X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Anak kurus dan berat susah naik: Adakah parents patut risau?

3 min bacaan
Anak kurus dan berat susah naik: Adakah parents patut risau?Anak kurus dan berat susah naik: Adakah parents patut risau?

Masalah kekurangan berat badan sering menjadi persoalan utama pada anak yang sedang membesar

“Eh, kenapa anak kurus sangat? Kau tak bagi dia makan ke? Cuba bagi susu formula, confirm berat badan anak kau naik!” 

Aduhai, stres juga bila ramai yang kata anak terlalu kurus terutama bila sudah mencecah enam bulan, berat maintain macam itu juga. Pasti sedih ibu-ibu, kan? 

Ini antara dilema mak-mak yang mempunyai anak kurus. Pasti ada orang yang bagi nasihat sedemikian untuk menggemukkan anak. 

Bahkan, mereka akan menyalahkan si ibu pula. Kekonon ibu tak tahu jaga atau tak bagi anak makan! 

Namun begitu, perkara ini tidak menjadi masalah pada anak yang kecil tapi sihat dan bijak. Tetapi, apa yang menjadi bualan bila anak kurus ialah anak tak aktif dan tak nak makan. Pasti beribu soalan akan disoal pada ibunya!

Sebab itu, bila berjumpa saja dengan mereka ini, ibu akan bertambah stres untuk gemukkan bayi secepat mungkin. 

Jika ayah mendengar orang lain kata anaknya kurus, bagi mereka itu normal. Tapi kalau bagi kaum ibu, memang ‘makan dalam’!

Tapi persoalannya kenapa bayi kurus sangat, ya? 

Kenapa anak kurus? 

anak kurus, bayi kurus, kanak-kanak kurus, kurus, masalah kekurangan berat badan, masalah kurang berat, kurang berat badan, punca masalah kekurangan berat, berat anak, berat badan anak, berat badan bayi, anak kurus sangat, masalah kurus, anak-anak kurus, punca kurus, punca masalah berat

Kredit: Jagapati.com

Anda patut tahu, tak semua anak kurus itu mengalami masalah kurang berat badan. Sebab itu untuk mengukur berat dan ketinggian bayi perlu dikira melalui carta, bagi mengetahui sama ada bayi kurang berat badan atau tidak. 

Faktor-faktor kenapa anak kurus

Ada dua sebab kenapa anak kurus: 

  • Disebabkan oleh faktor genetik 
  • Mempunyai masalah kenaikan berat badan 
anak kurus, bayi kurus, kanak-kanak kurus, kurus, masalah kekurangan berat badan, masalah kurang berat, kurang berat badan, punca masalah kekurangan berat, berat anak, berat badan anak, berat badan bayi, anak kurus sangat, masalah kurus, anak-anak kurus, punca kurus, punca masalah berat

Kredit: Merdeka.com

1. Faktor genetik

Faktor genetik atau tidak membesar dengan sempurna dalam rahim boleh menyebabkan bayi menjadi kurus. Semasa kelahiran pula, mereka mungkin berada di bawah bahagian ‘normal’ ketika diukur berdasarkan berat dan ketinggian. 

Walaupun anak kurus, namun anda perlu lihat dari segi perkembangannya seperti pemakanan yang baik, cukup tidur, aktif bermain dan lain-lain. 

2. Bayi yang alami masalah kenaikan berat badan 

Keduanya adalah anak yang memang mengalami masalah kenaikan berat badan. Ini kerana corak pemakanan yang kurang sihat. 

Walau bagaimanapun, jika berat badanya masih kurang dan tidak seiring dengan usianya, doktor akan melakukan teknik terapi pemakanan pada anak tersebut. 

Patutkah anda gemukkan bayi kurus?

anak kurus, bayi kurus, kanak-kanak kurus, kurus, masalah kekurangan berat badan, masalah kurang berat, kurang berat badan, punca masalah kekurangan berat, berat anak, berat badan anak, berat badan bayi, anak kurus sangat, masalah kurus, anak-anak kurus, punca kurus, punca masalah berat

Kredit: Sirap Limau

Sebagai seorang ibu, anda pasti ingin menggemukkan anak supaya lebih besar dan sihat. Walau bagaimanapun, itu bukan objektif utama. 

Sebabnya, yang paling penting adalah membesarkan anak dengan perkembangan dan nutrisi yang terbaik.

Namun, jika terlalu risau anak kurus, perkara pertama yang perlu diingat adalah anda perlu mengikut pada carta yang disediakan oleh pakar perubatan dalam menentukan bayi tergolong dalam golongan yang mana. 

Bagaimana pula dengan kanak-kanak dan anak dewasa yang kurus? 

Sebaik sahaja boleh berjalan, lemak bayi akan hilang dan menyebabkan berat badannya susut. Namun jika dia tetap aktif dan cergas setiap hari, tak ada apa yang harus dibimbangkan. 

Anda hanya perlu pastikan si kecil itu:

  • Cukup makan 
  • Perkembangan dan tumbesaran yang normal 
  • Tidak kelihatan lesu dan kurang bermaya 
  • Tidak terlalu kecil untuk usianya 

BMI adalah petunjuk yang bagus untuk menilai sama ada perlu atau tidak gemukkan anak kurus. Sekiranya BMI dalam keadaan normal, jangan bimbang. 

Namun, jika ragu-ragu atau ada sebarang persoalan adalah lebih baik berbincang dengan pakar pediatrik.

Kemudian, anda hanya perlu fokus pada perkembangannya dan mengabaikan komen negatif yang bertanyakan soal berat badannya itu kerana ibu bapa adalah orang penting dalam menilai perkembangan anak. 

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Anay Bhalerao. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.

Baca juga: 

Anak Terlalu Kurus? Ikut 5 Tip Mudah Dan Praktikal Dari Pakar Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Anak kurus dan berat susah naik: Adakah parents patut risau?
Kongsikan:
  • Kenapa berat badan anak saya tak naik dan dia makin kurus?

    Kenapa berat badan anak saya tak naik dan dia makin kurus?

  • 4 Punca Kenapa Anda Gagal Menurunkan Berat Badan

    4 Punca Kenapa Anda Gagal Menurunkan Berat Badan

  • Elak Sapu Sampah & Terlebih Rajin Waktu Berpantang, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit

    Elak Sapu Sampah & Terlebih Rajin Waktu Berpantang, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.