banyak produk yang berbeza termasuk bijirin bayi, pouches (puri dalam pek mudah sedut), teethers (melegakan gusi anak yang sedang tumbuh gigi), snek berkhasiat dan pelbagai jenis makanan tambahan. Variasi menarik ini memudahkan anda untuk memperkenalkan pelbagai jenis makanan dan snek bayi kepada si comel anda!
Tapi ingat ya, dalam tahap permulaan anak anda memakan makanan pepejal, jangan gelojoh – segalanya pengalaman baharu buat si kecil anda. Lebih baik sekiranya anda menurut selera anak anda sendiri pada fasa permulaan ini. Biarkan dia memilih apa yang disukai dan kurang disukai. Kalau selera dan tabiat pemakanannya nampak agak pelik awal-awal ni, jangan panik…itu semua normal!
Okey, dah bersedia nak perkenalkan Gerber® Organic kepada si kecil anda? Jom lihat rangkaian produk mereka sekarang!
Rujukan:
1 (n.d.). Understanding Food Safety: Pesticides, Hormones, and …. Retrieved January 22, 2021, from https://www.webmd.com/diet/features/safer-food-healthier-you
2 (2011, September 12). Pesticide Residues in the Organically Produced Food …. Retrieved January 22, 2021, from https://www.intechopen.com/books/pesticides-in-the-modern-world-effects-of-pesticides-exposure/pesticide-residues-in-the-organically-produced-food
3 (n.d.). Organic vs Conventional – Rodale Institute. Retrieved January 22, 2021, from https://rodaleinstitute.org/why-organic/organic-basics/organic-vs-conventional/
4 (2018, November 14). (PDF) Organic versus Conventional Farming—A … – ResearchGate. Retrieved February 11, 2021, from https://www.researchgate.net/publication/329139239_Organic_versus_Conventional_Farming-A_Paradigm_for_the_Sustainable_Development_of_the_European_Countries
5 (2020, September 28). How GMO Crops Impact Our World | FDA. Retrieved February 11, 2021, from https://www.fda.gov/food/agricultural-biotechnology/how-gmo-crops-impact-our-world
6 (n.d.). GMO Facts – The Non-GMO Project. Retrieved February 11, 2021, from https://www.nongmoproject.org/gmo-facts/
7 (2014, July 14). Organic Foods Are Tastier and Healthier, Study Finds. Retrieved February 11, 2021, from https://www.nationalgeographic.com/culture/food/the-plate/2014/07/14/organic-foods-are-tastier-and-healthier-study-finds/
8 (n.d.). What is Organic Farming – Conserve Energy Future. Retrieved February 11, 2021, from https://www.conserve-energy-future.com/organic-farming-benefits.php
9 (n.d.). The Organic Choice | Organic Foods | Articles | Gerber Medical. Retrieved January 22, 2021, from https://medical.gerber.com/nutrition-health-topics/healthy-eating-habits/articles/the-organic-choice
10 (2020, June 13). Make the Earth-Friendly Choice! Buy Organic | Down to Earth …. Retrieved February 11, 2021, from https://www.downtoearth.org/environment/organic-vs-conventional-farming/make-earth-friendly-choice-buy-organic
11 (n.d.). FAQ: Becoming a Certifying Agent | Agricultural Marketing Service. Retrieved February 11, 2021, from https://www.ams.usda.gov/services/organic-certification/faq-becoming-certifying-agent
12 (n.d.). Organic vs Conventional – Rodale Institute. Retrieved January 22, 2021, from https://rodaleinstitute.org/why-organic/organic-basics/organic-vs-conventional/
13 (n.d.). Organic baby food: Better for baby? – Mayo Clinic. Retrieved January 22, 2021, from https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/expert-answers/organic-baby-food/faq-20058008
14 (2018, November 14). (PDF) Organic versus Conventional Farming—A … – ResearchGate. Retrieved February 11, 2021, from https://www.researchgate.net/publication/329139239_Organic_versus_Conventional_Farming-A_Paradigm_for_the_Sustainable_Development_of_the_European_Countries
15 (2018, November 14). (PDF) Organic versus Conventional Farming—A … – ResearchGate. Retrieved February 11, 2021, from https://www.researchgate.net/publication/329139239_Organic_versus_Conventional_Farming-A_Paradigm_for_the_Sustainable_Development_of_the_European_Countries
16 (2019, October 22). Is Organic Food Really Better for the Environment? – Sustainable …. Retrieved February 11, 2021, from https://blogs.ei.columbia.edu/2019/10/22/organic-food-better-environment/
17 (n.d.). Conventional Vs Organic Farming – TNAU Agritech Portal. Retrieved February 11, 2021, from https://agritech.tnau.ac.in/org_farm/orgfarm_of%20vs%20con%20fasrming.html
18 (n.d.). Organic baby food: Better for baby? – Mayo Clinic. Retrieved January 22, 2021, from https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/expert-answers/organic-baby-food/faq-20058008
19 (2011, September 12). Pesticide Residues in the Organically Produced Food …. Retrieved January 22, 2021, from https://www.intechopen.com/books/pesticides-in-the-modern-world-effects-of-pesticides-exposure/pesticide-residues-in-the-organically-produced-food
20 (n.d.). Organic baby food: Better for baby? – Mayo Clinic. Retrieved January 22, 2021, from https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/expert-answers/organic-baby-food/faq-20058008
21 (n.d.). USDA Organic Standards – Agricultural Marketing Service. Retrieved February 5, 2021, from https://www.ams.usda.gov/grades-standards/organic-standards
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi Susah Makan? Apa Kata Ibu Cuba 11 Cara Ini Untuk Pujuk Mereka Makan!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!