5 sebab mengapa bayi anda dilahirkan kecil

5 sebab mengapa bayi anda dilahirkan kecil

Diet ibu-ibu hamil perlulah berkhasiat dan seimbang untuk membekalkan nutrien yang diperlukan bagi perkembangan anak supaya tidak berisiko bayi lahir kecil.

Kenapa bayi lahir kecil?

Ibu-ibu hamil perlu memastikan mereka makan dengan baik untuk membekalkan nutrien yang mencukupi bagi perkembangan bayi supaya tidak berisiko melahirkan bayi lahir kecil.

Berat badan bayi akan dianggarkan oleh doktor melalui imbasan ultrasound setiap kali ibu hamil membuat lawatan ke klinik. Berat badan bayi boleh ditentukan melalui saiz perutnya.

Tapi pada sekitar minggu ke-32, doktor boleh menentukan kemungkinan bayi lahir kecil dengan imbasan ultrasound. Jika doktor mendapati berat bayi kurang daripada 10 persentil umur kehamilannya, ini mungkin tanda masalah.

Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi saiz bayi anda. Mari kita lihat 5 sebab bayi lahir kecil seperti di bawah ini:

1. Bayi pramatang

bayi lahir kecil

Bayi lahir kecil sekiranya dia lahir sebelum tamat tempoh hamil iaitu 37 minggu.

Kadang-kadang kita tidak tahu mengapa bayi itu dilahirkan pramatang, tapi antara sebab-sebab utama ialah ibu itu mengalami masalah kesihatan ataupun jangkitan (contohnya: jangkitan pundi kencing, rubella, sifilis, HIV dll.), penyakit buah pinggang atau isu yang berkaitan dengan serviks yang tidak normal.

Jika membran yang melindungi bayi pecah secara tiba-tiba, ini juga boleh menyebabkan bayi dilahirkan sebelum dia cukup matang.

2. Ibu hamil kurang nutrien
Cara pemakanan ibu semasa kehamilan juga akan mempengaruhi berat lahir anak dan imunitinya.
 
Jika ibu tiada diet yang seimbang dan berkhasiat semasa kehamilannya, bayi dalam kandungan mungkin akan kekurangan nutrien untuk tidak berkembang dengan baik. Ini juga salah satu sebab bayi lahir kecil.
3. Faktor genetik

5 sebab mengapa bayi anda dilahirkan kecil

Sekiranya bentuk badan salah satu atau kedua-dua ibu bapa itu kecil, ada kemungkinan bayi mereka akan dilahirkan kecil juga.

Situasinya sama seperti ibu bapa yang berbadan besar, kerana ini adalah faktor semulajadi. Kalau ibu bapa ada sebarang kebimbangan, mereka boleh rujuk kepada doktor untuk mengetahui jika ada kesan jangka panjang bayi lahir kecil.

4. Tekanan darah dan keadaan jantung ibu

Sekiranya ibu hamil mempunyai sebarang masalah jantung dan masalah tekanan darah, ada kemungkinan bayi di dalam kandungan akan kekurangan bekalan nutrien dan oksigen.

Keadaan ini juga boleh menyebabkan pra-eklampsia, di mana fungsi plasenta terjejas dan risiko bayi lahir kecil lebih tinggi.

5. Anak kembar

5 sebab mengapa bayi anda dilahirkan kecil

Jika ibu itu hamil dengan anak kembar, kedua-dua bayi itu akan mempunyai ruang dalam rahim yang terhad untuk berkembang.

Ini sebab mengapa anak kembar sering dilahirkan bersaiz kecil dan dengan berat badan yang rendah. Walaupun dianggap bayi lahir kecil, mereka masih boleh membesar menjadi bayi yang normal jika tidak mempunyai komplikasi kesihatan.

Jadi ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang tentang risiko bayi lahir kecil jika ibu hamil mengamalkan gaya hidup yang sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Ibu-ibu ada pengalaman bayi lahir kecil? Berat berat bayi anda dulu? Pasti sekarang dia sudah semakin membesar kan. Jom kongsi dengan kami!

 

 

 

 

Sumber: Mom Junction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: 

my.theasianparent.com/kadar-pembedahan-caeser-meningkat/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner