TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Berat Normal Bayi Mengikut Umur & Jantina, Penting Pantau Perkembangan Si Manja

6 min bacaan
Berat Normal Bayi Mengikut Umur & Jantina, Penting Pantau Perkembangan Si Manja

Ibu bapa perlu peka dengan perkembangan berat badan bayi dan ketinggiannya mengikut umur ini. Jangan sampai anak terlalu kurus dan kesihatan merosot! Ini jadual untuk rujukan anda.

Perkembangan berat normal bayi sering kali membuatkan ibu bapa risau. Takut kalau bayi ringan sangat atau terlampau “bam bam” berat (obesiti). Kemudian ada pula orang di sekeliling cakap yang bukan-bukan. Contohnya:

“Eh, anak kau ni kurus sangat lah!”  atau “Gemuknya anak dia!”

Bila keluar dua statement di atas ini, ibu mula ‘sentap’ dan gelabah tentang perkembangan berat badan bayi yang sepatutnya. Benar, mengetahui perkembangan berat badan bayi yang sesuai dengan usia dan jantina boleh membantu ibu ayah dalam memantau perkembangan mereka.

Apa nak buat kalau berat badan bayi tak normal? Ayuh semak terlebih dahulu, sama ada berat badan bayi anda kurang atau lebih.

Isi Kandungan

  • Berat Normal Bayi
  • Perkembangan Berat Normal Bayi Mengikut Usia
  • Formula Mengira Perkembangan Berat Badan Bayi
  • Contoh pengiraan perkembangan berat badan 
  • Mengukur Berat, Ketinggian dan Ukur Lilit Kepala Bayi
  • Cara Menaikkan Berat Badan Bayi
  • Bila Patut Risau?

Berat Normal Bayi

Berat Normal Bayi Mengikut Umur & Jantina, Penting Pantau Perkembangan Si Manja

Perkembangan berat normal bayi meningkat mengikut usianya. Jangan bimbang, jika perkembangan berat bayi anda berlainan dengan dengan bayi lain kerana setiap bayi mempunyai perkembangan yang berbeza.

Sejak hari pertama bayi dilahirkan ibu bapa perlu peka dengan perubahan berat badan, ketinggian dan ukuran kepala bayi anda. Perkembangan ini menunjukkan tumbesaran yang normal. tapi apakah berat bayi normal?

Bayi yang dilahirkan antara minggu ke-37 dan 40 beratnya 2.5 hingga 4.0 kg(kilogram). Pada lima hingga enam bulan berat badan bayi biasanya akan bertambah dua kali ganda daripada berat badan ketika lahir.

Saiz ketika lahir biasanya tidak kekal dan akan mengalami perubahan. Sebagai ibu, anda memainkan peranan penting dalam memastikan perkembangan berat bayi normal mengikut usianya.

Nota: Berat badan bayi akan menurun antara 7% hingga 10% selepas dilahirkan jangan risau selepas 2 minggu pertama bayi anda akan kembali pada berat asal.

Perkembangan Berat Normal Bayi Mengikut Usia

1# Jadual berat normal bayi baru lahir umur 0 hingga 11 bulan

Berat Normal Bayi Mengikut Umur & Jantina, Penting Pantau Perkembangan Si Manja

Ini merupakan jadual berat bayi mengikut bulan bermula umur baru lahir sehingga 11 bulan.

Kalau berat anak anda seperti tercatat dalam carta perkembangan bayi 0-12 bulan ini, anda tak perlu terlalu risau. Ini adalah perkara normal, namun anda boleh rujuk kepada doktor untuk maklumat lanjut.

2# Jadual berat badan anak usia 1 hingga 5 tahun

Berat Normal Bayi Mengikut Umur & Jantina, Penting Pantau Perkembangan Si Manja

Jadual yang seterusnya ini untuk berat ideal bayi berumur satu hingga lima tahun.

Kalau berat anak kurang daripada yang tertera dalam jadual, jangan bimbang. Ada pelbagai cara yang boleh anda buat untuk menambah berat badan anak seperti menyediakan makanan yang dapat menambahkan berat badan anak ini.  

Selain menggunakan jadual di atas, anda juga boleh mengira sendiri berat ideal anak yang sesuai mengikut panduan dari WHO ini.

Formula Mengira Perkembangan Berat Badan Bayi

perkembangan berat badan bayi

Kredit: Unsplash

Formula mengira perkembangan berat badan bayi umur bawah 12 bulan

  • BBI = (n: 2) + 4 atau (umur) (bulan) : 2) + 4

Formula mengira berat anak umur 1 hingga 10 tahun

  • BBI = (2 x n) + 8 atau (2 x umur (tahun)) + 8

Contoh pengiraan perkembangan berat badan 

  • Kanak-kanak umur 2 tahun 10 bulan

N=2,10 dan selanjutnya didarabkan dengan 2. Jadi bersamaan dengan 4,20.

Tapi jangan ditambah dengan 8 kerana 4,20 bermaksud 4 tahun 20 bulan.

20 bulan maksudnya 1 tahun 8 bulan jadi 4 + 1,8 = 5.8

4,20 berubah menjadi 5,8 baru kemudian ditambah dengan 8. Maka berat badan idealnya adalah 13.8 kg.

Mengukur Berat, Ketinggian dan Ukur Lilit Kepala Bayi

perkembangan berat badan bayi

Ada tiga perkara yang boleh anda lakukan bagi mengetahui apakah perkembangan bayi normal atau sebaliknya. Ia boleh diketahui melalui berat badan, tinggi dan ukuran lilit kepala bayi.

  • Ukuran lilit kepala: Melalui pengukuran kepala ini, doktor dapat mengetahui sebarang tanda yang tidak normal pada bayi.

Jika si manja anda masih belum memiliki berat badan yang ideal atau berat badannya di bawah normal.

Apa yang boleh dilakukan adalah memastikan si kecil dapat nutrisi dengan lengkap apabila usianya sudah mencapai satu hingga tiga tahun. Nutrisi yang diperlukan seperti ini :

  • Tenaga 1000 kkal
  • Protein 25 gram
  • Kalsium 500 mg
  • Zat besi 8 mg

Berikan anak anda makanan yang padat dan mengandungi kesemua nutrisi di atas supaya si kecil mencapai berat badan dan tinggi yang sesuai dengan umurnya.

Cara Menaikkan Berat Badan Bayi

Berat Normal Bayi Mengikut Umur & Jantina, Penting Pantau Perkembangan Si Manja

Stories Rakan Kongsi
Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
Bukan Sekadar Nutrisi: Cara Menyokong Perkembangan Otak Anak Melalui Nutrisi dan Pengalaman Harian
Bukan Sekadar Nutrisi: Cara Menyokong Perkembangan Otak Anak Melalui Nutrisi dan Pengalaman Harian
Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

Antara masalah yang sering dialami oleh ibu ialah masalah berat badan bayi tak naik-naik. Berikut adalah beberapa tip dan cara naikkan berat badan bayi yang boleh anda lakukan:

  • Tambah kekerapan makan – Dari 3 kali makanan berat tambah 2 kali snek. Dari minimum 4 kali sekali kepada 5 kali sehari. Rancang jadual makanan buat bayi anda pastikan makan mengikut masa yang ditetapkan secara konsisten. Elakkan beri makan terlalu lewat.
  • Kuantiti lebih besar – Sediakan saiz hidangan yang lebih besar untuk mereka. Jika mereka ingin tambah, galakkan mereka.
  • Kalori lebih tinggi – Sediakan makanan yang tinggi kalori. Makanan yang tinggi kalori membantu mempercepatkan menaikkan berat bayi. Ketahui berapa bacaan kalori pada setiap makanan yang diberikan kepada bayi anda.
  • Tambahkan makanan yang mengandungi lemak khasiat – Pilihlah protein tanpa lemak seperti kekacang, mentega kacang, avokado dan minyak zaitun. Sebagai contoh, masukkan 2 sudu teh minyak zaitun atas hidangan seperti bubur atau lauk. Curahkan atas hidangan sebelum suap kepada bayi anda.
  • Makanan berserat tinggi – beri bayi anda makan buah-buahan seperti  buah pisang dan alpukat sebagai snak di antara waktu makan.

Bila Patut Risau?

Jika bayi anda mengalami masalah tidak naik atau tinggi lebih dari tiga bulan dapatkan pemeriksaan selanjutnya.

Berikut merupakan masalah yang menyebabkan tumbesaran bayi terbantut:

  • Masalah genetik, seperti down syndrome
  • Masalah hormon
  • Masalah jantung dan paru-paru
  • Masalah kekurangan darah, seperti anemia
  • Masalah gangguan pencernaan yang menganggu penyerapan nutrisi

Namun begitu, bagi bayi yang mempunyai masalah kesihatan berterusan seperti masalah penghadaman, cirit birit, muntah dapatkan juga pemeriksaan lanjut daripada doktor.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

  1. Medical News Today (n.d). Average baby weight: Chart and development. https://www.medicalnewstoday.com/articles/325630#what-affects-baby-weight

Baca juga: Anak Kurus Dengan Cepat Tanda Tidak Normal, Ibu Sila Waspada 7 Masalah Penyakit Ini!

Baca juga:  Anak kurus dan berat susah naik: Adakah parents patut risau?

Baca juga: Risau Tengok Anak Makan Sikit, 11 Petua Ini Terbukti Berkesan Tambah Selera Si Manja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • Berat Normal Bayi Mengikut Umur & Jantina, Penting Pantau Perkembangan Si Manja
Kongsikan:
  • Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu

  • Bukan Sekadar Nutrisi: Cara Menyokong Perkembangan Otak Anak Melalui Nutrisi dan Pengalaman Harian
    Stories Rakan Kongsi

    Bukan Sekadar Nutrisi: Cara Menyokong Perkembangan Otak Anak Melalui Nutrisi dan Pengalaman Harian

  • Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu

  • Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu

  • Bukan Sekadar Nutrisi: Cara Menyokong Perkembangan Otak Anak Melalui Nutrisi dan Pengalaman Harian
    Stories Rakan Kongsi

    Bukan Sekadar Nutrisi: Cara Menyokong Perkembangan Otak Anak Melalui Nutrisi dan Pengalaman Harian

  • Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam
India flag
India

Partner Brands

VIP ParentsMama's ChoiceLittle ReiMothersworkTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Advertise With Us
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham